Thursday, July 1, 2010

semoga cepat sembuh

SABTU, 26 JUN
WAN masuk hospital lagi Sabtu baru ni. kali ni kat ICU. pukul 4am tadi ambulance datang ambik Wan sebabnya Wan dah sesak nafas. dia sendiri cakap x'sempat' dah ni kalo nak pergi hospital naik kereta. Nazahiah (cousin) call ambulance. menurut Makcik-yang memang dok umah Wan, pagi tu keadaan sangat kelam kabut. dia hanya mampu menangis sebab panik plus sedih tengok Wan tercungap2 sesak nafas. dia sapu minyak panas kat dada Wan pun xberi kesan apa2.

dalam 10am, Abah call kami bagitau dia, Mak n adik2 dah sampai Kedah, Wan sakit teruk. Abah kata kalo ada apa2 perkembangan dia akan bagitau. dia macam berat hati nak suruh kami balik since kami baru je balik Kedah 2minggu lepas. tapi saya tau dalam hati dia, mesti nak kami sama2 ada di sisi Wan. saya cakap, "tak pe. kami ready je, pape hal call tau."

dalam pukul 4pm Abah call, cakap Wan dah stabil sikit sebab pakai gas. tapi xsedarkan diri lagi. dia kata xpayah balik pun takpe. tapi malam ni kat umah Wan nak buat baca Yassin. saya pulak yang xsedap hati. bagitau Abang. dia cakap, "xpe la kalo Ima nak balik, kita balik la. kemas la barang."

lepas Maghrib, 8.30pm kami dah siap2 nak bertolak balik Kedah. sempat singgah R&R Rawang untuk dinner. Arissa plak dok wat perangai xnak tido. selalunya kalo naik kereta dia baik je. tambah2 kalo gelap, lagi senang nak tido. kalo dok diam xpe gak, ni dok nak capai macam2. nak tekan radio la. nak pegi dok kat Abah la. haih. penat jugak le melayan.  dalam pukul 12am sampai dekat R&R Sg Perak. supper. lepas minum, terus bertolak. kali ni, baru Arissa nak tido. dalam pukul 3.15am kami sampai.


AHAD, 27 JUN
tengah hari, kami pergi lawat Wan. dia dah sedar. still pakai gas. tanya dia, kenal tak, dia senyum, dia kata kenal. kesian Wan. wayar berselirat sana sini. kiri kanan ada wayar. nampak dia xselesa pakai mask tu. sekejap2 dia betulkan, nak cabut. Wan mintak air, tapi xbleh minum lagi. makan pun xbleh.

wad ICU xbleh masuk ramai2. 2org sekali masuk. babies apatah lagi kan. so time nak masuk lawat Wan, Arissa dok kat Mama Danial (my sis). camtu gak bila my sis masuk, Danial stay with me. dia siap panggil Mama lagi. hehe

doctor kata, kalo Wan dah mampu bernafas tanpa gas, Wan bleh stay kat wad biasa. malam tu, dalam pukul 9pm, Abah call bagitau Wan dah pindah ke wad biasa. syukur Alhamdulillah




ISNIN, 28 JUN
4am, Abah call bagitau Wan kena masuk ICU balik sebab sesak nafas lagi. kami yang kat rumah ni hanya mampu berdoa semoga Wan xde pape yang serius. malam tu masing2 tido2 ayam je. alert je telinga ni kalo2 bunyi telefon. perasaan bercampur aduk. tapi gagahkan juga pejamkan mata.


9am, Mak kejutkan kami. bagitau Wan dah teruk sangat dah, lebih teruk dari semalam. semua siap2 pergi hospital. memang kelam kabut time ni. semua orang serius je. hospital pun terasa jauh. bila sampai, doc cakap Wan stabil tapi xbleh melawat. kena tunggu time melawat. kami xbalik rumah, barang2 Arissa pun dah bawak. stay je kat hospital.

1pm, waktu melawat. Wan sedar. kali ni doc bagi gas yang kuat sikit. pakai mask yang agak besar-xtau nama. Wan bleh minum air skit2. guna syringe. tu pun, nurse je yang bleh bagi. ada tube susu-dalam erti kata lain, Wan xbleh makan solid lagi.

7pm, tengok Wan lagi. dia mintak air. dahaga. mintak mask dicabut. dia xselesa. nurse xbagi. kalo cabut mask, Wan akan sesak nafas lagi. katanya paru2 Wan dah rosak.Wan pun xtido dari tadi, dia kata xngantuk. paling sedih, tengok Wan tahan sakit time nak wee wee. ada tiub dipasang. dia suruh nurse cabut, sakit katanya. nurse kata, perasaan Wan je tu. dia trauma sebab sebelum ni dok wad pun tube tu pun dipasang. sedih betul la.


SELASA, 29 JUN
6pm, keadaan Wan dah stabil balik. tapi still kena dok kat ICU, senang doc nak pantau if anything happen. masa kami masuk nak jumpa dia, dia baru je tido. tengok je la, xsampai hati nak kejut. kalo dia sedar, japgi time kami nak balik, dia mesti gave-us-that-look. semacam xbagi kami tinggalkan dia dalam wad sorang2. sedih je kalo tringat.

kami dah siap2 nak balik KL. Tok macam xnak bagi balik. tapi Abang dah 2 hari MC. saya sempat bisik kat Tok, "insyaAllah Wan xde pape. nanti kami balik lagi". berbelah bahagi hati ni. nak stay sana, kesian plak Abang nak balik KL sorang2. lepas Maghrib, kami bertolak balik sini. sampai dalam pukul 1.30am. 



***
tadi call Mak. Mak cakap, Mak n semua pakcik2 bertolak balik rumah masing2 semalam. Wan nampak ok sikit. Mak kata Abah akan balik Kedah lagi weekend ni if Wan xkeluar ICU lagi. semoga Wan cepat sembuh dan xbergantung dgn gas dah. kami nak tengok Wan sihat dan bleh balik rumah. amin.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Siannya tok Ima..sedey plak k.Izu..sbr ye..mudah2an, Tok Ima cpt sht..n bley blk umah..Doa byk2 k..yg ptg dh blk melawat tok..

arelynn said...

Mak mah ...
Wan tuh nenek ke ?
sgt sedih bila baca entri ini ....
semoga cepat sembuh ...
banyakkan berdoa ...

azimah fauzy said...

k.Izu,
thanks.. tu la xsangka plak dia nak sakit. baru je jumpa 3 minggu lepas. sihat je. tu la, harap sgt dia cepat sembuh. dah le nak raya ni.. sedey..

azimah fauzy said...

Alin,
Wan tu Atok la.
Nenek plak kami panggil Tok.
kalo moyang, kami panggil TokNek. :D
confuse kan. org Perak plak, panggil terbalik, kan.?
trima kasih doakan utk atok aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails