Friday, January 15, 2010

Bila Anak Sakit Perut...

BIASANYA, penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, TIDAK semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat PENTING juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.

Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut.Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil JUS PRUN yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.

Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.

Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.

Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.

sumber dari KOSMO!

*****

alhamdulillah, so far Arissa jarang le kembung/sakit perut.. mayb sebab slalu amalkan sapu minyak angin lepas mandi n sebelum tidur.. Arissa plak memang akan poopoo tiap2 hari yang membuatkan me yakin dia xde masalah sakit perut. pernah skali tu Arissa menangis dgn teruk gara2 me bagi makan roti nan. cuak jugak kami laki bini.. perut dia masa tu memang keras.. bila sapu minyak angin, dia terus burp n terpoo dgn banyak.. then dia terus ok.. mayb time tu perut dia xbleh trima nan lagi kot.. baru2 ni suap ok je pun.. hehe..

so ibu2 sekalian.. harap artikel dapat membantu u all semua ye.. nite!

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

hehe..Zahin ok..cuma Iris je yg colic..dia lactose intolerant..sbb tu skrg minum susu soya-based. pnh cuba bg enfalac..eei xbley, allergy kt dia..muntah smpi demam kuar rashes byk..seram tgk..trus bg blk soya-based milk..

Arissa still fully bf kan? biasanya fully bf baby ni ok..mcm Zahin..Iris kecian xfully bf :(

azimah said...

oic.. patut la Iris minum soybased ye.. dasyat gak ek kalo xsesuai.. sampai kuar rashes tu kan..

xla.. Arissa da xfully bf da.. sejak stat solid sy bg dumex jugak sbb dia SANGAT susah minum air masak, turun dr Abah dia la tu.. yg peliknya, susu ok le plak kan dia minum.. sedap kot hehe ada rs.. tp minum takat 3oz je la. kami try bg dumex dupro dia ok je.. so far xde la elergic ke ape ke..

adlinahusaini said...

imah,dh sampai ka foundation? imah sapu minyak angin apa ek?

azimah said...

ad,
sampai dh fs tu semalam.. rsnya mayb smpai sabtu, tapi kan opis tutup.. ingat kalo xsampai gak semalam mmg nak kol ad pn mintak ref no tu hehe..

btw, minyak angin imah guna ni mak mertua yang beli kat2 umah dia.. kami dok panggil 'minyak hijau' sbb kaler hijau.. nama xingat la sbb kotak dia dh buang. haha.. botol kecik je.. tapi khasiat dia mmg bagus, baby kembung, batuk even kalo baby selsema pn bleh sapu kt hidung dia wat macam vicks tu.. kami laki bini pn kalo sakit perut dok pkai minyak tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails