Saturday, July 10, 2010

Arissa had a nightmare?

nightmare? jeng jeng jeng... kejadian berlaku time Wan sakit tenat hari tu. time semua orang bergegas ke hospital, yang rupanya adalah 'false alarm'. selepas doc sahkan Wan xde pape, cuma perlukan rehat dan gas yang cukup, kami laki bini pun turun ke cafe hospital sebab xbreakfast lagi. Abah dgn Naim pun ikut jugak. 

time kat cafe, saya just makan kuih je. Abang plak, makan naik berlauk plus air soya suam. nak dijadikan cerita, Abang saja2 le suap Arissa minum soya. nak tengok jugak dia reject soya ke tak. tapi Arissa ok je, plus, mintak nak lagi. suap kali ke 2, dia nak lagi. ops! i have to say no sbb manis. marah dia. hehe.

btw, Arissa dah nak masuk 2 hari x poo poo. maybe sebab makan xmenentu. tambah plak berubah tempat, minum pun kurang. petang tu, kejadian suspen pun bermula. Arissa da nangis2 xsenang duduk. duduk salah, berdiri salah. nak bagitau sakit kat mana, of cos le xreti lagi kan. saya pun xteringat nak sapu ubat kat perut Arissa. bila Abang dok agah2 main dgn dia, dia ok le plak. nampak dia rilex je. tetiba dia datang dekat saya, nampak peluh2 kat dahi dia. pada masa yang sama, dengar macam dia dok meneran. mata dgn hidung pun merah. kelakar pun ada masa tu. hehe. nampak gaya dia tu, memang sah Arissa sembelit.

tetiba Arissa menangis. panik kami dibuatnya. mana la tau, semut gigit ke hape ke. puas dok belek kaki tangan dia. then, dia diam. gelak2. haish, pelik betul. Abang suruh check pampers dia. sah, dia dah selamat melabur. tapi ketul bulat kecik je. agaknya, sakit kot time naj*s dia nak kuar, tu yang nangis tu. kite org tua ni pun terasa 'seksa'nya, apa lagi baby kan.

lepas beberapa minit tunggu (kot kot la ada lagi kan) saya pun salin pampers baru. 10 minit kemudian, tetiba Arissa nangis lagi. saya tengok dahi dia peluh2 dah. oh poo poo lagi le tu. kesian dia, kali ni pun keluar ketul keras kecik jugak. tapi, tengok dalam beg pampers dah abis, lupa nak top up. kelam kabut kami  balik rumah. haha. nasib le ketul kecik je. kalo jenis biasa, mau dia meraung mintak tukar segera.

sampai je kat rumah, lepas salin pampers baru, terus sapu minyak angin. confirm dia akan sakit perut lagi cos yang tadi pun keluar sikit je kan. lepas tu, saya suap Arissa sikit ribena. btw, ribena tu, Danial punya. sekarang ni Danial dah jadi peminat ribena but still minum susu. sebelum ni pernah jugak try bagi Arissa minum ribena, dia xsuka masam agaknya. kali ni, paksa gak dia minum sebab saya percaya, benda masam bleh wat Arissa poo poo dengan lancar. and it works! xsampai 15 min, Arissa da poo poo! normal dan banyak sangat. hoyeh! jadi, berakhir la mimpi ngeri Arissa. hehe.

tadi godek godek babycenter, jumpa artikel pasal sembelit ni. mungkin bleh dijadikan panduan untuk anda semua. AMARAN jangan ikut cara saya. mana la tau, cara saya ni xsesuai dengan anak anda. ok happy weekend!




*****

sikit update pasal Wan. Alhamdulillah, Isnin lepas Wan dah ditukar ke wad biasa. dan dah bleh makan. gas plak dah tukar pakai yang biasa. semalam katanya, doc nak ajar Wan supaya xbergantung sangat dengan gas. xtau le camne kan. dengar suara Abah cerita, macam dah kurang banyak dah sakit Wan tu. takde tanda2 yang membimbangkan. confirm le Abah paling risau kan. dia dengan Paksu je yang dok KL. anak2 Wan yang lain semua dok kat Kedah, pape hal tekejut tergempar bleh balik on the spot. semoga Wan cepat sembuh. amin.

2 comments:

Unknown said...

alahai shiannya dia..memang kita tak keruan kalau anak kita sakit..

aisy penah sembelit teruk..add buka pampers n stimulate kawasan tu..baru senang dia melabur hhehee

azimah fauzy said...

ak ah kan. diorang plak xreti nak gtau. lagi kuat diorang nangis, lagi le kita gelabah kan. hehe.

Ad wat camne ek? guna minyak ke? ingat lagi dlu time kecik2, kalo sembelit, mak imah beli ubat yang masuk kot b*nt*t tu. haha. xlama pastu memang berlari pergi tandas. ni baby xbrani le plak nak try.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails