Friday, February 18, 2011

perut tujuh

alhamdulillah, minggu ni genap 7bulan Adik Arissa in my tummy.  kalau dulu time Arissa, week 39 da lahir. so sekarang ni, plus minus 10 more weeks to go. haish. takut tau. walaupun ni adalah kali kedua.

preparation? to be honest, xstart shopping pun lagi~ kali ni macam agak relax, sebab xbanyak barang nak kena beli. maybe sebab dah tau mana nak tuju kan. just in case terbersalin awal, en suami pun bleh tolong belikan.  dah 2 tahun 'train' en suami shopping barang anak, xkan la dia nak tergagau plak kan. hehe. teruk betul perangai. antara barang baby yang nak kena beli adalah:
* baju tidur
* baju daytime + rompers
* diapers - newborn n S size. mana la tau anak Mama nanti peha besar ke ;D
* mitten n booties - nak cari yang lubang2 takut time pantang musim panas
* receiving blanket
* baby wipes - kena beli lebih. mana la tau dia kuat poo poo nanti
* toiletteries
* bantal (half moon shape)

tu je kot. tempat nak beli - JJ. yang lain2 guna yang kakak punya.  masih tersimpan rapi dalam almari. tak berusik pun. ;D jangankan barang baby, barang Mama dia pun xbeli lagi tau. kan nye apa pun, set bersalin , pad, socks n panties je. bengkung, guna yang lama je. set bersalin apa yang best ek? ingat kali ni nak cuba brand lain plak. tempat nak beli - The Store (prev known as Hiong Kong).

lagi satu, ada sesiapa tahu mana nak cari tukang urut yang best area Sg Buloh, Paya Jaras, Kundang or Kuang tak? yang dulu tu macam cekik darah je. URUT SAHAJA plus nyembang ada la dalam 1hour.  tu pun kena caj RM50 per session sebab dia datang rumah guna transport sendiri. minyak urut caj harga asing ye. salah sendiri gak sebab last minute baru cari. memang last minute tau sebab bila dah bersalin baru cari. tu pun ada nurse KK recommend. agaknya, dia dah glamour misi tu dok promote, dia bleh nak wat ala kadar plak. haish~

oh, kalau xsalah, ada sesetengah orang, bila perut tujuh ni, mak/nenek dia buat majlis lenggang perut kan?  time ni juga lah jantina baby diramal oleh mak bidan kan? saya dulu xbuat pun, sebab sebelah mak memang dah lama tinggal amalan tu. plus xada orang2 tua yang pandai. mak mertua saya dulu ada tanya nak wat tak, sebab sebelah dia semua buat. tapi saya tolak cara baik, sebabnya sebelah Mak saya xpernah amalkan pun. nasib baik dia xberkeras suruh buat. hehe.

i know, ada yang xsabar nak tau adik Arissa boy ke girl kan? hehe. saja suka buat orang tertunggu2. tunggu next entry ek ;D


p/s: Hana, selamat mengepush! harap2 kali ni ko berjaya bersalin ikut 'pintu'.

6 comments:

Tia said...

aah...kali ni mesti baby boy kan? Huhu~

azimah fauzy said...

haha.. jap aku tengah gigih type entry tu ;D

ummi_ziz said...

hihi happy shopping, dear! akk pon tk gi shopping lg, mcm tk larat nk keluar sejuk2 nih.

Anonymous said...

aku dah call org urut. tapi dia kat Kg Dato' Harun. Urut 3 hari, RM250. Minyak semua kira sekali. PAstu dia urut, mandi baby semua, and masak ubat periuk semua. Kalau baby jaundice, dia akan jaga sampai baik. All in. Transport je la, nak kena gi amek. sebab dia tak familiar jalan.
Kita cuma sediakan bengkung dgn tungku, sbb tungku dia org pinjam tak pulang. Ko nak? Tp jauh a kalau nak kena amek.

Bos aku nye makcik pun tukang urut bersalin gak. Dia duk ulu Yam. RM50 sehari gak. tapi tak tau a camne.

azimah fauzy said...

k.Izu,
akak xstart shopping lg ke? hehe sy ni kes kurang mood nak shopping. rupanya boy. haha. lgpun xbnyk barang nk kna beli, xde la terasa kuar duit banyk kalo membeli skali harung ;D

kesian akak, kat sana sejuk xabis lg ek.. xpe, kalo keadaan xmengizinkan, a.Hisham bleh kuar sorang beli brg2 penting dlu. abis pantang, terus shopping betul2 hehe

azimah fauzy said...

Hana,
murahnya! bagus plak tu siap mandi baby. nak jugak! tapi jauh sket la dgn umah mak aku kat sg buloh. hmm tp bleh je diconsiderkan kalo dia nak dtg umah aku kan, berambik berantar xkisah la kalo service baik camtu..

xpe, aku try usha tkg urut dekat2 sini dlu. nanti kalo xdapat gak, aku contact ko eh.. tenkiu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails