Thursday, January 21, 2010

dunia ni kecik je...

semuanya telah tersurat.. kadang2 apa yang berlaku hari ni mungkin akan ada kaitan dengan hari yang akan datang, especially kalo jmpa orang or pegi ke sesuatu tempat.. cewahh.. intro sikit punya kan..

straight to the point, sebenarnye me nak cerita sesuatu yang me anggap kebetulan n paling klakar dalam hidup.. after abis je darjah 6, my parents sekolahkan me kat Kedah.. memang sedih sangat sebab kena sekolah kat tempat baru.. tambah plak xde kawan2 yang kite kenal since sekolah rendah kat sekolah tu.. since sekolah tu dekat dengan umah my grandma, me xduduk asrama.. haha.. suka lagi nak nyusahkan Tok dengan Wan.. tapi tu bukan ceritanya.. hee panjang plak intro dia nih..

ok2.. masuk je form 4, me still setia dengan sekolah tu.. nak dijadikan cerita.. sejak2 tinggalkan Sg Buloh, me masih lagi contact kawan2 sekolah rendah.. haha zaman tu xreti lagi main internet bagai, so surat le penyambung persahabatan kami.. hehe.. maka bermula la episod kelakar dalam hidup.. kawan dari Sg Buloh, Zawani tulis surat bgtau pak cik dia mengajar sekolah me.. me check2 ada, rupanya cikgu BM kelas me hokkay... Cikgu Zainuldin nama dia.. so bila bagitau cikgu tu, maka hubungan cikgu dengan anak murid lagi le rapat kan.. haha.. tetiba la plak jadi glemer sebab cikgu asyik suke panggil nama kite sroh jawab soalan.. huh nyesal plak bagitau dia kite ni berkawan dengan anak buah dia.. naik je form 5, cikgu ni jadi cikgu kelas plak..

bila habis sekolah, masing2 bawak diri masing2. sibuk dengan uni life plak. last2 me n Zawani jumpa kat friendster.. again, kami kembali bercontact. maka bermulalah edisi baru cerita kelakar but with the same person..

bagi yang xtahu, me n Abang dari uni yang sama tapi bila me masuk first year, dia da final year n sempat 2 sem je kami merasa 'cinta kampus'.. cehh.. Abang memulakan alam pekerjaan dengan kerja kat Proton, tapi xlama coz gomen panggil keje.. lagipun dia terikat dengan JPA so lepas interview, dia diberi pilihan untuk kerja samaada opis di Kajang, Lumut or Batu Arang.. me of coz le sroh Abang pilih Bt Arang sbb me pernah tinggal kat situ zaman kecik2 dlu n yang paling penting dekat dengan UIA.. hehe gatal sungguh.. lepas 4 5 bulan keje, Abang dapat offer pegi France untuk projek company diorang selama 6 bulan.. huhu.. me nangis time anta Abang kat airport.. orang len rilek je.. ye la maybe sebab masa tu dia pergi sana sebagai tunang kan.. tu yang sedih.. lagi sedih sebab xdapat dating..

bila Abang balik dari sana, dia dikejutkan dengan kehadiran bos baru.. bos lama dia da naik pangkat n kena transfer pergi cawangan lain.. jeng jeng jeng.. selidik punya selidik rupanya bos Abang adalah senior sekolah Mat Jiwa tapi xpernah jumpa coz dia batch first Abang batch kebrape tah. selidik lagi rupanya bos Abang ni dok Sg Buloh. bila me tanya Abang bos dia sapa nama, dia cakap Hj Zaini.. me mula rasa xsedap hati plus excited coz nama dia tu amat familiar.. since end of Disember kami akan berkahwin, Abang pn bagi la kad kahwin kat bos dia.

lepas 2 hari me dapat sms. guess from who?? yes, Zawani sms me tanya betul ke me yang nak kawen tu.. haha.. maka terungkai la lagi satu cerita bahawa bos Abang sekarang ni adalah bapak kawan me zaman sekolah rendah dlu.. see.. betul tak?? kecik kan dunia ni.. haha.. bulan 6 tahun lepas, Zawani kawen n wajib le kami pergi kan.. Abang pergi sebab anak bos kawen, me pergi sebab kawan sekolah rendah yang dah 13tahun xjumpa.. haha.. n Cikgu Zainuldin pn ada kat tempat kenduri.. seronok sembang dengan cikgu n bila cerita kat dia, dia pun terkejut xsangka 'pi mai pi mai tang tu' jugak kami ni.. haha..

lagi satu me nak cerita, before me n my family pindah ke Sg Buloh, kami pernah tinggal kat Bt Arang somewhere area Rawang ni.. sempat la sekolah sampai darjah 3. n bila me bagitau Abah yang Abang dapat keje kat Bt Arang, Abah gelakkan me. dia kata, 'patah balik jugak hang kat tempat lama ek'.. haha.. n bila me pergi opis Abang, me akan teringat zaman kanak2 ribena dlu la dengan Aini, k.Hana dan lain2.. n me masih ingat umah diorang ni.. nak pergi, segan plak coz diorang suma da blajar/keje kat tempat lain. family diorang je kat situ..

so, sampai di sini je la episod cerita 'dunia ni kecik je'.. hehe.. lepas ni xtahu le plak ada kaitan dengan siapa.. daa.. =D

kenduri Zawani

Friday, January 15, 2010

Bila Anak Sakit Perut...

BIASANYA, penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, TIDAK semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat PENTING juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.

Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut.Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil JUS PRUN yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.

Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.

Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.

Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.

sumber dari KOSMO!

*****

alhamdulillah, so far Arissa jarang le kembung/sakit perut.. mayb sebab slalu amalkan sapu minyak angin lepas mandi n sebelum tidur.. Arissa plak memang akan poopoo tiap2 hari yang membuatkan me yakin dia xde masalah sakit perut. pernah skali tu Arissa menangis dgn teruk gara2 me bagi makan roti nan. cuak jugak kami laki bini.. perut dia masa tu memang keras.. bila sapu minyak angin, dia terus burp n terpoo dgn banyak.. then dia terus ok.. mayb time tu perut dia xbleh trima nan lagi kot.. baru2 ni suap ok je pun.. hehe..

so ibu2 sekalian.. harap artikel dapat membantu u all semua ye.. nite!

TESCO Rawang

haha.. tadi tengok berita kat TV, serious ramai gile orang serbu Tesco Rawang.. siap tunggu kat depan pintu lagi awal2 pagi tu.. bila bukak je, terus serbu.. hehe.. kata baru bukak kan?? n me pun dapat SMS dari Tesco bagitau 300 pelanggan pertama akan dapat free gift.. maybe sebab tu la kot orang serbu..

mesti orang yang tinggal sekitar Rawang da tau location dia kan.. bagi yang xtahu, Tesco ni terletak di jalan utama KL-Rawang.. kalo dari KL tu, Tesco ni depan sket je dari air terjun Hutan Lipur Kanching/Templer Park..

so lepas ni, orang2 Rawang xpayah le pergi Tesco Kuala Selangor or Tesco Selayang lagi dah.. hehe.. to be honest, me dengan Abang bleh dikatakan kurang pergi Tesco.. sebab kalo time kami pegi mesti susah dapat parking.. kami prefer pergi Giant Kota Damansara lagi coz sambil2 tu bleh la singgah umah Mak kan..

kalau la jalan kat Rawang ni xdibesarkan, confirm la kami xkan lalu jalan tu nak pergi KL.. confirm jam teruk.. ada Tesco plak tu, cnfm orang Q nak masuk kan.. ish ish ish.. lebih baik bayar duit tol dari dok perabih minyak ngadap jalan jam.. MBS sila la amik tindakan! besarkan jalan ke hape ke.. err betul ke ek panggil majlis bandaran kalo nak besarkan jalan?? tetiba konpius jap.. haha..

pape pun, bagi peminat Tesco selamat membeli-belah kat Tesco baru tu.. for me, lagi baik pegi Tesco Mutiara Damansara sebab lepas tu bleh 'cuci mata' kat IKEA.. hehe

Wednesday, January 13, 2010

potong kuku anak dengan cara bijak...

camne eh?? seriuosly sejak Arissa da makin cerdik ni, makin susah nak potong kuku dia.. macam main tarik tali plak.. me tarik tangan dia, dia tarik balik.. huhu.. mau sepetang kalo nak abiskan sebelah tangan.. kalo pegang tangan dia kuat2, mau satu taman dengar dia jerit..

kalo dibiarkan panjang, muka me n Abah dia yang jadik mangsa cakaran.. ye sekali lagi diulangi, muka me n Abah dia.. hehe.. from my observation sejak dari mittens dia dicabut, Arissa sekali pun xpenah cakar muka dia sendiri.. kalo gatal, dia akan gunakan belakang tangan dia untuk garu, xpun dia genggam tangan dia.. haha bijak sungguh.. tapi bila sampai kat muka Abah n Mama dia.. huhu.. abis calar balar dibuatnya.. kalo sampai time geram dengan ke'comel'an hidung Mama dia ni, mesti dia ramas2 wat macam picit bebear.. bleh bayangkan x?? =D

ari tu balik umah my Grandma, me da kena sound.. "xbaik potong kuku malam2".. "hari Isnin n Jmaat je elok potong kuku.. hari lain elok".. huhu.. last2 me masuk bilik, time my doter tido, me potong kuku.. hehe.. kalo nak ikut hari baik, mau muka ni jadi Pirates of the Carribean dah.. haha

tu pun nasib baik je kalo dia tido nyenyak.. kalo dia terjaga, mau terbantut lagi operasi.. nak pujuk Arissa baik2?? haha tunggu esok pun belum tentu dia bagi.. mungkin da besar sket makan dek pujuk kan.. kecik2 camni?? hmm.. ibu2 sekalian, ada idea tak camne nak buat??



HAPPY 9MONTHS OLD ARISSA BUCUK!! ;)

Tuesday, January 12, 2010

PAWANA... now i know..

Bermula sebuah cerita
Di zaman dulu kala
Mudahnya sederhana kehidupan
Mereka riang sentiasa dan gembira
Tanpa duka
Waktu berpesta pawana pun melanda

Meresap fikiran dan jiwa
Berubahlah semua
Jadi sombong serta alpa
Semua inginkan kuasa
Rebut dengan sengketa
Yang lemah jadi hamba

Berpecah antara mereka
Musnah di hembus pawana
Begitulah kisah hidup
Dari zaman ke zaman
Pawana menghembus akan hati insan

Cinta musnah dihembus pawana
Keinginan menghancur manusia


sesiapa tengok AJL 2 hari lepas mesti perasan kan lagu ni.. lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan SEARCH time last2 tu.. kumpulan rock kapak faveret Abang.. hehe..

maksud mendalam kan lirik lagu ni.. hmm walaupun lagu rock, tapi lirik bagus.. itu la beza lagu zaman dulu dengan sekarang..

setelah digoogle, baru la tahu rupanya PAWANA tu bermaksud angin.. haha.. and yang paling ku tak tau ialah SUTRA PAWANA adalah group dikir barat IIUM.. nampak sangat xpenah join kelab kebudayaan dulu..

ok.. tu je nak cite.. :D

Monday, January 11, 2010

bertuah ke, bawa tuah??

pernah tak suatu hari tu awak semua jalan2 kat mall.. then nampak satu kedai yang xde customer.. apa yang main kat fikiran korang ek?? adakah kedai tu xfamous, mahal sangat ke barang kat kedai tu sampai xde orang nak pergi?? hmm..

me nak share story ni.. xtau la me yang bawak tuah or ape.. hish perasan sungguh! suatu hari me n Abang pergi la MidValley.. niat di hati nak cari barang2 baby kat Mom'sCare.. then bila sampai tengok2 xde customer langsung.. dok terpikir jugak, hmm xde sale kot tu yang xde orang kan..

kami pun masuk jugak la sebabnya kami memang dok cari baju yang memang dah di aim kat MC OU.. beberapa minit kemudian, ramai plak orang datang serbu MC.. kami memang terkejut gila.. sampai kan promoter dalam kedai tu xcukup tangan nak melayan... me dengan Abang da gelak2.. kami bawak tuah ni tuan kedai.. bley bagi diskaun lebey tak?? haha..

serious banyak kali dah jadi camni.. ada skali tu kedai majalah kat KL Sentral.. memang sah2 tempat glemer, tapi satu hari tu xde orang. bila me masuk je dok belek2 majalah, ramai plak la yang datang.. siap beratur panjang nak bayar.. hmm.. pelik2.. adakah me bawak tuah untuk kedai tu or me yang bertuah memiliki 'ability' tu.. haha..

dah dah Pn Azimah.. udah2 le perasan.. anak da nangis tuuu.. ;)

pulut durian...

yummy! tu je yang dapat digambarkan.. haha.. bagi orang Utara maybe pulut durian tu dah biasa makan.. bagi yang xkenal apa itu pulut durian, sila gunakan khidmat en google ye.. hehe..

last Saturday balik Sg Buloh n malam tu Abah tanya nak makan apa.. me dengan selamber je cakap nak makan pulut durian.. Abah cakap nanti le dia cari kat pasar malam Paya Jaras.. nasib le nak ada pun coz skarang ni bukan musim durian..

xlama pas tu Abah kol umah cakap dia jumpa durian n sroh masak pulut.. yes! haha dapat gak makan pulut durian.. no no no! me bukan mengidam ye.. actually me da berjangkit dengan Abah.. dia memang hantu pulut.. sebut je la pulut hape pun, pulut mangga, pulut pisang.. semua kami sapu.. haha.. tetiba terliur jap..

pulut durian ni makan sekali dengan santan.. bleh gak nak gantikan dengan susu, tapi santan lagi sedap.. susu plak kalo makan dengan pulut pisang.. hmm. tapi kan, nak bagitau satu rahsia ni.. Abang makan pulut durian dengan tabur gula sket.. mula2 dlu kami memang gelakkan dia.. then mak cakap arwah moyang kami pun makan camtu gak.. haha.. ok fine! no more gelakkan Abang..

my auntie pnya style plak, dia akan buang biji durian siap2, then gaul rata pulut, durian n santan.. kesimpulannya terpulanglah kepada setiap individu nak makan camne.. hehe.. yang penting, semuanya masuk perut =D




Thursday, January 7, 2010

Brestfeeding from Islamic Perspective

me dapat kat blog MamaMiya

mungkin ramai ibu2 yang dah tahu.. tapi bagi yang xtahu lagi, silalah baca..

sama2 lah kite share info ni ye.. sharing is caring =D


Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu". Dari ayat di atas (Al-Baqarah:233)kita dapat pendirian berikut:

PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)

KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

Artikel yang sungguh menarik. Please take note this one.....

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah.

new present to our 'hot' bedroom

kelmarin, Abang bawak balik 'hadiah' dan beberapa technician ke rumah.. hehe.. ye, hadiah tu adalah aircond cap Panansonic..

seriously, me xsuke sangat aircond ni.. sebabnye me akan mudah selsema dengan teruk sekali on the next day.. tapi, demi kasih seorang Abah untuk anak perempuannya, ku turutkan aje la.. Abang slalu kutuk my hidung ni.. dia kata baik anta kedai wat overhaul.. kejam sungguh.. huhu.. penangan resdung kot kan.. lagi satu, kannye nak berlagak kan, tapi kan Arissa tido xlena sangat tambah2 kalo musim panas.. tu la kelemahan rumah batu.. kalo rumah kayu, malam tido sejuk je kan.. dalam 3jam, siap pasang semuanya.. Abang, pasni kalo balik kampung musim panas plak, pandai2 la Abang tidokan Arissa ye.. hehe.. dah le umah Tok n Wan Arissa dekat dengan laut..

xsabar nak tengok bil eletrik hujung bulan ni.. kenapa?? sebab nak tengok la teknologi inverter dia bleh pakai ke xbleh pakai.. haha.. bil air, Alhamdulillah setakat kerajaan baru perintah ni, bil air free je (1st 20m3 kan free).. jeles orang Kedah baca ni.. haha

tapi kan, serious Abang memang nampak la sayang sangat kat Arissa.. kalo g shopping kat bahagian baby, kalo ada benda yang comel kat mata dia, suma dia nak beli.. contohnye, baru ni kami dok cari2 cup air yang ada 2 handle tu, isk orang panggil apa ek? lemah sungguh.. me da jumpa dah cup brand Pureen.. Abang belek, dia kata xnak la, cari yang len.. dia pon sibuk2 cari.. tetiba Abang datang kat me tunjuk cup yang dia jumpa.. siap cakap "haa.. yang ni la Abang dok cari.. tengok ni, siap ada tutup kat tempat minum.. nanti Arissa tiba2 tuang xde la tumpah".. huhu, bleh tahan concern kat anak dara dia sorang ni.. xdapat bayang kalo anak dara dia ni da besar, nak ada boifren.. silap2 dia selidik bf Arissa macam inspektor polis.. haha..

ok, dah le.. nak lunch ni.. now you get it right.. sila betulkan pemahaman anda.. hehe.. hot di sini xbermaksud lain selain dari bermaksud panas.. hehe..


gambar ihsan en. google

mari kite serbu!

xhabih2 shopping.. hehe.. da masuk tahun baru ni udah2 le tu kan.. awal2 tahun ni belajar2 la simpan duit.. hmm..

tapi kan, me nak bagitau jugak untuk sapa2 yang xtau.. start hari ni sampai Ahad, SOGO ada wat clearence khas untuk SCard member je.. tergoda sehh.. ye lah last year, time preggy Arissa, me pergi 2 hari berturut-turut.. 1hari dengan my sister, esoknye dengan Abang plak haha.. borong baju baby.. tahun ni nak pergi jugak.. tapi Abang still xbagi green light lagi.. anyone yang free?? jom pegi sama-sama.. hehe..

ni me tepek the ads.. ni plak linknye.. jom kite..




Wednesday, January 6, 2010

tetamu pertama di tahun baru

first entry ni.. hehe.. on 1st Jan baru ni, seperti biasa kami x kemana2.. alasan hari Jumaat n Abang excited nak gardening (tanam pokok buah2an~ mangga, longan n gajus)..

on that day, my two besties zaman sekolah menengah datang menjengah.. Am n Zaharah masing2 dari Bukit Jalil n Seri Kembangan datang berdua, boyfren memasing xbawak.. alasan, senang nak bergosip hal orang pompuan.. hehe.. to be honest walaupun masing2 dok dalam Selangor, tapi kami kannye selalu jumpa pun.. susah sungguh.. maklumla masing2 da ada komitmen..

apa yang pasti, seronok sangat diorang datang umah.. macam last year masa kat umah lama, kami siap masak together2 lagi.. haha.. kali ni me masak siap2 spagheti jamu diorang.. sebabnya diorang kata xnak dok lelama coz pas solat Jumaat nak kuar dating.. tepat 1pm diorang da terpacak kat depan pintu rumah.. time tu Abang da siap2 nak pegi solat dah..

Arissa macam biasa la memula xnak kat auntie2 yang hot tu.. hehe.. then da lama2 nak la kan coz auntie2 tu pakai baju lawa2 n pakai tudung... jangan xtau Arissa ske je kalo orang pakai tudung coz dia ingat nak g jalan2 la kot kan.. ish ish ish.. sapa ajar tah..

borak punya borak memang xsedar masa jalan.. diorang asalnye plan nak balik awal xjadi le plak.. tunda date malam.. nasib baik ada kuah kacang n buah epal.. sambung makan lagi.. hehe.. Abang pas lunch trus keluar gardening plus katanya xmo kaco orang pompuan bergosip.. cuaca plak mendung je syokle nak bercucuk tanam..

tapi kan, borak kan main lama, tapi lupa le plak nak snap gambar.. huhu punya le sonok bersembang.. kul 6pm baru diorang bertolak balik.. tu baru 3 orang bertemu.. xcukup 'korem' lagi tu.. ada Zolyn n my sister baru le meriah kan..

lepas diorang balik Mak n Abah plak datang.. hehe.. tetamu di tahun baru kan.. Alhamdulillah..

time kenduri Zolyn Dec'08

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails