Wednesday, December 29, 2010

mission accomplished!

last Thursday, 23 Dec, misi nak wean off Arissa berlaku secara xsengaja. time nak tido tu, macam biasa la saya bagi dia FM. selepas selesai minum 5oz, Arissa terlelap sendiri tanpa mintak 'tek'. maybe sebab malam tu dia agak penat jalan-jalan kat KLCC. hehe. tau tak, dia xnak balik, sebab kat park ramai budak-budak sebaya dia dok main plus ada air pancut berirama. dia seronok sangat agaknya. :D

Jumaat malam Sabtu pun, macam biasa saya bagi FM. selepas selesai 5oz, dia mula mintak tek. saya cakap la ada ulat la. pastu saya cepat-cepat offer another 5oz FM, dia nak. dia hisap susu sambil meraba-raba, tapi tak mintak tek pun. then terus terlena. sedih tau sebenarnya, tapi untuk kebaikan bersama kan. Mama mintak maaf ye sayang.apapun, Mama tetap sayang awak~

perkara yang sama berulang sampai la last night, di mana saya percaya, bila dia dah tak nangis-nangis mintak tek, bermakna dia dah mula faham, no more tek after this bila nak tido malam. kalo siang-siang pun bila saya tanya dia nak tek tak, Arissa just sengih-sengih cakap "ee ada uyat (ada ulat)"

alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Kau dah permudahkan urusanku nak putus susu badan, tanpa perlu guna  macam-macam cara. Arissa officially wean off at 1year, 8months and 10days old. gonna miss the BF moment!


teruja tengok air pancut

4 comments:

ummi_ziz said...

sedihkan..tak pe mmg utk kebaikan . hihi..kt sini sejuk kn, asyik dahaga je..mlm2 kdg2 Iris cr meraba jgk tp tk hsp la.sian dia, rindu kot..hihi..

Nway, good girl Arissa!

azimah fauzy said...

tq k.Izu.. tu la, mmg sedih.kalo xwat camni, takut nnti berebut dgn adik dia plak..

alolo sian Iris. agaknya dlu2 dh biasa raba terus hisap. hehe. Arissa pn camtu gak. tp tu la kna la wat bodo je, kalo xmo dia stat hisap balik

Anonymous said...

Hmmm... patut ucap tahniah ke?

Takpe la, tahniah kerana berjaya dalam misi ko. Dan tabahkan hati. Hehe!!

Maryam sekarang suka selak2 baju aku dan main cak dengan Tik. Boleh tak...

Arissa dan banyak vocab dia kan... Maryam sama macam Ammar, anak Aneem+Asral. Dah la bday sama, cakap pun sama je. vocab practically takde. Maryam cuma tau yg penting dan yg dia suke je seperti, 'Nak', 'Nah', 'Mmmmm'(maksud sedap), 'Nanahh' (maksud tanak), 'Unca'=uncle Imran, 'Abah', 'iger'=tiger, 'baw'=ball, 'maww'=cat. Dan dia baru pandai panggil Umi setelah setahun 7 bulan. Org yg susah2 branakkan dia ni! Tapi dia panggil Ami. ~sigh

Soh Arissa ajar Maryam cakap pulak.

azimah fauzy said...

tq Hana.. mmg terasa gak dia da stop bf. tp skrg ni, kalo dia hisap fm pun dia still meraba2 aku. hehe.

Arissa bleh tahan la vocab dia.. tp bnyk dia sebut yg hjg2 je. tu pun kdg2 aku xpaham dia cakap apa. haha. xpe Hana, ko layan je Maryam borak, buat2 paham.lama2 nnti ko paham la :D tu pun kira bnyk dah vocab tu. yg pntg dia faham ko ckp apa.

Maryam vocab xbnyk tp creative kan.. bergaya macam org besar. abis la ko, pasni dia jadi Hana Kecik. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails