Monday, April 12, 2010

takut komitmen

hari tu dok bersms dengan seorang kawan lama.. lama jugak la dok bersms, cerita macam2.. last2 masuk gak topik pasal diri dia..topik ni memang agak sensitif bagi orang bujang macam dia. tapi dah dia yang bukak cerita, apalagi kan, kite pun merisik khabar le.. hehe..

alkisahnya, dok dok sibuk tanya pasal baby. yang bestnya dia bleh kata dia nak baby tapi xmo kawen.. haha.. ingat Hollywood ka.. bila dirisik2, rupanya dia mengatakan dia xbersedia nak melangkah ke step seterusnya dalam relationship dia dgn BF dia.. katanya sebab takut komitmen.. ya, dia takut rasa terkongkong n tanggungjawab seorang isteri yang memerlukan extra 'energy' untuk melayan suami kat rumah after working time. katanya dia rela hidup macam sekarang untuk beberapa tahun akan datang. hidup bujang, balik keje ada masa untuk spent time dengan kawan2. shopping, belanja duit gaji sesuka hati. rasa rindu, baru jumpa BF. dia juga kata dia takut perkahwinan dia xmampu bertahan lama.. haha.. I memang tergelak besar le kan..

I kata la, eh yang korang dok kapel nak dekat 10 tahun tu bleh plak. tah kalo korang kawen dari dulu dah ada 5 anak tau.. dia pun balas dengan penuh berhemah, kapel lain la. kalo jadi laki bini tanggungjawab besar. aku takut xmampu nak handle. tambah2 plak kite nanti kawen dengan family dia sekali. risau aku aku kalo xjadi isteri/menantu yang baik. lagi satu, kalo kapel, kalo gadoh teruk2 pun nak putus xde la teruk sangat. kalo kawen, gaduh teruk2 then cerai, silap2 2 2 family gaduh teruk..

hmm.. sampai macam tu sekali dia fikir.. advance sungguh.. maybe sebab dia dok berkawan dengan orang2 yang berumur, yang ada macam2 pengalaman hidup, buatkan dia jadi terlalu berhati2.. diriku plak hanya mampu bagi nasihat kat dia, pikirlah yang mana terbaik. kalo diri xsedia jangan paksa. tapi kena ingat jugak, BF tu manusia, dia pun terfikir nak berkeluarga jugak. jangan sampai dia tawar hati nak kawen sudah.. kang dia joli duit yang dia simpan tu kang, lagi naya.. hehe.. kena tunggu lama lagi nak kawen.. rugi tau kawen lambat.. hehe

tu lah hati manusia lain2.. pemikiran pun lain2. apapun, diriku hanya mampu berdoa, semoga dia berbahgia selalu dan sentiasa fikirkan yang terbaik untuk hubungan dia dengan BF dia.. zaman sekarang ni, umur brapa pun kawen, orang dah xkesah. cuma orang tua2 je la kot yang bising. ye la, sapa xnak tengok anak sendiri ada keluarga. yang dah kawen pulak, diorang pun dok bising gak, xsabar nak tengok cucu. ayat klise orang tua2, at least ayah/mak nak jugak tengok cucu sebelum tutup mata.. hehe.






ehem: Selamat Pengantin Baru untuk Hafiz & Faizah (cousin Abang yang kawen baru2 ni). selagi xde baby, selagi tu le pengantin baru kan.. hehe.. mood honeymoon je tiap2 hari ;D selamat datang ke dalam family besar ni.. akak pun amik masa setahun nak hafal nama family diorang ni.. ramai sungguh.. tu xmasuk yang 2 pupu, 3 pupu, kupu kupu lagi tu.. good luck =p

2 comments:

Adlina Husaini said...

imah, kalau difikirkan sampai macam tu sekali memang susah nak melangkah ke tahap seterusnya dalam mana2 perhubungan kan..

hidup ni satu perjudian..sebab tu ada sembahyang istikharah dan sembahyang hajat sebagai panduan..

azimah said...

betul tu.. susah jugak kalo jadi camtu.. rsnya dia takut nak hadapi kegagalan kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails