Tuesday, August 24, 2010

you are my sunshine

... my only sunshine. :D 
baiklah hari ni saya nak bercerita tentang sunshine saya. yang makin hari makin banyak keletah sampai tak terlayan dibuatnya. energy dia masyaAllah, sejak celik mata dari pagi sampai la tengah malam, constant je. xtau penat.

kemahiran terkini ialah faham/dengar arahan.so far, Arissa tahu bila cakap nak mandi, dia akan tarik baju/ seluar dia. then, lepas kite buka baju dia, dia akan ambil n terus masukkan dalam laundry basket yang memang khas untuk baju dia. lepas tu dia akan capai towel. kalo kite saja wat2 lupa, dia akan cakap,"Ma.. ni" sambil tunjuk kat towel. masuk tandas je, lepas buka diapers dia, dia akan letak dalam plastik. tu la rutin harian mandi dia. mula2 dulu suruh/ajar dia, bila dah tiap2 hari buat, dia dah hafal apa yang dia kena wat. ada satu hari tu, Abah nak mandikan dia. lepas buka diapers, Abah biar je. then Arissa bagitau Abah, "Bah.. boh". hehe. dia plak ajar Abah dia bubuh used diaper dalam plastik tu :D good job dear. girl power! eh tetiba plak.

kemahiran mengenal anggota badan pun dah improve sket. setakat ni, bila kita tanya dia, dia akan tunjuk dengan betul. antaranya, rambut, mata, hidung, telinga, pipi, gigi, tangan, pusat, t*k dan kaki. soalan famous Mama dengan Abah untuk Arissa tiap2 hari ialah, "ni apa ni?", sambil tunjuk kat badan dia. dia pun akan sebut-dengan-pelatnya. antaranya:
* sikat (haha rambut sebenarnya)
* ta (mata)
* tinga (telinga)
* dung (hidung)
* pipi
* t*k
* pucat (pusat)
* kaki

vocab pun dah bertambah. 
* hujan
* buah
* uyat (ulat)
* lalat
* ayer (air ~ haha nasib baik xsebut ayaq. sah kamu anak Selangor)
* bubu (bunga ~ dia xreti sebut -nga)
* ti (roti)
* chut (biskut)
* nak t*k (BF)
* nak n*n*n (FM)
* jangan ~ pandai oo kalo kite saja2 amik benda yang dia main, dia akan jerit "jangan!"
* boh (bubuh)

bunyi2 pun dah kenal.
* pagi2 kat sini akan akan burung berkicau. bila tanya dia, "Arissa, apa tu?". dia akan cakap, "bird"
* bila tanya dia, "ayam bunyi macam mana?". dia jawab, " uk uk uu" ~ sekali baby ayam baru nak belajar berkokok daa. haha. 
* "cat bunyi macam mana?", dia jawab "auww"
* kalo dia dengar bunyi cicak, dia dah pandai lari. takut dengan cicak. haha. ada cerita di sebalik kejadian tu. 

haa amik ko. panjangnye! tu la sapa suruh update jarang-jarang kan. haha. tu pun rasanya ada lagi tak di tulis. gambar next entry la ye. selamat memasak & selamat berbuka.

6 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Wah byknya vocab Arissa..dh pndi sebut tu kagum aunty! Iris pelat baby talk lg, tp dh nk dpt adik..so Arissa mintak mama adik ye!;)

Adlina Husaini said...

alah bestnya dah pandai cakap..aisy belum lagi laaa imah..cakap bahasa dia boleh lah

azimah fauzy said...

haha.. k.Izu ni.. dia dh lama mintak adik.. selalu je sebut baby..

InsyaAllah.. dalam proses kira2 dlu. takut plak terbersalin time ry/ bln puasa xbest le kan.. haha.. dah confirm sekapal, sy inform pny kt blog ni haha..

azimah fauzy said...

Ad,
bleh le sket2. kdg2 je bunyi betul.. kdg2 tu tah pape ja bnyi dia.. kena ikut mood dia gak. kdg kalo kite tny dia bleh wat derk ja. geraam tau.

sabaq Ad. Aisy xmo tunjuk skill dia lg tu.. tah nanti dh pandai ckp, tak terlayan plak. haha

headbart said...

Haha!!!

Maryam pun kalau nampak kucing terus tunjuk-tunjuk and jerit, "Auuuw, auwww..."

pastu berlari nak pergi kat cat. Adeh!

azimah fauzy said...

Hana,
aku xpernah lagi la jumpa budak yang xsuka kucing. semuanya akan excited bila nampak kucing dan yg pasti bleh tiru bunyi kucung. haha. comel sangat!

kalo cat jinal xpe la. kalo yg garang, free je dpt 'hadiah' dr kucing tu, haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails