Friday, January 28, 2011

rancang jantina bayi

AMARAN: entry ni hanya sesuai dibaca oleh PASANGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA. sebabnya, ada istilah2 yang hanya orang dah kawen je paham ;D

entry ni khas untuk pengantin baru, Yana. haha. untuk pengantin lama pun boleh cuba, rancang untuk anak seterusnya ;D actually, saya ni xde la arif sangat dalam bab-bab macam ni. ada la sikit-sikit ilmu dapat dari baca  cerita orang lama. hehe.

pertama sekali, kita kena tahu yang isteri bawa chromosome XX, suami pula bawa chromosome XY.  so chromosome suami la yang akan tentukan jantina baby. isteri akan 'lepaskan' X manakala suami akan 'lepaskan' X atau Y. apabila chromosome ni bertemu, maka terhasil la baby boy or girl. nak tahu lebih lanjut, sila guna khidmat en google ye ;D kesian tau, orang dulu2 xbanyak info pasal ni. end up suami salahkan isteri sebab xdapat bagi anak lelaki. padahal dia xtau, tu berpunca dari chromosome dia and of coz semua ni ketentuan Allah.


so far, petua yang saya tahu untuk dapatkan baby GIRL:
* waktu yang sesuai untuk  'bersama'  adalah time isteri tengah subur. time hari yang belas-belas tu.
* lepas 'bersama', isteri tidur mengiring ke sebelah kiri. jangan lupa minta izin suami dulu ye. berdosa tau tido membelakangkan suami.
* pemakanan- amalkan makan yang beralkali

untuk dapatkan baby BOY:
* waktu sesuai untuk 'bersama' adalah hari ke-20++.
*lepas 'bersama', tido mengiring ke kanan.
*pemakanan- amalkan makanan berasid dan seafood

apapun, sebelum memulakan 'operasi', haruslah didahulukan dengan NIAT dan DOA moga apa yang dirancang menjadi. the rest, serahkan kepada Allah, kerana Dialah yang tentukan segalanya. u all boleh refer blog ini untuk cerita lebih lanjut. hehe. saya xreti nak elaborate panjang-panjang. to be honest, saya xikut pun kaedah ni sebabnya tak plan pun nak mengandung time tu. orang kata, cubajaya je. hehe. alhamdulillah, tau-tau, ada isi je.

menurut doctor, seelok-eloknya isteri makan acid folic at least 3 bulan sebelum mengandung. acid folic ni penting untuk replication process. kalau rajin lagi, minum la susu yang specific untuk ibu yang merancang kehamilan. rasanya brand Anmum kot.

setelah semua usaha dilakukan namun masih tak mengandung dalam masa setahun, pasangan ni wajib jumpa doktor pakar. dua-dua ye kena jumpa doktor, bukan suami atau isteri sahaja. mana la tau something wrong somewhere. ada setengah orang perempuan  cycle period tak teratur, ada pulak yang periodnya 2 3 bulan sekali. tak pun maybe ada masalah dengan rahim.

suami pun kena la ingat, jangan nak salahkan isteri je kalo isteri tu tak pregnant lagi setelah sekian lama. suami pun mungkin boleh jadi punca tau. maybe sperma tak active ataupun xlarat berenang sampai ke ovum.  ataupun, air mani banyak, tapi sperm kurang. so, para suami, jangan jadi perokok tegar ye, kerana dipercayai boleh affect keaktifan/kualiti sperm.

panjang la plak mengarang. hehe. maaf kalau ada salah silap. saya pun baru belajar. selamat mencuba!

6 comments:

ishamizu said...

good tips! tp ktrg pun tatau psl rancang jantina ni..bserah pd yg Esa je. Betul yg ptg niat, usaha, doa dan tawakkal pst bjaya..insya Allah. ;)

Squarecut Ring said...

terbauk makmah! Nak simpan buat kenangan la entry ko nih. hahahah XD

azimah fauzy said...

k.Izu,
sama la sy pn. Tambah yg 2nd ni cycle xbtl, tawakal je la. Hehe.

Yana,
try tau. Bejaya nnti jgn lupa blanja aku. Haha

Squarecut Ring said...

haha. good entry makmah. pasni asal together2 je mengiring ke kiri. hahaha. :P kalau static je baring mengadap ke atas camne? haha

headbart said...

woi Yana... Excited baru kawin la tu... Imah, cepat PG-rated kan ko nye blog ni. Entry ni perlu di klasifikasikan as- Entri Untuk Pembaca yg Sudah Berkahwin Sahaja.

azimah fauzy said...

Yana,
tq.. haha.. tnya soalan cepu mas kat aku ye, mana la aku tau.. ko try la.. aku rasa lekat je, tp gender, ko mgkn xpt apa yg ko nak la.. haha


Hana,
Yana memang.. ko br tau ke.. haha.. orait.. aku pn terpk gak nak wat camtu.. tq eh tlg ingatkan aku (tetiba fefeeling ana rafali haha)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails