Thursday, May 30, 2013

Spam oh spam

tah mana la silapnya. entry saya tu dipenuhi dengan spam. haish menyampah sungguh. sebagai penyelesaian saya terpaksa set entry tu as draft. tengok la jadi macam mana nanti. harapharap dah ok.

yang terbaru masuk plak comment dari anon mana tah. promote link lucah. aduyai. sabar je la..  u all pernah kena macam ni tak? nak ubah setting kat mana ye?

p/s: currently using 'bloggerdroid'. mcm senang nak taip. tapi kalo nak view guna 'blogger' senang sikit ;)

Tuesday, April 23, 2013

budak comot

makan ice cream je confirm comot tau.


budak busuk masam Mama ni. tak lama nak masuk umur 2tahun dah. sekejap je rasa. dari time baby kemudian Faiq meniarap, merangkak, mengesot, duduk, bangun berdiri then jalan. pastu berlari. ahh cepatnya awak besar! dari awak tak boleh cakap sampai la dah mulut bising walaupun pelat. hehe.


so far Faiq da pandai mengira 1-10 both on English n bahasa. hasil tiap-tiap hari prektis time naik turun tangga. hehe.

doa tidur tau "amuut" je.

doa makan "allah huma bayik nana fima rozanana" ;) ok la kan. sket je lagi nak hafal semua kan.

nyanyi twinkle twinkle little star da terer versi pelat la tapi. yang penting irama betul walaupun sebutan salah ;)


Faiq da faham beberapa rutin. antaranya nak mandi buka baju then baju masuk laundry basket. diaper buka masuk dalam tong sampah. awal-awal nak mandi mintak berus gigi hakikatnya berus dinding je lebih. haha. masalah betul nak suruh dia berus gigi tau. lepas makan pinggan n cawan angkat letak kat sinki. siap-siap amik stool nak basuh tangan n mulut. lagi satu nak masuk rumah bagi salam. jawab salam pun dah pandai.


ok la. GTG da sampai masa mandikan anak-anak. bye!


Sunday, April 21, 2013

colorful FB

tinggg!
dapat idea dah. haha. kalau awak semua perasan rata-rata FB hari ini update gambar dan cerita bab politik. ye la hari ni kan penamaan calon. colorful FB saya dibuatnya ;) sementara belum PRU13 lagi kan. esok esok dah abis mengundi habis la cerita bab politik.

UNDI ADALAH RAHSIA katanya. tapi bila masing-masing dok upload gambar bendera parti pilihan ditambah dengan share berita-berita sensasi parti jadi secara tak langsung saya dah tau awak awak dan awak undi siapa. hehe. bukan rahsia lagi dah ;) opss


note: hari *ini adalah Sabtu 20April2013

Saturday, April 20, 2013

melimpahruah

salam.
dalam kepala ni rasa banyak je nak tulis. tapi tak tertulis pun. tak tau nak cerita yang mana sebab semuanya cerita lama. haha. memang mengada-ngada kan.

tak pe la. kita tengok la nanti cerita apa yang nak keluar dulu kan. disiplin dan semangat menulis! menjelmalah dikau!!!!!

Saturday, March 30, 2013

hai hai

oh lamanya tak berblog.
janggal plak rasanya.
testing testing..
new app, BLOGGER.

agaknya lepas ni tuan tanah akan rajin berblog tak? hehe

p/s:thanx Yana scr :)

Wednesday, August 1, 2012

Faiq yang handsome

>sebelum


Hehe jangan ada yang muntah tau. Ni gara-gara Faiq potong rambut la(mama n abah la yang nekad bawak potong). Orang asyik ingat gegirl je. Padahal sah-sah pakai baju boy. hehe. Potong Ahad baru ni kat kedai mamak kat Kota Damansara.

Bagus la mamak tu potong. Cepat dan kemas sesuai la dengan kanak-kanak ribena yang dok tak diam macam Faiq ni. Faiq tak nangis pun, tapi punya la kepala dok pusing kiri kanan. Hehe


semasa

Btw, ni first time potong kat kedai mamak. Sebelum ni saya pernah trim rambut depan n wan Ramli pernah trim yang curly-curly kat belakang tu.

Harap-harap raya nanti dah panjang balik la. Bila potong rambut, muka pun nampak lain, hehe tak de muka manja baby dah. Jadi handsome bak kata Arissa. Dia pun ciwi tengok adik dia rmbut baru. :D

selepas

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 2012

Sedar tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.

Sepanjang hampir 5 tahun bergelar isteri dan mama, pelbagai kisah pahit manis masam masin (ok dah over la tu) dialami sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

Tahun 2008:
baru few months pregnantkan Arissa. Alhamdulillah saya tak mabuk teruk. Tapi diuji dengan spotting/bleeding sbelum bulan puasa. Dan doc nasihat supaya saya puasa selang sehari disamping makan ubat kuatkan rahim. Sedih tau sebab tinggal puasa. Tapi mengenangkan saya pernah keguguran 2 bulan sebelum tu, saya turutkan nasihat doc.

Tahun 2009:
Puasa bertiga. Masa ni Arissa baru 4bulan dan masih BF. Asalkan petang je dah pancit. Huhu dugaan betul.

Tahun 2010:
tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa penuh. Time ni tak bajet pun dah ada baby dalam perut sebab 2 3 bulan period tak pernah betul. Tapi bagus juga tak tau preggy sebab masa tu still BF Arissa. Kalau tau, mesti rasa takut/bersalah je kan.

Tahun 2011:
Puasa berempat. Faiq masa ni baru umur 3bulan. Dengan pengalaman yang ada, alhamdulillah bleh bertahan sampai petang. Tak de lembik sangat. Arissa pun beri kerjasama tak buli mama dia. Hehe

Tahun 2012:
Masih berempat. Hehe. Masih BF kan Faiq. belum ada tanda-tanda nak tambah ahli keluarga. Hehe. Menjelang petang je, mama dah pancit. Faiq plak dah dapat kaki last month, so seronok la dok mengekor kakak dia. tapi bila mama pergi dapur je dia meraung. Xbagi mama masak/basuh pinggan. Nak tak nak, kena tunggu abah dia sampai rumah baru bleh bersilat kat dapur.

Kami selalu sahur pukul 5 lebih. Lepas tu boleh jemaah subuh sama-sama. Indah je sebab anak-anak tidur tebongkang tak sedardiri. Hehe. Dan saya plak, selagi tak azan, selagi tu dok minum air masak sampai kembung. Demi anak le katakan. Panjang plak cerita kali ni. Selamat bersahur ye. Bye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails