Monday, November 8, 2010

DI SEBALIK IKLAN DEEPAVALI PETRONAS 2010

cuti Deepavali dah abis baru nak cerita pasal iklan Deepavali. haha. xnak cerita lebih-lebih pasal iklan ni, sebab saya tahu ramai dah tengok iklan ni kat tv kan. siap dah hafal storyline dia. apa yang saya story sekarang ni mengenai lokasi shooting iklan ni. haa, nampak cantik je kan iklan ni? kat sekolah, padang bola, kedai bunga dsb.

sebenarnya tempat shooting iklan ni dilakukan di pekan Batu Arang. tak pernah dengar nama tempat ni? sila google map ye. walaupun kat Bt Arang ni macam pekan 'koboi', tapi kerap tau orang shooting kat sini. kalau tak salah, cerita Susuk pun. kalo ingat lagi, dulu2 iklan rokok jenama Salem pun shooting kat sini.

nak dijadikan cerita, 2minggu lepas, time nak pergi klinik untuk check up Arissa, kami lalu la kat tempat 'kejadian'. untuk sampai kat klinik kena la lalu roundabout kecil. xjauh dari situ, saya nampak ada line tape kuning polis. saya pun bagitau Abang, "eh ada crime scene la kat situ. kedai kena rompak kot". Abang dengan muka hairan pun jawab,"kedai runcit je pun. ada orang nak rompak ke?".  sama-sama terdiam. dok pikir kelogikan teori masing-masing. kami pun teruskan perjalanan pergi klinik. 

lepas check up selesai, kami singgah kedai Pak Sheikh untuk lunch. Abang dah kamceng dengan Pak Sheikh tu, maklumlah hari2 lunch kat situ. sembang punya sembang, rupanya orang tengah shooting iklan Deepavali la. haha. rasa cam nak gelak kuat-kuat je kat situ. tapi terpaksa control ayu. bini orang le katakan. depan orang tua plak tu. cam bangang je rasa. asalkan ada line kuning polis, mesti ada crime scene. haha. terpengaruh dengan CSI betul.

walaupun saya hanya dok kat Bt Arang 5 tahun je, tapi kenangan zaman kanak-kanak kat situ adalah terbaik. tahu tak, wpun pekan koboi, kat situ lengkap dengan balai bomba, pejabat pos, klinik, balai polis, masjid, sekolah rendah dan menengah, stesen minyak, dsb. cuma bank je yang xde. dulu-dulu time darjah 2 & 3 pergi sekolah naik basikal. mak ayah xhantar pun. xde nak risau-risau macam zaman sekarang. yang paling best, Mak dengan Abah saya memang kenal tau setiap sorang kawan-kawan saya, anak siapa, rumah kat mana. haha. kalo ada boifren, memang xbleh nak lari la. kecik je BA ni. kurang dari sejam memang confirm dah abis pusing. yang paling tak disangka-sangka, bila dah kawen, rupanya Abang pun keje kat BA ni. hmm begitulah ceritanya. :D

bagi orang jauh dan yang xsempat tengok iklan ni

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

hehe akk pn suka iklan tu, festime tgk, dh agk mst petronas punye..maklum la menyentuh hbs..:D

Wa tingin plak akk nk pg pekan Bt Arang tu..tgk mcm cantik!;) alangkah bgsnya klu keaddan dulu dn skrg msh sama kn..aih..skrg ni kt umah pn tk slmt..org dtg la, nk masuk la wpon kita kata suami kita tk de..geram btol!

Unknown said...

balik umah baru leh tgk video tu..kat opis tak leh huhu

azimah fauzy said...

k.Izu:
tu la. dh bleh agak iklan petronas kan. sy sebak je tk iklan ni. haha hormon org ngandung kot. xbleh tgk org sedih. :D

meh la dtg cni. hehe. sy blanja mkn rojak pasembor yg sedap. :D

trknye la org tu, xkan la dia xpaham suami xde, xbleh la nk masuk umah. ni mesti kes nk setel keje dia, tp xpk perasaan kite camne. huhu. jgn la bkk pintu k.Izu tau. bhy la kite xtau niat dia baik ke tak.

azimah fauzy said...

Ad;
orait

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails