Thursday, January 21, 2010

dunia ni kecik je...

semuanya telah tersurat.. kadang2 apa yang berlaku hari ni mungkin akan ada kaitan dengan hari yang akan datang, especially kalo jmpa orang or pegi ke sesuatu tempat.. cewahh.. intro sikit punya kan..

straight to the point, sebenarnye me nak cerita sesuatu yang me anggap kebetulan n paling klakar dalam hidup.. after abis je darjah 6, my parents sekolahkan me kat Kedah.. memang sedih sangat sebab kena sekolah kat tempat baru.. tambah plak xde kawan2 yang kite kenal since sekolah rendah kat sekolah tu.. since sekolah tu dekat dengan umah my grandma, me xduduk asrama.. haha.. suka lagi nak nyusahkan Tok dengan Wan.. tapi tu bukan ceritanya.. hee panjang plak intro dia nih..

ok2.. masuk je form 4, me still setia dengan sekolah tu.. nak dijadikan cerita.. sejak2 tinggalkan Sg Buloh, me masih lagi contact kawan2 sekolah rendah.. haha zaman tu xreti lagi main internet bagai, so surat le penyambung persahabatan kami.. hehe.. maka bermula la episod kelakar dalam hidup.. kawan dari Sg Buloh, Zawani tulis surat bgtau pak cik dia mengajar sekolah me.. me check2 ada, rupanya cikgu BM kelas me hokkay... Cikgu Zainuldin nama dia.. so bila bagitau cikgu tu, maka hubungan cikgu dengan anak murid lagi le rapat kan.. haha.. tetiba la plak jadi glemer sebab cikgu asyik suke panggil nama kite sroh jawab soalan.. huh nyesal plak bagitau dia kite ni berkawan dengan anak buah dia.. naik je form 5, cikgu ni jadi cikgu kelas plak..

bila habis sekolah, masing2 bawak diri masing2. sibuk dengan uni life plak. last2 me n Zawani jumpa kat friendster.. again, kami kembali bercontact. maka bermulalah edisi baru cerita kelakar but with the same person..

bagi yang xtahu, me n Abang dari uni yang sama tapi bila me masuk first year, dia da final year n sempat 2 sem je kami merasa 'cinta kampus'.. cehh.. Abang memulakan alam pekerjaan dengan kerja kat Proton, tapi xlama coz gomen panggil keje.. lagipun dia terikat dengan JPA so lepas interview, dia diberi pilihan untuk kerja samaada opis di Kajang, Lumut or Batu Arang.. me of coz le sroh Abang pilih Bt Arang sbb me pernah tinggal kat situ zaman kecik2 dlu n yang paling penting dekat dengan UIA.. hehe gatal sungguh.. lepas 4 5 bulan keje, Abang dapat offer pegi France untuk projek company diorang selama 6 bulan.. huhu.. me nangis time anta Abang kat airport.. orang len rilek je.. ye la maybe sebab masa tu dia pergi sana sebagai tunang kan.. tu yang sedih.. lagi sedih sebab xdapat dating..

bila Abang balik dari sana, dia dikejutkan dengan kehadiran bos baru.. bos lama dia da naik pangkat n kena transfer pergi cawangan lain.. jeng jeng jeng.. selidik punya selidik rupanya bos Abang adalah senior sekolah Mat Jiwa tapi xpernah jumpa coz dia batch first Abang batch kebrape tah. selidik lagi rupanya bos Abang ni dok Sg Buloh. bila me tanya Abang bos dia sapa nama, dia cakap Hj Zaini.. me mula rasa xsedap hati plus excited coz nama dia tu amat familiar.. since end of Disember kami akan berkahwin, Abang pn bagi la kad kahwin kat bos dia.

lepas 2 hari me dapat sms. guess from who?? yes, Zawani sms me tanya betul ke me yang nak kawen tu.. haha.. maka terungkai la lagi satu cerita bahawa bos Abang sekarang ni adalah bapak kawan me zaman sekolah rendah dlu.. see.. betul tak?? kecik kan dunia ni.. haha.. bulan 6 tahun lepas, Zawani kawen n wajib le kami pergi kan.. Abang pergi sebab anak bos kawen, me pergi sebab kawan sekolah rendah yang dah 13tahun xjumpa.. haha.. n Cikgu Zainuldin pn ada kat tempat kenduri.. seronok sembang dengan cikgu n bila cerita kat dia, dia pun terkejut xsangka 'pi mai pi mai tang tu' jugak kami ni.. haha..

lagi satu me nak cerita, before me n my family pindah ke Sg Buloh, kami pernah tinggal kat Bt Arang somewhere area Rawang ni.. sempat la sekolah sampai darjah 3. n bila me bagitau Abah yang Abang dapat keje kat Bt Arang, Abah gelakkan me. dia kata, 'patah balik jugak hang kat tempat lama ek'.. haha.. n bila me pergi opis Abang, me akan teringat zaman kanak2 ribena dlu la dengan Aini, k.Hana dan lain2.. n me masih ingat umah diorang ni.. nak pergi, segan plak coz diorang suma da blajar/keje kat tempat lain. family diorang je kat situ..

so, sampai di sini je la episod cerita 'dunia ni kecik je'.. hehe.. lepas ni xtahu le plak ada kaitan dengan siapa.. daa.. =D

kenduri Zawani

1 comment:

Mrs. Ishamizu said...

totally agree..tokleh nk lari mn la ehh..pi mai pi mai, tg tu jgk.:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails