Wednesday, January 19, 2011

pancitt

mengandung kali ni memang menguji stamina, fizikal dan mental. kalau dulu sorang-sorang xde la rasa penat sangat. luckily saya xde morning sickness yang teruk. tapi jangan ingat saya buleh bergembira. no no no! jangan lupa saya ada sorang anak dara yang AMAT lasak dan active.

dari saat celik mata je pagi-pagi tu dia dah wat 'operasi'. pendek kata rumah saya ni xpernah dalam keadaan kemas pun, especially kat living hall. Arissa pun pandai, dia xkan main jauh-jauh dari saya. bertambah parah, bila dia punggah toys dia, books dia, magazines saya. memang rumah macam tongkang pecah. tu belum sampai angin nak sepah-sepah surat khabar. oh tidak! rasa tetiba bleh high BP je tau. 

dulu-dulu rajin gak saya kemas lepas dia sepah-sepah tu. lama-lama, dia macam nak buli Mama dia aje. saya simpan elok-elok, 5minutes later, sepah balik. sekarang ni, memang dah teringin nak mengemas. lantak la ko labu, rumah bersepah pun. haha. tapi bila en suami dah balik, kesian plak kat dia sebab disambut dengan rumah yang 'dihias amat kreatif' oleh anak dara beliau. kepada sesiapa yang nak datang rumah saya, sila roger awal-awal tau. bleh la nak mengemas serba sedikit. kalo tak alamatnya duduk atas toys Arissa la ;D

tu belum tambah dengan angin kus-kus dia lagi. huhu. ada hari tu, dia xnak keluar dari toilet lepas mandi sebab nak main air lagi. yang klakarnya, lutut dia dah menggeletar, bibir dah biru, but still xnak keluar. dia suka air dari getah paip tu, seronok sembur dinding n lantai. bajet tengah cuci tandas la konon. kalo paksa dia keluar, memang mengamuk sakan la, dok jerit-jerit n meronta-ronta. rasa macam nak patah pinggang dukung dia. pehtu nangis macam kena dera, padahal orang xcubit dia pun. nak pakai diapers dgn baju pun satu hal. jangan xtau, punya la lari satu rumah. memang rasa nak pitam kejap layan kerenah dia ni tau.

sekarang ni dia ada 'modal' baru nak masuk tandas. setengah jam sekali, dia datang bagitau saya, "mama, yak!" sambil selak seluar dia. at first percaya jugak la. tapi bila check, hampeh je, mana ada pun. dia tau, kalo  dia 'yak', mesti Mama bawa dia basuh, then ada chance la nak main air. hoho. kecik-kecik dah pandai berdrama. notti sungguh. lately, dia dah ada rutin sendiri, bangun tidur dia akan poo-poo. so Mama xakan tertipu dah la. haha.

ada orang kata dia nak perhatian lebih sebab dia tau Adik dia on d way. yang paling xtahan bila ada orang kata,"haa tu la, nape mengandung awal sangat, tunggu la Arissa 3tahun dulu nak bagi dia adik pun". tah la. berbulu je kalo jumpa orang camni. sesungguhnya, kita hanya mampu merancang. Allah dah tetapkan segala-galanya. even kalo pakai protection pun, kalo dah sampai masa nak 'lekat', jadi baby juga tau. erk sorry. ter'emo' plak.

part paling sweet (bila angin dia baik), Arissa akan datang kiss perut sambil cakap "adik, adik". kadang tu, kalau datang mood geram dia, 'ketepek', hoho dia tepuk perut daa. kuat plak tu.bergegar adik kat dalam. harap-harap adik dia lahir nanti xde la dia wat geram camtu kan. kalo tak, jenuh nak kepung :D

7 comments:

Makbed said...

sama la cam oni. suka menyepahkan rumah.

ishamizu said...

:) rumah org ada ank mmg bsepah.biasalah tu. at least ada ank hidup kita tk sunyi kn..;)

azimah fauzy said...

k.Liza,
orang nak dapat adik mmg cenggitu kot.. rajin benar tolong mak dia :D


k.Izu,
tu baru sorang, esok2 ni bila berdua, habih la saya. tp kan kalo tetiba tgk umah kemas rasa pelik plak haha.

Squarecut Ring said...

Makmah~~~ yuuuhuuuu! meh exchange link! hahaha. wah dah nak masuk baby 2nd. bestnye. ^__^

meh bg petua sikit. hahaha

azimah fauzy said...

Yana,
oraitt.. beres!

tq2. ko jgn Yana. karang tetiba blog aku glemer kalo aku bg petua kat sini. haha.

Squarecut Ring said...

ape salah nye weh. aku nk tau jugak. hahaha. cepat gtau posisi mane paling mujarab utk dpt ank pompuan. hahahaha XD

azimah fauzy said...

aku dah wat entry khas utk ko.. sila baca. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails