Monday, August 30, 2010

uu-wii

Arissa kalo mengadap lagu ni 50x sehari pun xpe.
paling dia suka part "uu wii" tu.
yang tu je dia tau sebut. haha.
kadang-kadang je terkeluar "b ci ci e e ci".
siap goyang2 badan macam kartun tu jugak.
harap-harap cukup je kali ke-100, awak da bleh hafal semua tau.


Thursday, August 26, 2010

dialog Nenek Nenek

pada suatu malam yang indah, sesudah menjamah moreh lepas solat terawikh, beberapa orang Nenek pun berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing. di pertengahan jalan, mereka sempat berbual-bual mengenai cucu-cucu mereka.

Nenek A: anak kau dah bersalin ke?
Nenek F: dah, minggu lepas.
Nenek A: wah, dah jadi nenek la kau ye. anak lelaki ke perempuan?
Nenek F:  lelaki.
Nenek A: siapa nama cucu baru?
Nenek F: ish. kau tanya aku? aku tak ingat la. panjang. ada 3-4 nama. nama macam orang zaman sekarang laa
Nenek A: (sambil gelak-gelak) aku tau la. siapa nama?
Nenek F: entah la. tak ingat. susah nak sebut. nanti aku tanya anak aku sekali lagi. haha.

Tuesday, August 24, 2010

disable tagged photos

penangan FB makin kuat 2 3 menjak nih. sampaikan orang dah xpandang dah Friendster. lagi 'kejam', siap dah bleh lupa password nak login. haha.

seperti yang kite perasan, sekarang ni, ada sesetengah kawan2 kite ni rajin dok korek album2 lama. niatnya hanya untuk suka2, mengimbau kenangan lama. kalo gambar senonoh tak pe la jugak kan. tapi macam mana kalo tetiba gambar zaman hingusan, yang mana dulu kite xpakai tudung (sekarang dah pakai) tetiba kena tag? tak pun sedara mara kite, yang suka2 je tag gambar kite dengan baju xproper? xsyok la kan. 

cara yang paling senang adalah untag je la gambar2 tersebut. tapi kalau xsempat untag, ada satu lagi cara. cara ni, insyaAllah orang lain xbleh view gambar2 tersebut.

step 1:

click 'Account'.
pilih 'Privacy Settings'.


step 2:

pilih 'Customize Settings'.
*click to enlarge*


step 3:

pilih 'Things others share'.pilih 'Photos and videos I'm tagged in'.
ubah setting ke 'Only Me'.

step 4:
suruh hubby preview guna account dia :D 
siap!


you are my sunshine

... my only sunshine. :D 
baiklah hari ni saya nak bercerita tentang sunshine saya. yang makin hari makin banyak keletah sampai tak terlayan dibuatnya. energy dia masyaAllah, sejak celik mata dari pagi sampai la tengah malam, constant je. xtau penat.

kemahiran terkini ialah faham/dengar arahan.so far, Arissa tahu bila cakap nak mandi, dia akan tarik baju/ seluar dia. then, lepas kite buka baju dia, dia akan ambil n terus masukkan dalam laundry basket yang memang khas untuk baju dia. lepas tu dia akan capai towel. kalo kite saja wat2 lupa, dia akan cakap,"Ma.. ni" sambil tunjuk kat towel. masuk tandas je, lepas buka diapers dia, dia akan letak dalam plastik. tu la rutin harian mandi dia. mula2 dulu suruh/ajar dia, bila dah tiap2 hari buat, dia dah hafal apa yang dia kena wat. ada satu hari tu, Abah nak mandikan dia. lepas buka diapers, Abah biar je. then Arissa bagitau Abah, "Bah.. boh". hehe. dia plak ajar Abah dia bubuh used diaper dalam plastik tu :D good job dear. girl power! eh tetiba plak.

kemahiran mengenal anggota badan pun dah improve sket. setakat ni, bila kita tanya dia, dia akan tunjuk dengan betul. antaranya, rambut, mata, hidung, telinga, pipi, gigi, tangan, pusat, t*k dan kaki. soalan famous Mama dengan Abah untuk Arissa tiap2 hari ialah, "ni apa ni?", sambil tunjuk kat badan dia. dia pun akan sebut-dengan-pelatnya. antaranya:
* sikat (haha rambut sebenarnya)
* ta (mata)
* tinga (telinga)
* dung (hidung)
* pipi
* t*k
* pucat (pusat)
* kaki

vocab pun dah bertambah. 
* hujan
* buah
* uyat (ulat)
* lalat
* ayer (air ~ haha nasib baik xsebut ayaq. sah kamu anak Selangor)
* bubu (bunga ~ dia xreti sebut -nga)
* ti (roti)
* chut (biskut)
* nak t*k (BF)
* nak n*n*n (FM)
* jangan ~ pandai oo kalo kite saja2 amik benda yang dia main, dia akan jerit "jangan!"
* boh (bubuh)

bunyi2 pun dah kenal.
* pagi2 kat sini akan akan burung berkicau. bila tanya dia, "Arissa, apa tu?". dia akan cakap, "bird"
* bila tanya dia, "ayam bunyi macam mana?". dia jawab, " uk uk uu" ~ sekali baby ayam baru nak belajar berkokok daa. haha. 
* "cat bunyi macam mana?", dia jawab "auww"
* kalo dia dengar bunyi cicak, dia dah pandai lari. takut dengan cicak. haha. ada cerita di sebalik kejadian tu. 

haa amik ko. panjangnye! tu la sapa suruh update jarang-jarang kan. haha. tu pun rasanya ada lagi tak di tulis. gambar next entry la ye. selamat memasak & selamat berbuka.

Friday, August 20, 2010

kisah.. single size bed

a few days before Wan sakit, Tok kata, Wan ada ajak dia pergi beli single size bed. just in case dia dah sakit teruk nanti dia nak guna. nak letak katil tu kat ruang tengah supaya senang orang nak datang melawat dia.

kebetulan lepas balik dari kenduri, memang Paktam, Tok dengan Wan nak singgah kedai perabot dah. tapi tah macam mana, hari tu kedai perabot yang selalu pergi tu tutup. so terpaksa la batalkan niat untuk sementara waktu. lagipun, bukan nak pakai lagi kan.

dalam 3-4 hari kemudian, Wan sakit teruk. terus dimasukkan ke ICU. tak lama lepas tu, Paktam pun terus beli katil, dengan harapan Wan mesti akan guna lepas balik dari hospital nanti. hari berganti hari, Wan dah makin stabil. tapi doc xbagi discharge lagi sebab keadaan Wan yang mudah semput dan masih perlukan gas. 

selepas 17 hari di hospital, Wan pergi meninggalkan isteri, anak, menantu, cucu dan cicit buat selamanya. tanpa sempat me'rasmi'kan katil baru dia. hari pemergian dia itulah hari pertama dan terakhir Wan gunakan katil tu. 

Tok cerita lagi, few days sebelum dia sakit juga, dia ada kata nak pergi tempah baju raya kat Pekan Rabu, one of his favorite tailor. tapi macam ada je sebab/halangan yang buat Wan xpergi tempah lagi. mungkin Wan sendiri dah rasa dia akan pergi.

Tok sambil bercerita, sambil lap air mata. kami yang dengar ni pun bergenang je air mata. mesti la Tok terasa kehilangan sangat-sangat, sebab teman tidur dia for almost 55years dah takde. tambah plak sekarang ni bulan puasa, lagi la teringat. to be honest, saya xde kekuatan nak call Tok, tanya khabar dia. sebab saya tau bila saya call Tok akan nangis. bila Tok nangis, saya pun akan nangis. time kami nak balik Kl lepas pengebumian tu pun Tok da nangis2 time peluk cium saya. 

maaf saya xdapat teruskan menulis. air mata ni xberhenti mengalir. sedih mengenangkan the only Wan yang ada dah xde nak sambut kami balik raya nanti. AL-FATIHAH..


*** tambahan sket. Wan meninggalkan seorang isteri, 9 org anak, 8 org menantu, 25 org cucu dan 2 org cicit. 



Monday, August 16, 2010

AllahuAkbar

Allah Maha Besar!

petang semalam, time otw nak ke SB lagi (Sabtu dah pergi, Ahad pergi lagi ye), Arissa betul2 dah kejutkan Mama dengan Abah. jalan keluar dari kawasan rumah kami ni akan lalu sebuah masjid. sebaik sahaja nampak kubah masjid, Arisaa cakap, "Ma, Allahbat (AllahuAkbar)". terdiam sekejap kami berdua. kagum! Ya Allah, budak kecil pun dah kenal masjid, tempat solat. maybe sebab pernah tengok azan kat tv. kiranya dia ingat la agaknya. 

*pic from google
sebelum ni pun, dia dah pandai tiru kita solat. tahu nak sujud dah. biasa la, time Abah dia solat, dia tengok. Abah sujud, dia sujud. kalo kite bentang apa2 kain/ sejadah, mulalah nak sujud. mulut tu sepanjang masa sebut 'Allahbat'. kalo dengar azan dari surau pun dia sebut 'Allabat' jugak. Arissa, semoga kamu menjadi anak yang solehah dan diterangkan hati sentiasa. Amiin.


HAPPY 'BELATED' 16 MONTHS OLD, DEAR!!



Friday, August 13, 2010

santan kotak

err.. nak tanya ni kepada kawan sekalian.
sapa tau, kalo santan kotak kecik tu kan, sama dengan bape biji kelapa ek?
dia pun pekat semacam je kan.
camne u all guna/sukat dia ek?
lagi satu, cap apa yang best ek?
cap ayam ke, MS ke apa ek?

sekian,
beta yang confuse :D

Thursday, August 12, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan

alhamdulillah. Ramdhan datang lagi. selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawan! sama-samala kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini. 

tahun ni tahun ke-2 berpuasa bersama Arissa. last year, xde la kelam kabut sangat, sebab Arissa baru 4 bulan. dok diam je tengok Mama masak. tahun ni, hmm, dia pun sibuk nak 'tolong' jugak. dan tahun ni jugak, tahun ke-3 puasa sebagai seorang isteri. 

first day puasa, kebetulan Arissa tido pukul 4pm. so bleh la masak dengan aman. masak 2 jenis je pun. ayam masak merah dengan kangkung goreng belacan. pastu Abang beli ikan bakar n sambal tumis ikan bilis. sroh beli ikan bakar je, nafsu le tu. haha. kuih plak beli kuih pelita dengan lopes, tapi hampeh je, air gula cair macam air nescafe O je. Abang, lain kali jangan beli kat orang tu dah tau. 

nak dijadikan cerita, sikit punya la sibuk masak lauk pauk (konon-konon), terkejar2 buat kerja takut anak bangun, haha. last sekali masak nasi. then tinggal je la kan. kata guna rice cooker. pukul 7pm, time nak hidang2 tu, ya Allah, tengok nasi berbiji lagi. adeh, lupa tekan button 'cooking' rupanya. beras da kembang dah. haha. camne la bleh lupa nak tekan. bagitau Abang, apalagi kena perli la. berapa tahun dah masak guna rice cooker ni?. haha. ni mesti sebab Arissa dah bangun. berlari ke depan tengok dia, terus lupa nak double check. huhu. hari ni, harusla tripple check kan. mujur ada kuih. xde la terasa sangat kan makan nasi lambat. hehe.

time sahur plak, dah 2 pagi Arissa tido lena je. terjaga pun lepas kami da selesai makan. hehe. mana taknye, tiap2 malam tido lambat. selagi xgelap satu rumah, selagi tu la dia nak main. petang kalo Abah balik rumah, melekat je dengan Abah. dengar je bunyi motor Abah, dia dah lari2 bawak kasut dia kat pintu. get ready nak keluar le tu. bila bukak pintu je, dia terus keluar haha. xsempat Abah nak masuk rumah. kalo Abah ajak dia masuk, alamatnya, mengamuk la dia. pandai betul anak dara ni. tahu nak keluar waktu petang. pernah satu hari tu, Abah dia balik lambat. kiranya, nak dekat Maghrib dah. Abah tetap bawak Arissa keluar, tapi jap je la. lepas siram pokok bunga, terus masuk. apalagi, meraung la dia. xpuas amik angin luar lagi. haha. malam pun. ada je benda nak ajak Abah main. mana la xtido lambat. 

ok la gtg. nak keluarkan lauk dari fridge. hmm nak masak apa ya petang ni. jadi surirumah kena 'perah otak' pk nak masak apa. xsyok le kan kalo asyik masak benda sama seminggu kan. yang penting simple tapi sedap. hehe. mari kita guna khidmat en google! selamat berbuka ye semua. nanti g param jangan rambang mata plak ye. 

Sunday, August 8, 2010

kehilangan

maaf sebab agak lama menyepi.  hampir sebulan rupanya. dok terkial2 nak meng'ayat' :D last last semua dok dalam dratf je. tambah plak kami ber3 baru je baik demam n selsema. memang tak ber'update' le kan.

hari ni, genap 28 hari Arwah Wan pergi meninggalkan kami. bagi yang xtahu, sebenarnya, Wan meninggal pada hari Isnin, 12 Julai 2010 selepas 17 hari tinggal di hospital. sedih sangat sebab kami berharap arwah sihat selepas dia dah bertukar ke wad biasa tu. masa tu, arwah dah bleh makan n mintak nak makan macam macam. saya merasakan arwah mungkin akan sihat seperti sedia kala. rupanya itu adalah petanda dia akan pergi. tambah menyedihkan, kami, Abah dan Paksu memang xsempat jumpa buat kali terakhir. apapun, semua ni dah ditetapkan. Allah amat menyayangi arwah dengan mengurniakan kesakitan yang xlama. 

Sabtu minggu lepas, sepupu Abah, Ust Yaakob yang juga ustaz kat SMKAK dulu pun meninggal dunia.  arwah pun memang dah lama sakit. kalo xsalah dari tahun lepas lagi. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. AL-FATIHAH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails