Monday, November 15, 2010

kehebatan breast feeding

setiap orang akan lalui macam-macam pengalaman pahit manis time BF. masing-masing ada cerita tersendiri, ada yang berjaya, ada yang separuh  jalan. apapun saya nak ucapkan tahniah, kerana awak semua pernah BF anak kalian.

kali ini, saya nak share sikit pasal BF. sepanjang 19months menyusukan Arissa, saya dapati ada beberapa 'kejadian' yang saya rasakan 'ya Allah, terima kasih sebab bagi aku peluang untuk BF anakku'. antaranya, Arissa mudah tidur. tak dinafikan, Arissa da kuat minum FM. maybe dia tau, dah ada adik dalam perut mama ni.  plus milk production da makin kurang agaknya. walau bagaimanapun, Arissa x fully stop BF lagi. apa yang saya perasan, setiap malam sebelum tidur, Arissa akan minum 10oz susu botol. tapi dengan amount yang macam tu belum tentu dapat tidurkan dia. kalau betul-betul penat je dia akan terlena sendiri. kalau tak, tek gak yang dicari. haha. tak tipu, tak sampai 5minit menetek, dia dah terlena. hebat kan 'ubat tidur' semulajadi ni. :D 

kehebatan kedua terjadi apabila setiap kali Arissa mengamuk (kes xbagi benda yang dia nak/ halang dia main benda yang bahaya). selalunya, bila dia mengamuk, dia akan guling-guling badan kat lantai. kalo dia betul-betul marah, dia akan campakkan semua benda yang ada depan dia/ sepahkan surat khabar konon-konon dalam cubaan nak bagi Mama hangin sama dia :D selalunya, bila jadi macam ni, saya akan offer untuk BF. alhamdulillah, it works n dia pun macam terpujuk sendiri. time BF dok main-main mata, sengih kat Mama and terus cool down.

antara lain, bonding Mama dengan Arissa memang kuat. main la macam mana pun dengan Abah/ orang lain, bila lapar akan cari Mama gak. Abah mana ada susu kan. hehe. bila dah besar-besar ni, lapar je, terus datang selak baju Mama. comel tau. time tu tangan mula la meraba, selak baju la, main mata dsb.

lagi satu, kenikmatan untuk tidur malam yang sempurna untuk Mama dengan Abah. ye lah,bila BF tak perlu susah-susah nak bangun bancuh susu tiap kali Arissa nangis nak susu. selak je baju n nah amik ni. Mama pun bleh sambung tidur :D tapi sekarang ni dah terasa 'susah'nye. since nak ajar Arissa kurang BF, tiap-tiap malam kena la bangun buat susu untuk dia. semetara nak biasa kan?lepas ni dah ada adik, memang kena buat gak kan.

hmm, macam mana la nak stop BF kan. kesian, sedih semua ada. 6months to go~ chayok


p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. maaf zahir batin. esok pagi kami akan balik kampung. selamat bercuti.





Wednesday, November 10, 2010

cerita berus gigi

tau tak (tak tau hehe) dalam masa 2 bulan ni saya dah tukar 3 berus gigi walaupun mereka masih dalam keadaan baik. huhu. sebabnya lepas 1minggu pakai, hidung saya ni dah dapat tangkap bau busuk kat berus gigi tu. terus xnak pakai dah. kalau pakai jugak. bau busuk tu akan lekat kat kepala otak ni, and of cos le saya akan muntah bila terkenang bau busuk tu. eeeee

 Abang memula tu 'angin' jugak la dengan bini dia ni kan. ada ke patut nak tukar berus gigi kerap-kerap. yang paling dia xbleh terima saya tuduh dia guna berus gigi saya. haha. kelakar kan 'penyakit' orang ngandung ni. 3 hari lepas baru je tukar berus gigi baru. tu pun dia siap pesan, amik berus gigi murah-murah je. kang 3 4 hari tukar lagi. hehe. rasanya pasni nak g Mydin la, beli berus gigi cap Mydin. beli sedozen terus. haha. jimat sket.

oh ada good news. saya dah xmuntah bila gosok gigi pagi-pagi. saya syak sebab ubat gigi yang saya guna. dulu saya guna Colgate, memamng wajib tiap-tiap pagi muntah hijau (sebab perut kosong). sekarang ni pakai ubat gigi Mu'min. dah ok dah. cuma kadang-kadang je muntah. hmm mesti ada bahan dalam Colgate  yang xada dalam Mu'min yang buatkan saya muntah kan? u all ada masalah ubat gigi tak?

Monday, November 8, 2010

DI SEBALIK IKLAN DEEPAVALI PETRONAS 2010

cuti Deepavali dah abis baru nak cerita pasal iklan Deepavali. haha. xnak cerita lebih-lebih pasal iklan ni, sebab saya tahu ramai dah tengok iklan ni kat tv kan. siap dah hafal storyline dia. apa yang saya story sekarang ni mengenai lokasi shooting iklan ni. haa, nampak cantik je kan iklan ni? kat sekolah, padang bola, kedai bunga dsb.

sebenarnya tempat shooting iklan ni dilakukan di pekan Batu Arang. tak pernah dengar nama tempat ni? sila google map ye. walaupun kat Bt Arang ni macam pekan 'koboi', tapi kerap tau orang shooting kat sini. kalau tak salah, cerita Susuk pun. kalo ingat lagi, dulu2 iklan rokok jenama Salem pun shooting kat sini.

nak dijadikan cerita, 2minggu lepas, time nak pergi klinik untuk check up Arissa, kami lalu la kat tempat 'kejadian'. untuk sampai kat klinik kena la lalu roundabout kecil. xjauh dari situ, saya nampak ada line tape kuning polis. saya pun bagitau Abang, "eh ada crime scene la kat situ. kedai kena rompak kot". Abang dengan muka hairan pun jawab,"kedai runcit je pun. ada orang nak rompak ke?".  sama-sama terdiam. dok pikir kelogikan teori masing-masing. kami pun teruskan perjalanan pergi klinik. 

lepas check up selesai, kami singgah kedai Pak Sheikh untuk lunch. Abang dah kamceng dengan Pak Sheikh tu, maklumlah hari2 lunch kat situ. sembang punya sembang, rupanya orang tengah shooting iklan Deepavali la. haha. rasa cam nak gelak kuat-kuat je kat situ. tapi terpaksa control ayu. bini orang le katakan. depan orang tua plak tu. cam bangang je rasa. asalkan ada line kuning polis, mesti ada crime scene. haha. terpengaruh dengan CSI betul.

walaupun saya hanya dok kat Bt Arang 5 tahun je, tapi kenangan zaman kanak-kanak kat situ adalah terbaik. tahu tak, wpun pekan koboi, kat situ lengkap dengan balai bomba, pejabat pos, klinik, balai polis, masjid, sekolah rendah dan menengah, stesen minyak, dsb. cuma bank je yang xde. dulu-dulu time darjah 2 & 3 pergi sekolah naik basikal. mak ayah xhantar pun. xde nak risau-risau macam zaman sekarang. yang paling best, Mak dengan Abah saya memang kenal tau setiap sorang kawan-kawan saya, anak siapa, rumah kat mana. haha. kalo ada boifren, memang xbleh nak lari la. kecik je BA ni. kurang dari sejam memang confirm dah abis pusing. yang paling tak disangka-sangka, bila dah kawen, rupanya Abang pun keje kat BA ni. hmm begitulah ceritanya. :D

bagi orang jauh dan yang xsempat tengok iklan ni

Thursday, November 4, 2010

HOUSE FOR SALE /RENT

ops! bukan saya yang tengah mencari rumah. kawan saya yang sorang ni nak minta tolong.

is looking for a single story house within puchong / sri kembangan / kota warisan / dengkil area for sale / rent (less than rm550)...my house owner is going to sell his house..he want to sell it to me but the price is not worth with the house condition..huhu..need help if anyone has any info..

haa.. shout di atas saya copy paste dari FB dia. anyone yang ada info bleh la bagitau ye. tambahan sket. kalau bleh dapat by end of this month pun ok jugak and kalo ada rumah kat area Desa Pinggiran Putra lagi bagus sebabnya dekat dengan rumah mak dia. :D tq so much ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails