Friday, August 20, 2010

kisah.. single size bed

a few days before Wan sakit, Tok kata, Wan ada ajak dia pergi beli single size bed. just in case dia dah sakit teruk nanti dia nak guna. nak letak katil tu kat ruang tengah supaya senang orang nak datang melawat dia.

kebetulan lepas balik dari kenduri, memang Paktam, Tok dengan Wan nak singgah kedai perabot dah. tapi tah macam mana, hari tu kedai perabot yang selalu pergi tu tutup. so terpaksa la batalkan niat untuk sementara waktu. lagipun, bukan nak pakai lagi kan.

dalam 3-4 hari kemudian, Wan sakit teruk. terus dimasukkan ke ICU. tak lama lepas tu, Paktam pun terus beli katil, dengan harapan Wan mesti akan guna lepas balik dari hospital nanti. hari berganti hari, Wan dah makin stabil. tapi doc xbagi discharge lagi sebab keadaan Wan yang mudah semput dan masih perlukan gas. 

selepas 17 hari di hospital, Wan pergi meninggalkan isteri, anak, menantu, cucu dan cicit buat selamanya. tanpa sempat me'rasmi'kan katil baru dia. hari pemergian dia itulah hari pertama dan terakhir Wan gunakan katil tu. 

Tok cerita lagi, few days sebelum dia sakit juga, dia ada kata nak pergi tempah baju raya kat Pekan Rabu, one of his favorite tailor. tapi macam ada je sebab/halangan yang buat Wan xpergi tempah lagi. mungkin Wan sendiri dah rasa dia akan pergi.

Tok sambil bercerita, sambil lap air mata. kami yang dengar ni pun bergenang je air mata. mesti la Tok terasa kehilangan sangat-sangat, sebab teman tidur dia for almost 55years dah takde. tambah plak sekarang ni bulan puasa, lagi la teringat. to be honest, saya xde kekuatan nak call Tok, tanya khabar dia. sebab saya tau bila saya call Tok akan nangis. bila Tok nangis, saya pun akan nangis. time kami nak balik Kl lepas pengebumian tu pun Tok da nangis2 time peluk cium saya. 

maaf saya xdapat teruskan menulis. air mata ni xberhenti mengalir. sedih mengenangkan the only Wan yang ada dah xde nak sambut kami balik raya nanti. AL-FATIHAH..


*** tambahan sket. Wan meninggalkan seorang isteri, 9 org anak, 8 org menantu, 25 org cucu dan 2 org cicit. 



6 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Sedihnya..i feel u, dear. akk pn pnh mengalaminya..masa arwah nenek meninggal 3hr sblom ry..trus tk ry thn tu..

sbr k..Allah lbh menyayangi Wan. dh kuat nti call la Tok Ima tu, tk dela dia rse sunyi sgt..ada jgk cucu tny kaba dia.

MR said...

Ohh sdihnya.... Al-fatihah utk arwah. semoga ditempatkan bersama org2 yg soleh. Amin

liyanaizyan said...

Makmah, takziah. Aku paham. I lost my grampa hari ke-12 raya on 2007. my granny devastated sangat. So I know how u feel. Tabahkan hati ye.

alfatihah untuk arwah Wan kamu & arwah atok saye.

azimah fauzy said...

k.Izu,
hmm sy ni sensitif sket. hati mudah tersentuh.. bila sedih mudah je nak kuar air mata.

kat rumah Tok sekrg ni ada makcik sekeluarga tggal dgn dia. xde la dia sunyi sgt. hrp2 sy ok je la nnti bila ckp dgn Tok.

Al-Fatihah utk arwah nenek k.Izu jge

azimah fauzy said...

MR,
thanks ye MR

azimah fauzy said...

Yana,
tq. al-Fatihah utk arwah Atok kau jgk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails