Monday, November 15, 2010

kehebatan breast feeding

setiap orang akan lalui macam-macam pengalaman pahit manis time BF. masing-masing ada cerita tersendiri, ada yang berjaya, ada yang separuh  jalan. apapun saya nak ucapkan tahniah, kerana awak semua pernah BF anak kalian.

kali ini, saya nak share sikit pasal BF. sepanjang 19months menyusukan Arissa, saya dapati ada beberapa 'kejadian' yang saya rasakan 'ya Allah, terima kasih sebab bagi aku peluang untuk BF anakku'. antaranya, Arissa mudah tidur. tak dinafikan, Arissa da kuat minum FM. maybe dia tau, dah ada adik dalam perut mama ni.  plus milk production da makin kurang agaknya. walau bagaimanapun, Arissa x fully stop BF lagi. apa yang saya perasan, setiap malam sebelum tidur, Arissa akan minum 10oz susu botol. tapi dengan amount yang macam tu belum tentu dapat tidurkan dia. kalau betul-betul penat je dia akan terlena sendiri. kalau tak, tek gak yang dicari. haha. tak tipu, tak sampai 5minit menetek, dia dah terlena. hebat kan 'ubat tidur' semulajadi ni. :D 

kehebatan kedua terjadi apabila setiap kali Arissa mengamuk (kes xbagi benda yang dia nak/ halang dia main benda yang bahaya). selalunya, bila dia mengamuk, dia akan guling-guling badan kat lantai. kalo dia betul-betul marah, dia akan campakkan semua benda yang ada depan dia/ sepahkan surat khabar konon-konon dalam cubaan nak bagi Mama hangin sama dia :D selalunya, bila jadi macam ni, saya akan offer untuk BF. alhamdulillah, it works n dia pun macam terpujuk sendiri. time BF dok main-main mata, sengih kat Mama and terus cool down.

antara lain, bonding Mama dengan Arissa memang kuat. main la macam mana pun dengan Abah/ orang lain, bila lapar akan cari Mama gak. Abah mana ada susu kan. hehe. bila dah besar-besar ni, lapar je, terus datang selak baju Mama. comel tau. time tu tangan mula la meraba, selak baju la, main mata dsb.

lagi satu, kenikmatan untuk tidur malam yang sempurna untuk Mama dengan Abah. ye lah,bila BF tak perlu susah-susah nak bangun bancuh susu tiap kali Arissa nangis nak susu. selak je baju n nah amik ni. Mama pun bleh sambung tidur :D tapi sekarang ni dah terasa 'susah'nye. since nak ajar Arissa kurang BF, tiap-tiap malam kena la bangun buat susu untuk dia. semetara nak biasa kan?lepas ni dah ada adik, memang kena buat gak kan.

hmm, macam mana la nak stop BF kan. kesian, sedih semua ada. 6months to go~ chayok


p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. maaf zahir batin. esok pagi kami akan balik kampung. selamat bercuti.





8 comments:

Nina said...

hi imah..name anak da same da..100% agree with u..anak2 yg bf ni mmg xleh dipisahkan ngan nenen nye..hikhik..arisa anak aku pun same..blk keje je trus nak nenen..mcm rindu sgt..that's the sweetest moment for mom..nway, semoga sihat sepanjang pregnant ni..rindu nak pregnant gak, tp kene saba dl..nak besarkan arisa dl..hikhik..

Mrs. Ishamizu said...

yes, hidup bf mom n babies! hehe chayok sama2 k..

Slmt plg ke kpg dn slmt hr raya haji buat Ima sekeluarga. :)

azimah fauzy said...

Nina:
thanks~ tu la aku perasan gak, baby yg mana mak dia keje, mesti serbu mak dia nak menetek time blk keje hehe.. comel je.. ye la, isap botol xde bau bdn mak. haha bila dia menetek busuk masam kite dia sedut. yg tu dia rindu sgt tu

xpe Nina, ko 'tahan' je dlu xyah preggy lg. bleh bf Arisa sampai 2 thn.. tapi, kalo abah dia da ready nk tmbh, marilah join club kami :D

azimah fauzy said...

k.Izu;
tetiba semangat plak sy rs ni. :D k.Izu nak masuk 3org dh mesti lagi pakar bab bf ni kan.. saya folo k.Izu je hehe..

selamat jalan utk k.Izu sekeluarga jg. ada rezki kite jumpa nanti :D doa2 la kami dpt tiket free ke UK (huhu sapa la nk bagi kan.. berangan je ni)

Anonymous said...

Rindunya nak BF.
Maryam skrang nak tidur, aku bg 7oz, letak dalam bilik, and tidur sendiri. Since Arisa dah start minum FM banyak ni, pekata ko train dia tidur sendiri pulak. Nanti senang bila ada adik. First few days mmg dia akan nangis, tapi dalam seminggu, dia dah biasa, dia akan pandai tidur sendiri. Aku ajar Maryam masa dia 14mths. Sekarang Maryam pun dah tak bangun malam lagi.

Pandainya Arisa mengamuk. Meh sini geng ngan Maryam. :D
Kalau Maryam merajuk pun, aku cakap "Nak Tik tak?" terus dia datang, automatic baring atas riba, selak baju aku. Haha! Pastu skrang dah pandai isap balik. tapi adalah 2 minit je. Sbb manede susu pun. Dia buat lepas gian, amek bau aje. Hehh! kesian!

azimah fauzy said...

Hana; xpe..xlama dh ko nak start bf balik~ :D oh Maryam tido separate katil ke? aku pernah try gak ajar tido sindri. kalo dia betul2 ngantuk je berjaya.. kalo dia blm ngantuk alamtnya, tek gak le ubat dia..

eh, susu ko dh abis ke. aku pny pn makin sket dh ni. slalu kalo picit mancut je kuar. skrg da kuar sket2 je. sbb tu kdg2 kalo bf pn xlama sbb dia xpuas kot susu sket :D

Anonymous said...

since aku mule pregnant tu susu dah sgt kurang. Since then tu la Maryam dah pandai nak FM. Kalau tak mlm2 mmg dia tanak FM.

Kalau nak tidurkan dia, mmg kena time dia dah penat. Maryam, kalau dia tidur siang lambat, contoh kul 4ptg baru bangun, mmg confirm malam susah nak tdo. aku kena baring dgn dia, baru tido. Kalau tak, before 8.30 aku dah letak atas katil, dia tido sendiri. Tapi kalau dia tak ngantok, nanti dia turun katil, tolak pintu sendiri, pastu keluar bilik gelak2.

azimah fauzy said...

cepatnya susu ko kering. maybe siang keje, B xteransang produce susu. aku ni pun siang2 mmg dh xbg Arissa hisap.

comel tau Maryam ni. bleh gelak2kan ko lagi. hehe. bleh tahan awal gak Maryam tido. anak aku kalo tido 8.30pm tu, pukul 10 confirm akan bgn main2. pape pun, mmg nak kena ajar Arissa time tido yg betul gak. kalo tak nnti bila ada adik, confirm dia kacau adik tidur punye la. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails