Friday, September 30, 2011

Ubat Cacing

Hari ini Arissa makan ubat cacing untuk kali kedua. Ubat tu namanya Zentel beli kat farmasi. masa mula-mula makan dulu nurse klinik KK yang bagi masa umur 2 tahun. Kali ni beli sendiri je. Sebabnya dia asyik dok korek punggung dia aje seminggu dua ni. ish tak senonoh sungguh anak dara ni. mula-mula hari tu ingatkan dia gatal sebab dah lama poo poo. tapi bila check balik takde pun. terus syak ada cacing.


pic from google


antara tanda2 kanak-kanak ada cacing ialah muntah, kurang selera makan, mata kuyu je plus kurang aktif. perut pun buncit semacam je. kanak-kanak yang tak basuh tangan sebelum makan dan suka berkaki ayam kat luar rumah pun berisiko dijangkiti cacing juga. 

ubat ni seeloknya diminum sekaligus, xpayah simpan minum sikit-sikit. bau dia macam yakult je (rasa tak tau la hehe). so memang takde masalah la untuk kanak-kanak nak minum. Arissa pun selambe je telan tadi. oh btw, orang dewasa pun boleh minum tau. tapi kalau tak suka jenis syrup ni, tablet pun ada. tapi ibu mengandung tak boleh minum.

hasilnya, kena tunggu esok pagi. cacing-cacing tu akan keluar bersama poopoo. tapi dia takkan keluar sekor2 tau. dia keluar macam putus-putus macam kena cincang dengan pedang samurai. hehe. so jangan la takut/bayangkan cacing tu keluar sambil menggedik. eeuuww! sorry kalau ada yang tengah makan bila baca entry ni ;D

untuk mengetahui lebih lanjut, boleh refer ke blog Dr. Zubaidi. (AMARAN! eee geli sangat gambar cacing tu. jangan klik kalau anda seorang penggeli)


5 comments:

Makbed said...

salam..
imah, arissa dah ada insurans dah. kalau takde agi, kontek akak ek.

NoEn said...

erk..sgt geli beli ckp pasal cacing ni..huhu

azimah fauzy said...

k.Liza:
ok insyaAllah. pape hal sy roger. tq~

Nurin:
memang geli~ kalau xcegah lagi geli hehe

Anonymous said...

haiyooh....wa baca lu punya web wa pi coba itu obat worm iu worm keluar manyak....wa ingat itu baby kecik kecik ada tapi wa orang dewasa pun ada haiyooh geri ohhhh......

Ah Chuan

Anonymous said...

sekiranya 2 taun dah bagi ubat cacing perlu ke kite bagi lagi ? sbb anak sy perot buncit badan pon kurus . sekarang dia 2 taun 4 bulan . tp selera mkn menjadi lah cuma takot je perot buncit bdn kurus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails