Friday, February 18, 2011

dah scan ke belum?

... boy ke girl? 
zaman sekarang ni, soalan ni la yang paling glemer. hehe. bukan hanya mak budak n bapak budak je yang excited nak tahu, family members n friends pun x terkecuali. 

seperti yang dirancang, masa cuti CNY baru ni kami balik kampung. selain dari menghadirkan diri ke kenduri, agenda lain adalah nak 'intai' baby's gender. semangat ok. ye la, scan baru ni xnampak. haruslah kami terjah ke tempat yang pakar.

at first agak sedih sebab ada member bagitau Dr Anuar dah xkeje kat Mahsuri. dulu time Arissa scan kat dia la. agak yakin dengan service dia, mana taknya, gegirl punya dia pandai cari sampai jumpa. mencabar tu ;D my friend kata dia keje kat PMC sekarang ni. tapi xpegi pun PMC tu coz bila tanya situ charge  almost RM100 per session. kami ubah haluan ke INS specialist center yang mana murah sket dari PMC n boleh pergi waktu malam sebab doc available.

so malam tu, dengan hati yang berdebar-debar pergi INS. sanggup skip dinner sebab takut baby active sangat. thanks to Nadiya for the tips. memang baby behave je, tengah tido kot, less than 2 minutes doc dah dapt kenalpasti. yeah, and it's a BOY. alhamdulillah, syukur sangat sebab impian nak sepasang termakbul. birthday present untuk Mama tu. and Abah too. of course la dia paling excited, ada geng nak main/tengok bola ;D harap2 betul la boy kan. pakar O&G yang scan. xkan dia nak tipu kan. hehe

actually time scan tu, Abang ada record guna hp dia. klinik tu guna LCD besar, memang senang la nak record. anyone ada cara nak upload video dgn cepat tak? kami ni guna streamyx pakej 60hinggit je. mau berjaman nak upload. hehe. dan yang paling best bila doc tu snap muka baby. hehe, cam kopipes muka kakak je. haha. xpe, muka baby sejak lahir berubah2 kan. mana tau keluar nanti muka cam Abah plak.  baby pun sihat, organ n tulang belakang pun dalam keadaan baik. paling slek, saya terlupa tanya berat baby bape. excited sangat kot sampai lupa haha.

btw, pada CNY yang tu juga, my first cousin bertunang. sebelum ni banyak cousin sebelah Abang yang kenduri. xlama lagi, cousin sendiri plak. excited tau sebab me n my sister je yang dah kawen pun. insyaAllah kenduri akan berlangsung lepas Raya tahun ni. kebetulan, semua anak-anak Tok balik, jadi malam tu, rumah Tok plak buat kenduri doa selamat n tahlil arwah untuk Wan. insyaAllah, Tok nak pergi umrah hujung bulan ni. semoga selamat pergi n selamat kembali.



note: yay! dah boleh shopping brg2 blue n fikir nama baby~ agak mencabar sebab few names yang saya suka dah disambar org. :(

5 comments:

ishamizu said...

Salam Ima!

Alhamdulillah..it's a bby boy! samalah kita ye. hihi. Congrats dear..sng dh dpt sepasang, kn! so happy for u. ^_^

Take care!

Nadiya said...

Wah! Sepasang...pandai la korg planning...huhu.
Aku dah bejey dah boy dr entry ko yg before ni....haha.

Nadiya said...

*bajet

azimah fauzy said...

k.Izu,
tq.. hehe.. musim baby boy agaknye tahun ni.

azimah fauzy said...

Nadiya,
tq. haha xplan pun. period aku pas bersalin dlu xbetul.. rezki le ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails