Wednesday, March 10, 2010

gembira kuasadua

disebabkan tahap kegembiraan yang melampau sebab kek coklat menjadi, me rajinkan diri buat lempeng pulak untuk juadah minum petang semalam.. resipi ni me cuba dari blog k.Lin.. mintak izin c&p ye.. actually dia buat untuk baby dia. haha.. me cuba je sebab bahan2 dia simple.. haha me kan suke benda2 simple ni.. untuk ibu mengandung pun sesuai jugak tau sebab high calcium.. so, kalo rasa susah sangat nak minum susu, ni la alternatif terbaik.. =p

LEMPENG MENTEGA


Bahan-bahan
:
250gm tepung gandum
2biji telur - me guna sebiji je sebab telur da abis.. ok je hasilnya
300ml susu segar - me guna susu kotak dutch lady full cream
Sedikit mentega
60gm gula

Cara menyediakan:
1. Ayak dan tapis tepung.
2. Ambil mangkuk dan masukkan telur bersama ½ bahagian susu. Pukul adunan hingga kembang.
3. Masukkan gula dan pukul lagi. Selepas gula larut, tuang tepung diayak sediki demi sedikit. Kacau perlahan hingga adunan sebati
4. Campur baki susu segar ke dalam adunan dan kacau perlahan. Biarkan adunan sebentar
5. Ambil kuali leper dan panaskan dengan marjerin sedikit.
6. Setelah marjerin cair, tuang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Ratakan dan balik-balikkan hingga lempeng kekuningan.
7. Hidang bersama mentega dan madu. Boleh juga masukkan kelapa dalam adunan untuk lempeng kelapa.


hasilnya, me dapat 6 keping lempeng.. sedap.. me cicah dengan susu pekat.. hehe.. Arissa pun makan je bila disuap... siap berebut lagi kat tangan Mama.. sedap le tu kan.. =p yang pasti, xmuak macam yang guna tepung segera tu.. selamat mencuba..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails