Thursday, August 12, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan

alhamdulillah. Ramdhan datang lagi. selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawan! sama-samala kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. 

tahun ni tahun ke-2 berpuasa bersama Arissa. last year, xde la kelam kabut sangat, sebab Arissa baru 4 bulan. dok diam je tengok Mama masak. tahun ni, hmm, dia pun sibuk nak 'tolong' jugak. dan tahun ni jugak, tahun ke-3 puasa sebagai seorang isteri. 

first day puasa, kebetulan Arissa tido pukul 4pm. so bleh la masak dengan aman. masak 2 jenis je pun. ayam masak merah dengan kangkung goreng belacan. pastu Abang beli ikan bakar n sambal tumis ikan bilis. sroh beli ikan bakar je, nafsu le tu. haha. kuih plak beli kuih pelita dengan lopes, tapi hampeh je, air gula cair macam air nescafe O je. Abang, lain kali jangan beli kat orang tu dah tau. 

nak dijadikan cerita, sikit punya la sibuk masak lauk pauk (konon-konon), terkejar2 buat kerja takut anak bangun, haha. last sekali masak nasi. then tinggal je la kan. kata guna rice cooker. pukul 7pm, time nak hidang2 tu, ya Allah, tengok nasi berbiji lagi. adeh, lupa tekan button 'cooking' rupanya. beras da kembang dah. haha. camne la bleh lupa nak tekan. bagitau Abang, apalagi kena perli la. berapa tahun dah masak guna rice cooker ni?. haha. ni mesti sebab Arissa dah bangun. berlari ke depan tengok dia, terus lupa nak double check. huhu. hari ni, harusla tripple check kan. mujur ada kuih. xde la terasa sangat kan makan nasi lambat. hehe.

time sahur plak, dah 2 pagi Arissa tido lena je. terjaga pun lepas kami da selesai makan. hehe. mana taknye, tiap2 malam tido lambat. selagi xgelap satu rumah, selagi tu la dia nak main. petang kalo Abah balik rumah, melekat je dengan Abah. dengar je bunyi motor Abah, dia dah lari2 bawak kasut dia kat pintu. get ready nak keluar le tu. bila bukak pintu je, dia terus keluar haha. xsempat Abah nak masuk rumah. kalo Abah ajak dia masuk, alamatnya, mengamuk la dia. pandai betul anak dara ni. tahu nak keluar waktu petang. pernah satu hari tu, Abah dia balik lambat. kiranya, nak dekat Maghrib dah. Abah tetap bawak Arissa keluar, tapi jap je la. lepas siram pokok bunga, terus masuk. apalagi, meraung la dia. xpuas amik angin luar lagi. haha. malam pun. ada je benda nak ajak Abah main. mana la xtido lambat. 

ok la gtg. nak keluarkan lauk dari fridge. hmm nak masak apa ya petang ni. jadi surirumah kena 'perah otak' pk nak masak apa. xsyok le kan kalo asyik masak benda sama seminggu kan. yang penting simple tapi sedap. hehe. mari kita guna khidmat en google! selamat berbuka ye semua. nanti g param jangan rambang mata plak ye. 

7 comments:

makbed said...

awak kena tag tau. klik
http://blekros.blogspot.com/2010/08/red-ribbon-give-away-contest.html

Nadiya said...

selamat berpuasa mak mah, cik abang dan arissa! hehe

Mrs. Ishamizu said...

hihi akk pn sll je tlupe tekan rice cooker tp a.sham rilex je sbb dia tk kisah tade nasi..akk ler..klu ada icon yg tukul kpl dia seniri tu, akk dh ltk dh kt cni tau...wakaka...biasalah tu Pojie..istri ni urat dh byk putus masa beranak..;p

Hmm manja eh Arissa ngan abah dia..so ank abah la ni..hihi..ala ank2 akk pn sama, klu babah derg blk, lgsg tk pndg dh kte ni..dia tk igt time babah dia g keje, kte la yg dia cr, cling to..sabau je la..tp tk pe la bley kte berehat plak..husband, pls tk over ank plak yeak!:D

azimah fauzy said...

k.Liza,
hihi.. nanti sy try

azimah fauzy said...

Nadiya,
selamat berpuasa utk ko jgk.. jauh dperantauan.. semoga dipermudahkan semuanya ye

azimah fauzy said...

k.Izu,
haa betol.. sy pun rs sbb bnyk urat da terputus time beranak dlu. asyik terlupa je. haha

confirm dah anak Abah. hihi. agaknya sbb half day diorang asyik dgn kite je kan, tu yg bila Abah dia balik xpandang kite dh. kalo lapar ke poo poo br cr kite.. ;D

headbart said...

Kelakar nya... Perkembangan Arissa dgn Maryam lebeih kurang sama.
Maryam pun kalau uncle dia, abah dia bawak keluar, memang dia tanak masuk dah. bawak je masuk, mengaruk-ngaruk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails