Wednesday, April 20, 2011

big TWO





pada 13 April lepas Arissa dah cukup 2 tahun. HAPPY BIRTHDAY sayang!  moga menjadi anak solehah dan contoh yang baik untuk adik-adik nanti ;D

alhamdulillah dah besar anak mama ni. makin banyak akal. dah faham apa yang Mama n Abah cakap. sekarang ni pun dah boleh sebut perkataan panjang, yang ada 4 suku kata. contohnya, 'mama cantik', 'abah encem', 'mandi ujan (shower)', 'mama sakit', 'mama batuk', 'baju cantik', etc. yang paling best, sejak-sejak kami berdua demam bulan lepas, Arissa dah xtakut makan ubat. dengan rela hati dia serah diri nak makan ubat. agaknya dia tau, kalau sakit, nak cepat baik kena makan ubat. seronok sangat xpayah nak 'main kejar-kejar' dah. hehe.

Arissa pun dah pandai nak turn on laptop, dah tau nak tekan button mana. letak jari kat tempat cursor untuk tekan next video dalam youtube. huhu advance anak-anak zaman sekarang kan. sebab tu la sekarang ni cam malas je nak online guna laptop kalau dia tak tido. confirm sibuk je nak tekan jugak.

so far cartoon favourite adalah Barney, Chuggington, Pingu n Upin Ipin. Barbie xlayan ok. hehe. anak dara sorang ni memang obses dengan trains, especially Chuggington tu. Thomas n friends dia xberapa minat. maybe sebab guna suara orang tua kot kan. hehe. so far Arissa dah ada 2 dvd Chuggington. yang bestnya Arissa boleh ajuk style Koko, Wilson n Brewster cakap, slang London. contohnya, 'apple', 'really', 'oh no' etc.

CD Barney pun Arissa ada dua, 123 n Colour n shapes. CD tu kami beli masa Arissa 6mos lagi. hehe semangat betul konon2 nak ajar anak mengira. tapi Arissa xsuka tengok pun. bila pasang je, dia nangis. hehe pelik agaknya tengok makhluk warna purple tu dok gerak-gerak. tapi bila dia dah 1yo+ dah ok dah. dah boleh terima agaknya. tapi mula-mula tu dia suka tengok CD 123 je. bila pasang color n shapes dia mintak tukar nak 123 gak. sekarang ni dia dah suka 2 2 CD tu, siap hafal lagi Barney n frens menari macam mana, nak clap tangan masa bila, nak lompat n say hooray time bila. yang paling touching part barney nyanyi lagu 'i love u' tu. Arissa siap peluk Mama n Abah n kiss skali.  xsia-sia ulang tayang Barnye hari-hari pun coz now dia dah bleh count 1-10 in English n BM. of course la dia dalam mode hafal. hehe. insyaAllah xlama lagi akan kenal/ pandai tulis nombor plak.

since last month Arissa minat Pingu n Upin Ipin. bila part kelakar, pandai plak dia gelak. hehe. budak-budak kan. agaknya dia faham la bila tengok kartun macam tu. yang xbleh blah, tiap kali tengok Upin Ipin je, mesti nak ayam goreng gak. haha. jangan xtau, Mama dengan Abah pun layan gak tau Upin Ipin ni. sekarang ni kan kat TV9 tiap-tiap hari, so xpayah le beli CD lagi hehe.

almost 1hour menempek kat MPH, buku train ni jugak yang dia bekenan

btw, on her birthday tu, Abah amik cuti. lepas check up Mama, terus meronda Midvalley. lepas lunch terus pegi MPH nak tambah koleksi books Arissa. buku train jugak yang dia dok usung ke hulu ke hilir. sekarang ni pun kami dah terbiasa masuk MPH/ other bookstore tiap kali outing. harap-harap dapat didik Arissa minat membaca. walaupun kadang-kadang xbeli books baru. 

hari tu jugak, kami sempat masuk Toys R Us. tengah dok usha-usha toys, tetiba mata ni tertarik dengan mende ni. hehe. tapi kami xbeli pun, sebab ada Brewster je. ingat nak survey kat tempat lain nak tengok Wilson plak. agak-agak, kalau beli, sapa yang lebih excited nak main? anak or makbapak? hehe

remote control Brewster

4 comments:

ishamizu said...

hehehe Arissa mcm Iris jgk prefer Chungginton dpd Thomas..dia tkt Thomas n Train tu, may be seram kot kt sore Thomas tu..:D

Nway, happy birthday Arissa! pndi mcm2 dh ank dara ni..good job! keep it up, k..;)

NoEn said...

birthday arissa dekat2 ngan birthday alya..baby nadiatul pun..sume pulun bulan 4 yer..hehe..

aku rsa la kn, makbapak nye yg t'ebih xcited main kot..hehe

azimah fauzy said...

tq aunty Izu.. hehe.. nak jd kakak dah mcm2 le perangai dia dpt. meniru ckp org je lebih hehe

Thomas mmg semacam je, dah tu static je jalan atas rail dia. kite yg tua ni pun xtergoda nak tgk. hehe..

azimah fauzy said...

Nurin,
birthday dia sama dgn anak Ayu. hah Alya pn April gak ke? elok le tu tahun depan kite wat majlis besar utk anak2 kite nih. haha. apa pun, yg rambang mata memilih mainan adalah mak bapak kan ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails