Thursday, February 25, 2010

buatan orang...

jiran kami baru sampai dari kampung last nite... kebetulan time tu kami baru balik dari pasar malam, diorang pun maybe sampai awal sket coz diaorang da hampir siap angkat barang dari kereta.. maka Abang tu(jiran sebelah) pun tegur kami.. me n Arissa da masuk rumah coz wife dia xde kat luar pun.. xkan nak tunggu kot kan..

lebih kurang half an hour Abang pun masuk dalam rumah.. me pun dengan sibuknye korek cerita dari Abang.. rupanya start cuti CNY Abang tu da terkena santau buatan opismate dia.. ya Allah.. kesian kan.. tengok gayanya, nampak baik je Abang tu n family dia.. budi bahasa tinggi, mahu bercampur dengan jiran.. anak2 pun nampak terdidik je.. tapi, ada orang dengki dengan dia.. mujur dia je yang kena.. kalo satu family, lagi kesian kan..

malam stat cuti CNY tu (Jumaat malam) me perasan diorang keluar rumah dalam kul 9pm.. tetiba kul 12 am dengar diorang sampai umah balik.. kami laki bini dok syak mayb jalan jam teruk kat tol Gombak tu, dats y dia patah balik.. rupanya dia cakap malam tu dia sebenarnya da sakit habis badan2 dia n xbleh nak teruskan drive.. bayangkan, dah le nak balik KB.. xsanggup dia.. then adik dia bawak dia pergi berubat kat ne tah.. esok paginye dah ok, dia terus balik KB.. n sambung berubat kat sana..

me da syak sesuatu dah sebab anak2 dia 2 orang sekolah menengah.. xkan nak ponteng direct sambung cuti MaulidurRasul kan.. mesti akan dapat warning letter la.. kami syak mayb ada nenek sakit ke, or kereta rosak tu yang cuti terlajak kan.. err.. me bukan nak busy body ye.. tapi sebab diorang adalah jiran yang baik, rasanya kena la jugak amik tahu.. tak salah kan? lagipun dia sendiri yang buka cerita.. kami tumpang dengar je la n amik iktibar..

ni kes lain plak.. last week my MIL call.. dia cerita ada la anak buah dia yang mana tah kena buatan jugak.. tapi bukannya dari orang lain, bapak kandung sindri yang buat.. mengucap panjang kami dengar.. katanya anak dia tu dok keje KL.. gaji xpasti le besar ke x, tapi laki bini keje, income maybe masyuk gak la kan.. nak dijadikan cerita, si bapak ni mintak duit lebih sket err mayb agak banyak dari yang si anak biasa bagi.. si anak plak xdapat le nak penuhi impian bapak dia ni coz awal2 tahun maybe la duit nak pakai banyak untuk anak sekolah etc...

then si bapak xpuas hati hantar le sesuatu kat rumah si anak ni. yang ni lagi kesian coz siap dengan anak kecik dia umor 3 tahun skali kena.. yang bleh tahu tu si anak ni rasa lain macam je bila dok kat umah dia aka xsedap duduk la even kat umah sendiri.. anak dia yang kecik tu pun asyik xsehat je, 2 3 kali masuk hospital.. bila dia balik kampung jumpa ustat suma, then dapat tahu terkena buatan bapak dia sindri.. reaksi dia, confem le marah kan plus xsangka bapak sindri sanggup wat cam tu kat dia.. dah selesai berubat katanya si anak xnak dok dah umah tu n nak pindah kat2 umah mertua dia so dat in case sakit pape senang kan ada orang tua bleh tengok2 kan..

ish.. macam2 hal la skarang ni.. xde benda yang mustahil dah.. risau plak mendengarnya.. ya Allah semoga keluargaku terhindar dari benda2 syirik lagi menyesatkan ni.. xpaham betul la.. zaman moden pun ada lagi orang dok amal ilmu sihir.. sempena MaulidurRasul ni, bawak2 le berubah.. contohi la sifat2 mulia Nabi kita.. insyaAllah diri kita akan terhindar dari melakukan perbuatan yang keji.. oh tetiba mode serius plak ;D pesanan ni untuk diri sendri juga.. sama2 la kita saling memperingati.. =D

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails