Wednesday, December 21, 2011

4th Anniversary


Today is our 4th Wedding Anniversary!
Alhamdulillah


Suamiku,
Semoga kasih kita berkekalan hingga ke syurga
amin
Love you so much.

Tuesday, December 20, 2011

my milk booster

baru jumpa!
adeh, lambat benar. hehe. semalam baru try makan time breakfast, alhamdulillah, malam je dah terasa engorged n beketul2. dah lama xrasa camni tau.. tu yang overexcited tu.

mari kita share apa yang saya makan...

instant oatmeal Quaker oat

+

pisang Berangan (Cavendish)

+

susu Ducth Lady

+

kismis Sun-Maid

hasilnya sangat sedap! lemak susu, ditambah dengan manis pisang dan kismis. mmmm.. sedar-sedar je dah habis semangkuk. dulu kan, saya 'takut' nak makan oat sebab telah dimomokkan dengan cerita yang oat tu hanya untuk orang sakit je. haha naive betul kan. dan tak dinafikan durian juga one of my milk booster. *tetiba* haha.

#all pics googled/wiki




p/s: counting down. few hours to go  ;D

Thursday, November 17, 2011

Ekor Kura

... ataupun dalam loghat Kedah depa sebut ekoq kugha. rasanya orang sini panggil ekor rambut kot.

last month Abang ada tegur cakap,"eh, ekor kura Adik dah panjang la." saya just gelak la sebab kelakar dengan istilah 'ekor kura' tu. Abang kata orang kampung memang panggil macam tu sebab rupa dia macam ekor kura-kura.


ekor kura Faiq last month

then, baru ni, bila kami balik Kedah, isu ni timbul lagi. time tu cousin Abang (Along) ada buat kenduri Akikah 'anak dara' dia kat kampung isteri dia (Yang) di Pokok Sena. masa nak balik tu, salam la dengan Tok Yang. then dia cium Faiq and cakap, "bertuahnya cheq (awak) ni. panjang sungguh ekoq kugha cheq. kalau bela kambing ni kaya ni." saya just sengih-sengih je la sebab tak faham kaitan ekor kura and kambing.

bila naik kereta, saya cerita la kat Abang n mertua. then mertua bagitau, orang tua-tua memang selalu cakap camtu. bukan setakat kambing, kalo bela ayam, itik n lembu pun akan menjadi. sejauh mana kebenarannya, tak pasti la. kebetulan agaknya. ataupun ianya sekadar koleksi "kata orang tua-tua" kalau betul la kan, Mama nak Faiq bela ayam la sebab ayam yang paling mahal sekarang ni ;D

haa, bagi sesiapa yang tak de ekor kura jangan la frust menonggeng plak. teruskan usaha anda. apapun kerja yang kita buat, kalau kita usaha sungguh-sungguh insyaAllah hasilnya lumayan. tak kisah la ada ekor kura ke, ekor kuda ke. hehe.


ekor kura hari ini

Wednesday, November 16, 2011

Thursday, November 3, 2011

Happy 6mos Faiq!

HAPPY 6mos Muhammad Faiq Nafis! dah besar anak Mama sorang ni. makin ligat dan lasak. moga membesar dengan sihat dengan susu Mama ye sayang. ni quick updates sepanjang dua bulan lepas.

BFing moment

6mos Faiq

kakakArissa

suka benar menempek dgn Adik

Faiq at 4 mos
- dah mula menunjukkan ke'lasak'an dia. huhu. asyik nak meniarap je bila nak dipakaikan diapers.
- suka melompat kalo kite pegang bagi dia berdiri
- masa awal-awal bulan, sibuk je dia hisap jari. then Mama belikan puting. mau la hisap 3 4 hari je. masa tu kat kampung. then bila balik KL terus dia reject. and dia pun dah tak hisap jari. maybe masa tu dia gatal gusi kot kan.

sedapnya la jari ni

- pantang tengok orang makan, mula la meleleh air liur dia. mulut pun terkunyap-kunyap. sign nak makan agaknya.
- gusi pun dah nampak putih-putih dah. orang kata ada 'bakat' gigi. dok menggigit time BF tok sah cakap la kan.
- sepanjang umur 4 bulan ni. Faiq asyik guna gear reverse je. hehe. menyulur ke belakang. selalunya bontot dia akan stuck kat sofa la. time tu mula la nangis panggil Mama.

bontot da stuck ;D

Faiq at 5 mos

- dah mula kenal suara kakak dia. kalau tengok kakak dia bercakap, mulala sengih-sengih. padahal kakak dia marahkan dia sebab amik book/mainan kakak. haha.
-sangat la berminat dengan botol susu kakak. pantang nampak kakak dia hisap botol, mulala nak capai juga.
- sangat meminati surat khabar. agaknya geram kot tengok paper goyang-goyang kena tiup angin.
- yang paling Mama xsuka sekali Faiq dah jadi 'vacuum'. semua benda nak masuk mulut. ee kotor tau.
- Faiq amat tak suka rattle/toys dia. dia hanya layan handphone, laptop, remote tv. and prefer mainan yang kakak dia tengah main. mana la tak angin je kakak Arissa tu.
- dah mula angkat bontot. ingatkan nak merangkak terus. rupanya dia menyulur (maju ke depan) juga pada 21 October. abis dah tolong mop (explore) satu ruang tamu. ke  dapur pun hampir sampai tapi berjaya alihkan dia. so dia dah lupa nak ke arah dapur ;D

cubaan angkat bontot
- yang paling best, bila BF je Faiq akan raba hidung n mulut Mama. sweetest moment ever!

baru lepas injection 5mos

sampai ke sliding door dah

nangis sbb tersangkut tangan kat beg



note: family mertua selalu tanya dah ambil gambar kat kedai ke belum time baby meniarap. tak faham le kenapa kena ambil gambar meniarap? ada sesiapa tak yang jadikan benda ni rutin family?

Friday, September 30, 2011

Ubat Cacing

Hari ini Arissa makan ubat cacing untuk kali kedua. Ubat tu namanya Zentel beli kat farmasi. masa mula-mula makan dulu nurse klinik KK yang bagi masa umur 2 tahun. Kali ni beli sendiri je. Sebabnya dia asyik dok korek punggung dia aje seminggu dua ni. ish tak senonoh sungguh anak dara ni. mula-mula hari tu ingatkan dia gatal sebab dah lama poo poo. tapi bila check balik takde pun. terus syak ada cacing.


pic from google


antara tanda2 kanak-kanak ada cacing ialah muntah, kurang selera makan, mata kuyu je plus kurang aktif. perut pun buncit semacam je. kanak-kanak yang tak basuh tangan sebelum makan dan suka berkaki ayam kat luar rumah pun berisiko dijangkiti cacing juga. 

ubat ni seeloknya diminum sekaligus, xpayah simpan minum sikit-sikit. bau dia macam yakult je (rasa tak tau la hehe). so memang takde masalah la untuk kanak-kanak nak minum. Arissa pun selambe je telan tadi. oh btw, orang dewasa pun boleh minum tau. tapi kalau tak suka jenis syrup ni, tablet pun ada. tapi ibu mengandung tak boleh minum.

hasilnya, kena tunggu esok pagi. cacing-cacing tu akan keluar bersama poopoo. tapi dia takkan keluar sekor2 tau. dia keluar macam putus-putus macam kena cincang dengan pedang samurai. hehe. so jangan la takut/bayangkan cacing tu keluar sambil menggedik. eeuuww! sorry kalau ada yang tengah makan bila baca entry ni ;D

untuk mengetahui lebih lanjut, boleh refer ke blog Dr. Zubaidi. (AMARAN! eee geli sangat gambar cacing tu. jangan klik kalau anda seorang penggeli)


Monday, September 26, 2011

Percaya Padaku

lately i'm into love songs. apehal tah sigh~ layankan je la ek. ekekeke



PercayaPadaku-Ungu

Tuesday, September 20, 2011

Arissa @ 2 tahun 5 bulan

sejak usia Arissa cukup 2 tahun, macam-macam kepandaian yang dia dah tunjuk. malangnya Mama dia ni xpernah update since time tu busy (busy la sangat) uruskan hal bersalin and uruskan baby. so ni dia quick update pasal Arissa.

* dah kenal ABC. semua huruf dah kenal. mula2 dulu huruf besar je, sekarang ni dalam proses nak kenal huruf kecil pulak.
* lagu alif ba ta xhafal lagi. still berlubang2. kalau nyanyi dengan Mama ada la bunyi huruf tu hehe.
* dah pandai baca doa makan. btw, sepaanjang bulan puasa baru ni, Arissa bacakan doa, Mama dengan Abah aminkan je. doa tidur, dalam proses ;D masih ingat2 lupa.
* dah hafal lagu Twinkle2 little star, I love u (Barney) siap dgn gaya tau. currently dok menggila tgk BabyTV. abis Mama xbleh tgk cerita lain. Mama pos awak duduk dgn Adel kang. hehe.
* kenal uncles and aunties dia. on my side, dia kenal Tok, Wan, Alang, Anjang n Achu. bonus, dia hafal nama uncles n grandparents dia. side Abah dia, baru kenal gelaran. nama diorang, dlm proses. cuma cousins dia dah hafal la. Amet, k.Ngah, Aqil, Azalea, Danial.
* sejak ada adik ni, lancar je dia sebut nama FAIQ. tak sia-sia tau Mama letak nama pendek. terkini, dah hafal nama penuh sendiri, adik, Abah n Mama.
* sekarang ni dah boleh tidur sendiri. xde nak sempit2 dengan Mama dah. tau tidur kat tempat sendiri. dengan syarat bilik kena gelap, tinggal lampu tidur je.
* sudah mau berus gigi, tapi xnak letak ubat gigi. macam mana tu? 
* ayat faveret terkini bila Mama suruh mandi, "nak p rumah sapa?". haha. ingat nak pergi rumah org je ke baru kena mandi yang oii.
**tambahan: numbers 1-10 dah kenal. 11-20 dah hafal cuma xkenal lagi ;D

apa lagi ek? haa ni la jadinya bila 5 bulan sekali baru update. apa pe pun sayang Mama bushuk masham ni, Mama harap awak dengar cakap Mama tau. jadi budak baik n sentiasa tolong Mama. jangan tolong sepahkan rumah sudah le..

Saturday, September 17, 2011

sebelum raya



tolong menolong





Faiq gak yang relax



main bunga api







budak takut bunga api



sessi kacau dodol



Abah & Pakcik



tukar shift









Tuesday, September 6, 2011

Syawal 1432h






Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga
Maaf Zahir & Batin
jika ada terkasar bahasa, terlanjur perkataan, harap dimaafkan ye..



note: kami masih bercuti di kampung. selamat hari raya bagi yang berpuasa 6.

Monday, August 1, 2011

kegembiraan 3 kali ganda!

Hari ini:
alhamdulillah, kita dapat bertemu Ramadhan lagi~ selamat menjalani ibadah puasa! insyaAllah, breastfeeding diteruskan untuk hero yang sorang tu =) harap-harap susu cukup untuk seharian berpuasa n Mama pun tak pancit hehe. kalau tak, memang kena cari milk booster yang best.

Semalam:
around 11.30pm, Faiq dah berjaya memusingkan diri untuk meniarap. selama ni dok mengiring je. punya la Mama dia excited sampai terlupa nak amik gambar, huh. yang tak acinya, Faiq tunjuk talent kat Tok dulu. pandai ye~ yang kelakarnya, badan nak meniarap, tapi mulut bising dok bebel apa tah. sampai merah muka, punya gigih usaha nak pusing =)

Kelmarin: 
Faiq dah pandai gelak mengekek bila Mama n Abah agah dia. saja nak tunjuk time Abah balik sini ye. nampak sangat dia suka perhatian, suka orang tengok n belek-belek dia. eye contact pun dah ada, asyik senyum manjang bila orang tengok dia.



tidur penuh style




note: selamat berbuka puasa~ harap-harap nafsu membeli dapat dikurangkan bila kat bazar nanti ;D

Saturday, July 30, 2011

Aishiteru =)

jiwang karat jap di petang Sabtu yang sejuk ni hehe


walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini

pada ketulusan a a ai aishiteru



*ost cinta melodi*



**alhamdulillah Abang dah selamat sampai rumah walaupun flight delayed 8 hours kat Amsterdam semalam. sekarang ni, dia tengah tidur, jetlag agaknya. tommorrow bleh pegi Parenthood Expo kat MV kan, bang. hehe

Wednesday, July 27, 2011

Abah OS lagi

kembali bersiaran dari Sg Buloh setelah seminggu berada di rumah sendiri. malam ni adalah malam ke-3 tanpa 'teddy bear' saya. alhamdulillah, Abang dah selamat sampai ke Denmark, Sabtu pagi dijangka sampai KL semula. mujur seminggu aje kat sana. kalau kena kerja sampai Ramadhan, huhu, sedih orang di sana dibuatnya tau. orang di sini pun sedih juge. 

masa kat airport hari tu, Arissa mengamuk bila tengok staff MAS 'ambil' beg Abah dia. nangis-nangis suruh Abah ambil balik. siap duduk atas lantai. tak leh blah betul. hehe. lepas pujuk-pujuk dia  dah ok. time Abah dia nak masuk dalam, Wan n Anjang bawa Arissa pergi tengok chocolate pusing ala Ferris wheel. so takde la dia mengamuk tetiba tengok Abah dia turun escalator tu kan. tinggal Mama n adik je la dok berflying kiss dengan Abah.

siang tadi sempat dia borak dengan Abah dia thru YM. nasib bleh wat video call. hampeh je skype, time-time camni la tak bleh connect. tak tau la kalau sebab BB lembab ke apa kan. petang sikit,  bila Mama tanya mana Abah, Arissa akan jawab, "Abah p opish, naik aeroplane". then dia akan continue main. agaknya dia faham siang-siang Abah pergi ofis. so far, malam-malam nak tidur pun tak banyak kerenah. tak de la pening kepala  Mama nak melayan. ;D



ok la. nite nite. misshh u Abah.. see u dis Saturday~

Sunday, July 17, 2011

di pagi Ahad yang indah

awal-awal pagi dah buka FB n belog~ aish nak kena ni. hehe. sebenarnya niat nak mengemas barang-barang. tapi TERbuka tenet le plak. ;D

hari ni sebenarnya nak rumah sendiri setelah 2bulan lebih tak balik. alasan macam biasa la, Abang banyak kursus n OS. tak reti nak handle anak-anak kalau dok tiga beranak je hehe. Abang tiap-tiap petang Sabtu n Ahad balik rumah lepas dia main bola. at least, berjenguk juga la rumah tu walaupun tak tidur.

ini pun balik rumah for few days je sebab esok mertua nak datang dari kampung. so kena la balik rumah sendiri. then Sabtu datang sini balik sebab Ahad ni Abang akan terbang lagi.so ari ni bawak balik baju sikit dah le, nanti nak kena angkut balik. baju/barang anak-anak yang penting. barang Mama dengan Abah tak cukup takpe. =)

ok la. gtg. mari mengemas!

Friday, July 15, 2011

batu meriyan

saya mula mengurut hari ke 6. sebelum mengurut saya bagitau tukang urut saya, Cik Edah yang sejak bersalin, saya mengalami kesukaran untuk bangun. rasa sakit tiap kali nak bangun dari duduk dan kena ampu perut untuk berdiri. rasanya seolah-olah perut nak jatuh. ish bila dah berdiri, ok pulak, tak de rasa sakit. Cik Edah kata tu disebabkan batu meriyan saya rendah dan terkeluar dari kedudukan asalnya. 

katanya, antara penyebabnya ialah  lepas bersalin tak baring betul-betul dan duduk dalam tempoh lama. memang saya akui, few hours lepas bersalin, saya tak boleh tidur. sebab konon-konon nak BF Faiq. nak stimulate supaya susu keluar awal. bila kat rumah pun, usually memang akan BF sambil duduk. faham-faham je la baby boy memang akan BF lama. 

lepas urut satu badan, last sekali, baru la Cik Edah akan 'kacau' batu meriyan tu, tolak dia untuk naik tempat asal. huh seriously sakit tau. alhamdulillah, lepas urut hari ketiga baru rasa selesa. kalau tak, memang sakit je tiap kali nak berdiri. Cik Edah kata, batu meriyan saya bentuk lonjong, tu yang agak susah nak masuk bila urut hari pertama. 

boleh aje nak paksa masuk, tapi dia pula takut saya demam gara-gara 'urutan ganas' dia tu. hehe saya ni antara nak percaya dengan tidak. benda tak nampak kan. agak-agak kalau doctor scan, diaorang nampak apa ek? hanya tukang urut je yang tahu kan hehe. sekurang-kurangnya, sampai sekarang dah tak rasa sakit macam tu.

lepas ni memang kena beringat la, jangan duduk lama-lama lepas bersalin. banyakkan baring dengan kedudukan kepala tinggi dari badan untuk elak angin naik ke kepala. serik rasanya sebab memang sakit sangat. satu lagi bila duduk atas katil, kaki jangan biar tergantung, biar cecah lantai. kalau tidak nanti luka bentan. haa siapa kata berpantang ni senang. banyak benda nak kena jaga tau. tambah-tambah kalau tinggal dengan orang tua. hehe. ada je benda kena tegur. nak langgar pantang senang je. sakit tanggung sendiri<---- ayat fofular Mak saya.

Faiq @ 2months old

Rabu lepas, 13hb pergi klinik untuk appoinment 2 bulan. 
berat adik dah naik dari 4.57kg ke 5.32kg. 
walaupun tak sampai 1kg, ok la kan ada juga peningkatan. ;D 
sementara nak tunggu turn, Faiq sempat tidur. 
BF sikit je terus tidur. hehe. 
time ni boleh la, dah besar macam kakak, huh xlarat nak kejar. 
klinik tu macam tempat main dia aje. 
kalau la en suami tak de, mau pengsan Mama tau. 
at the end of the day, Faiq dapat 'hadiah' dari nurse kat peha kanan.
Faiq nangis kejap je, maybe sebab terkejut. 
baby boy mana boleh nangis lama-lama kan. 
nanti tak hensem la =)



cubaan untuk senyum sebelum tidur


berjaya juga snap this pic esok paginya ;D





tips of the day:  
lepas Faiq kena injection, saya terus sapu vicks kat area kena inject tu, then urut-urut sikit supaya nanti ubat tu tak berketul di satu tempat. ini bertujuan untuk elak baby demam. alhamdulillah, time Arissa dulu pun saya amalkan dan baby pun tak pernah demam. alternative lain, boleh juga sapu pati bawang putih yang telah diketuk.  selamat mencuba ;D


hati ini

hati ini mengharapkan sesuatu.

tapi jauh di sudut hati, takut untuk terlalu mengharap.
takut kecewa dan dikecewakan.




















diriku hanya mampu berdoa.
may all my dreams come true.
amin.

Wednesday, July 13, 2011

baru

blogger draft ada newlook eh?
ketinggalan zaman betul aku ni.
tergagau-gagau tadi tau. 
nampak sangat dah lama xupdate.



note: bila 'diorang' nak letak icon smiley ek? baru meriah sket kan. 

setahun berlalu

semalam 12/7/2011 genap setahun arwah Wan meninggalkan kami.
semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah

Tuesday, June 28, 2011

body clock

adik Faiq dah ada body clock sendiri tau. pukul 7am, time Abah siap-siap nak pergi kerja dia akan terjaga minum susu. sama macam kakak juga. then dua-dua akan sambung tidur sampai pukul 10am. 

currently adik Faiq akan senyum-senyum manja bila Mama and Tok panggil dia. especially waktu pagi. agaknya puas tidur kot. mood pun baik je ;D lepas mandi dan 'brunch', Faiq akan tidur lena dan terjaga every 2-3 hours untuk menyusu and tukar diaper. 

tapi, sharp pukul 4pm, dia akan bangun untuk mandi. tiap-tiap hari macam tu. kalau la baru tidur pukul 3++pm, dia tetap akan bangun time tu. mata bulat je. memang tak jalan la kalau paksa dia tidur pun.

lepas mandi je, mata dia terus jadi kuyu. hehe. lepas BF kenyang-kenyang, terus tidur. bising la macam mana pun, even buka TV kuat-kuat pun, dia tidur ralit sampai malam.

haa tepat je pukul 11.30pm, Faiq pun tunjuk aksi. mata dia sebulat-bulatnya ajak main. sekarang ni, kalau kita bercakap dengan dia, dia macam dah buat bunyi, seolah-olah sembang dengan kita balik. 

selalunya, pukul 2-3am baru la dia akan tidur balik. macam ni la tiap-tiap malam. Mama da serupa burung hantu. as usual, Abang akan 'blame' saya sebab suka berjaga time mengandung dulu. haha. bukannya sengaja pun kan. memang ibu mengandung akan mengalami masalah tidur malam kan ;D



kakak dah sampai London dah, adik Faiq mata bulat lagi ajak main

Monday, June 27, 2011

rekod peribadi

haha. tajuk tak bleh blah~ nothing much to say actually. just nak share yang saya berjaya mandikan Faiq seawal hari yang ke-45. tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya mandikan Faiq sampai sekarang. hehe. *clapclap* untuk diri sendiri. dulu time Arissa, nak dekat umur dia 2 bulan baru berani, gara-gara seriau punya pasal.

rasa bangga dengan sesetengah parents yang berani mandikan baby seawal minggu pertama. tambah-tambah kalau anak 1st yang memang zero knowledge how to handle small (+ lembik) baby. harap-harap anak yang seterusnya lepas ni, saya dah berani mandikan baby wpun tengah berpantang.



ps: currently, En. suami dah selamat sampai KK, Sabah. missing you already dear. can't wait to see you this coming Thursday!


Friday, June 17, 2011

mode: merdeka!

saya sudah merdeka selepas tamat tempoh berpantang 44 hari yang..... (please fill in the blank ;D) pada Rabu lepas. woohoo!

to be honest, overall berpantang kali ni tak sama macam berpantang masa anak first dulu. gara-gara melayan 'drama queen' sorang tu la~ tak terlayan. minggu pertama ok lagi sebab suami pun cuti. ada lagi nak melayan satu satu kerenah dia. masuk minggu ke-2 dan seterusnya, bila suami mula kerja, agak kelam kabut juga la. 

memang la Mak ada, tapi faham-faham je la, orang baru dapat adik, semua benda tak kena bagi dia. rasanya Arissa rasa 'terabai' kot bila Mama dok layan adik Faiq je. yang best tu, bila saya pegang Faiq, time tu la dia nak itu ini n datang menempek dekat saya. 2 3 hari pertama lepas balik dari hospital lagi la, Arissa langsung tak bagi saya BF Faiq. siap tolak kepala adik dia lagi. huhu. mencabar emosi betul. rasa macam tak terjaga je diri ni. ;D

apapun semuanya dah berakhir. bagi yang akan bersalin n berpantang buat kali pertama, 'enjoy' betul-betul time berpantang ni. sebabnya bila anak dah masuk 2 3 orang, tak rasa feel pantang sangat dah sebab buzy dok melayan kerenah anak. hehe.


day2: Arissa masih takut2 nak pegang adik


Thursday, June 16, 2011

new family member

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kami sekeluarga telah menyambut orang baru pada May lepas. semuanya berlaku begitu pantas, selepas beberapa kali push, baby dah berada dalam dakapan ;D terima kasih  ya Allah kerana telah memudahkan segala urusan.

introducing our little hero,


NAME: MUHAMMAD FAIQ NAFIS B. MOHD FAUZY
D.O.B: 3rd MAY 2011 @ 5.03am
P.O.B: HSB
WEIGHT: 2.79kg
LENGHT: 52cm



mode: masih meng'adjust'kan diri dengan 2 anak. tak menang tangan dibuatnya. hehe. but i loike coz dah ada sepasang, which means boleh 'perut kosong' for at least 3 years insyaAllah.


ps: nama je ada BB. konon nak update selalu la. hampeh je. haha

Wednesday, April 27, 2011

update on check up(s)

27/4/11
week 38
wt 66.2
BP 90/60
note: berat turun 1.2kg

19/4/11
week 37
wt 67.4
BP 100/60

13/4/11
week 36
wt 67
BP 110/70
HB 12.4
note: albumin +ve (kencing kotor)

28/3/11
week 34
wt 66
BP 110/70
note: scan baby wt 2-2.3kg, baby's head engaged

14/3/11
week 32
wt 64.8
BP 100/70
note: berat turun 3.2kg  sebab demam

10/3/11 (LR)
week 31
BP 100/80

2/3/11
week 30
wt 68
BP 110/70
HB 12.3


masa week 36, tetiba plak bleh terkena kencing kotor (UTI) xsangka betul. patut la hari sebelum pergi check up tu rasa macam susah je nak buang air. tapi masa tu xde rasa sakit pun, cuma warna air kencing agak merah/oren pekat dari biasa. selalunya warna kuning cair/jernih. bila jumpa doktor, dia kata masih di tahap mild and just bagi antibiotik.alhamdulillah, next check up dah baik.

sebelum tu ada gak discuss dengan member pengantin baru tu, dia pun terkena UTI even tak mengandung. so, jangan ingat UTI ni hanya serang orang mengandung je tau. wanita memang mempunyai risko tinggi untuk terkena jangkitan since kita mempunya urethra(saluran air kencing) yang pendek dan ianya dekat dengan anus. untuk further explanation, u all boleh la refer link ni. bagus untuk langkah berjaga-jaga.

Tuesday, April 26, 2011

to my dear husband


HAPPY 30th BIRTHDAY my love!
 semoga menjadi Abah yang ter'best' untuk anak-anak kita
love u always :D


.
.
.



ni special present untuk Abang


.
.


isteri yang comel dan coming soon baby hehe

me @ week 37





p/s: tq to BB, kalau x, xde nya dapat update camni hehe

Friday, April 22, 2011

16 days to go

tu kalau ikut EDD la kan. macam Arissa dulu awal 3 hari dari tarikh EDD. kali ni xtau la kan. seronok bila tengok my friends semua dah gomol-gomol baby masing-masing. xkisahla anak first atau second, perasaan excited nak terima orang baru dalam keluarga tetap ada.


masing-masing dengan cerita bersalin tersendiri. Hana dah selamat melahirkan anak kedua, Zahra Feb lepas secara normal eventhough anak first through czer. Nadiya pun, dah selamat bersalin walaupun EDD dia in May. dia bersalinkan Adel at week 33, and yes dia adalah premature baby. tapi disebabkan semangat kuat both mommy and baby, alhamdulillah semuanya selamat. and latest k.Izu bersalinkan Zafri secara czer eventhough 2 anaknya sebelum ni bersalin normal.

and me? saya je yang masih menunggu hari. xtau lagi nasib kat LR macam mana. macam-macam  perasaan bermain kat kepala otak ni. walaupun anak kedua, perasaan takut tetap ada. harap-harap semuanya berjalan lancar. 

barang-barang baby dan beg hospital dah siap packing. tinggal baju-baju harian dan baju kerja Abang je lagi nak kemas. Ahad ni nak terus stay rumah Mak sampai bersalin dan habis pantang. dekat sket dengan hospital. plus nak biasakan Arissa dengan Tok dan Wan dia. maklumla, xpernah berenggang lagi. harap-harap saya xkena dok wad lama-lama la. even Arissa dah tak BF, tapi kami xpernah tak tidur sama. macam mana la nanti agaknya kan.

Wednesday, April 20, 2011

big TWO





pada 13 April lepas Arissa dah cukup 2 tahun. HAPPY BIRTHDAY sayang!  moga menjadi anak solehah dan contoh yang baik untuk adik-adik nanti ;D

alhamdulillah dah besar anak mama ni. makin banyak akal. dah faham apa yang Mama n Abah cakap. sekarang ni pun dah boleh sebut perkataan panjang, yang ada 4 suku kata. contohnya, 'mama cantik', 'abah encem', 'mandi ujan (shower)', 'mama sakit', 'mama batuk', 'baju cantik', etc. yang paling best, sejak-sejak kami berdua demam bulan lepas, Arissa dah xtakut makan ubat. dengan rela hati dia serah diri nak makan ubat. agaknya dia tau, kalau sakit, nak cepat baik kena makan ubat. seronok sangat xpayah nak 'main kejar-kejar' dah. hehe.

Arissa pun dah pandai nak turn on laptop, dah tau nak tekan button mana. letak jari kat tempat cursor untuk tekan next video dalam youtube. huhu advance anak-anak zaman sekarang kan. sebab tu la sekarang ni cam malas je nak online guna laptop kalau dia tak tido. confirm sibuk je nak tekan jugak.

so far cartoon favourite adalah Barney, Chuggington, Pingu n Upin Ipin. Barbie xlayan ok. hehe. anak dara sorang ni memang obses dengan trains, especially Chuggington tu. Thomas n friends dia xberapa minat. maybe sebab guna suara orang tua kot kan. hehe. so far Arissa dah ada 2 dvd Chuggington. yang bestnya Arissa boleh ajuk style Koko, Wilson n Brewster cakap, slang London. contohnya, 'apple', 'really', 'oh no' etc.

CD Barney pun Arissa ada dua, 123 n Colour n shapes. CD tu kami beli masa Arissa 6mos lagi. hehe semangat betul konon2 nak ajar anak mengira. tapi Arissa xsuka tengok pun. bila pasang je, dia nangis. hehe pelik agaknya tengok makhluk warna purple tu dok gerak-gerak. tapi bila dia dah 1yo+ dah ok dah. dah boleh terima agaknya. tapi mula-mula tu dia suka tengok CD 123 je. bila pasang color n shapes dia mintak tukar nak 123 gak. sekarang ni dia dah suka 2 2 CD tu, siap hafal lagi Barney n frens menari macam mana, nak clap tangan masa bila, nak lompat n say hooray time bila. yang paling touching part barney nyanyi lagu 'i love u' tu. Arissa siap peluk Mama n Abah n kiss skali.  xsia-sia ulang tayang Barnye hari-hari pun coz now dia dah bleh count 1-10 in English n BM. of course la dia dalam mode hafal. hehe. insyaAllah xlama lagi akan kenal/ pandai tulis nombor plak.

since last month Arissa minat Pingu n Upin Ipin. bila part kelakar, pandai plak dia gelak. hehe. budak-budak kan. agaknya dia faham la bila tengok kartun macam tu. yang xbleh blah, tiap kali tengok Upin Ipin je, mesti nak ayam goreng gak. haha. jangan xtau, Mama dengan Abah pun layan gak tau Upin Ipin ni. sekarang ni kan kat TV9 tiap-tiap hari, so xpayah le beli CD lagi hehe.

almost 1hour menempek kat MPH, buku train ni jugak yang dia bekenan

btw, on her birthday tu, Abah amik cuti. lepas check up Mama, terus meronda Midvalley. lepas lunch terus pegi MPH nak tambah koleksi books Arissa. buku train jugak yang dia dok usung ke hulu ke hilir. sekarang ni pun kami dah terbiasa masuk MPH/ other bookstore tiap kali outing. harap-harap dapat didik Arissa minat membaca. walaupun kadang-kadang xbeli books baru. 

hari tu jugak, kami sempat masuk Toys R Us. tengah dok usha-usha toys, tetiba mata ni tertarik dengan mende ni. hehe. tapi kami xbeli pun, sebab ada Brewster je. ingat nak survey kat tempat lain nak tengok Wilson plak. agak-agak, kalau beli, sapa yang lebih excited nak main? anak or makbapak? hehe

remote control Brewster

Thursday, April 14, 2011

Try test tengok!

Friday, February 25, 2011

hadussss

one of Arissa's  favourite TV commercial...



her favourite part mestila time Harith Iskandar gosok kepala dan cakap "halusss". Arissa pun akan ajuk part tu, versi dia, "hadusss" sambil gelak-gelak. sekarang ni even nampak Nescafe pack pun dia akan sebut 'hadusss'. and of course, pantang nampak lelaki/baby botak, dia akan jerit-jerit 'haduss' sambil tunjuk kat orang tu. buat malu Mama dengan Abah dia tau~ haha

Thursday, February 24, 2011

check up(s)

sebelum ni hanya 2 3 kali je kan saya update pasal check up. my bad! bukannya apa, so far xde masalah serius. rutin check, ambil air kencing, timbang berat, ambil darah, check bp and lastly jumpa misi. time jumpa tu nanti dia cerita pasal kandungan, observe kesihatan/alahan ibu mengandung, check tinggi perut and  heartbeat baby. jumpa doctor pula hanya time first time 'buat buku', time 5 and 8 months sahaja. kalau ada masalah lain, barulah kena jumpa doctor.

kali ni saya letak overall check ups dari week 10 hinnga week 28. sila abaikan berat badan saya ok~ starting weight lepas raya daa, time raya tu makan xhengat. sebelum puasa 55kg je. nampak sangat kuat makan kan ;D harap-harap final weight before bersalin xcecah 70kg la.

13/10/10 
week 10
wt  61.4
BP 120/80
HB 12.9

10/11/10
week 14
wt 62.4
BP 120/80
HB 12.3

LR- 26/10/10
week 16
BP 110/80

8/12/10
week 18
wt 63.8
BP 110/70
HB 12.9

5/1/11
week 22
wt 65.4
BP 110/70
HB 12.7

LR- 10/1/11
week 23
BP 120/80

1/2/11
week 26
wt 66.1
BP 120/70
HB 12.6

16/2/11
week 28
wt 67
BP 100/60

antara pesanan biasa misi ialah:
* jangan buat kerja berat
* take vitamins daily
* minum susu at least 4 times/day ~ haha yang ni selalu ngelat

tips misi tu bagi, nak tahu badan kita dah absorb iron ke tak, tengok najis, if warna gelap/hitam, means da cukup la iron. ;D btw, start dari miggu lepas, saya dah kena catat pergerakan baby. caranya, setiap kali baby kicking and then diam, tick kat kotak tu. bila kick lagi, tick lagi sampai la cukup 10x starting 9am until 9pm. if less than 10 times/day n perut mengeras, kena segera ke hospital. jangan xtau, misi sini check tau yang kita tanda tu. kalo ngelat, sila la tadah telinga. misi plak yang dah berumur. hehe. satu lagi, lepas ni saya kena pergi klinik 2 minggu sekali. Abang pun dah pesan, set appoinment petang je sebab pagi selalunya ada meeting.

ok, sekian sahaja reprt kesihatan untuk kali ni. selamat lunch!



note: saya ada check calendar, my EDD on 8th May tu Mother's day la. bertuahnya badan kalau baby lahir time tu ;D

Wednesday, February 23, 2011

apabila perut membesar

lately bila perut da makin besar ni, terasa macam pressure kat bahagian bawah perut. bila tidur mengiring agak lama, then bila nak tukar position mesti terasa sakit kat bawah perut plus celah kangkang. hmm, baby ke bawah sangat ke ek? ke sebab selalu dukung Arissa jadi camtu? kadang2 tu cuak jugak, eh aku ni dah sampai masa nak bersalin ke? bila bagitau misi dia kata it's normal, tambah pulak sebab selalu dukung kakak dia. yang peliknya rasa tu datang bila nak ubah position tidur. time duduk ok plak.

sakit lain, hmm, ada! kaki cramp (org utara kata 'tarik mengkarung') waktu pagi. sakit tok sah cakap la. rasa macam nak sepak kaki ke dinding je. luckily, xkena tiap-tiap pagi. kalo tak, memang nangis la nak bangun. 

haa, betul-betul jadi kat perut betis tu
(pic from google)



setelah digoogle, saya jumpa article about 'leg cramps during pregnancy' kat amazingpregnancy.com. kat sini juga ada diceritakan causes,treatment n prevention.


Most leg cramps are caused from the fatigue of carrying around extra weight that is put on while you are pregnant. As you gain more weight, your leg cramps may increase. Cramps can also be aggravated by the expanding uterus putting pressure on blood vessels that return blood from your legs to your heart and the nerves leading to your legs. Leg cramps can occur at any time, but you will most likely notice them at bedtime.

There is some speculation that too little calcium, potassium, or too much phosphorus can cause leg cramps. There are no good studies that support these theories at this time. However, it is a good idea to increase your calcium intake during your pregnancy and to avoid phosphorus (found in processed meat, snack foods and soda), which will combat any problems that a lack of calcium could cause. Phosphorus has the same effect as not getting enough calcium because it can prevent your body from absorbing the calcium you do ingest.


To try and avoid leg cramps you can take these precautions:
  • Don’t stand or sit with your legs crossed for long periods of time.
  • Stretch your calf and leg muscles during the day and before bed.
  • Rotate your ankles and wiggle your toes when you are sitting.
  • If your doctor or midwife allows it, try to take a walk each day. Even a short 10 minute walk can help.
  • Lie on your left side to improve your circulation.
  • Rest when you are tired and elevate your legs when possible.
  • Wear supportive stockings.
  • If your doctor or midwife allows it, take a warm bath to help relax your muscles before bed.
  • Drink plenty of water.
  • If your doctor or midwife allows it, take a magnesium supplement in addition to your prenatal vitamin. Magnesium has been proven to be beneficial in the treatment of leg cramps.

If, despite all your precautions, you do get a leg cramp you should immediately stretch your calf muscle by flexing your toes back toward your shin. If someone is with you, ask them to massage the muscle that is cramping. This may hurt at first, but it will ease the spasm and the pain will gradually go away. Warming the muscle with a hot water bottle or heating pad may help relax the cramp. You can also try walking around, or standing on a cold surface. Some women have found that Tylenol or Acetaminophen is helpful in relieving the pain.  

kat sini saya dapat conclude yang punca utama saya kena cramp maybe weight gain and kurang calcium. hehe.



note: eh eh, saya bukan bermaksud being pregnant ni menyusahkan n menambah penyakit tau. sebenarnya time pregnant ni la nak rasa penyakit pelik-pelik. time tak mengandung mana ada sakit macam ni kan. ;D enjoy your pregnancy moment! 9months only maa..

Friday, February 18, 2011

dah scan ke belum?

... boy ke girl? 
zaman sekarang ni, soalan ni la yang paling glemer. hehe. bukan hanya mak budak n bapak budak je yang excited nak tahu, family members n friends pun x terkecuali. 

seperti yang dirancang, masa cuti CNY baru ni kami balik kampung. selain dari menghadirkan diri ke kenduri, agenda lain adalah nak 'intai' baby's gender. semangat ok. ye la, scan baru ni xnampak. haruslah kami terjah ke tempat yang pakar.

at first agak sedih sebab ada member bagitau Dr Anuar dah xkeje kat Mahsuri. dulu time Arissa scan kat dia la. agak yakin dengan service dia, mana taknya, gegirl punya dia pandai cari sampai jumpa. mencabar tu ;D my friend kata dia keje kat PMC sekarang ni. tapi xpegi pun PMC tu coz bila tanya situ charge  almost RM100 per session. kami ubah haluan ke INS specialist center yang mana murah sket dari PMC n boleh pergi waktu malam sebab doc available.

so malam tu, dengan hati yang berdebar-debar pergi INS. sanggup skip dinner sebab takut baby active sangat. thanks to Nadiya for the tips. memang baby behave je, tengah tido kot, less than 2 minutes doc dah dapt kenalpasti. yeah, and it's a BOY. alhamdulillah, syukur sangat sebab impian nak sepasang termakbul. birthday present untuk Mama tu. and Abah too. of course la dia paling excited, ada geng nak main/tengok bola ;D harap2 betul la boy kan. pakar O&G yang scan. xkan dia nak tipu kan. hehe

actually time scan tu, Abang ada record guna hp dia. klinik tu guna LCD besar, memang senang la nak record. anyone ada cara nak upload video dgn cepat tak? kami ni guna streamyx pakej 60hinggit je. mau berjaman nak upload. hehe. dan yang paling best bila doc tu snap muka baby. hehe, cam kopipes muka kakak je. haha. xpe, muka baby sejak lahir berubah2 kan. mana tau keluar nanti muka cam Abah plak.  baby pun sihat, organ n tulang belakang pun dalam keadaan baik. paling slek, saya terlupa tanya berat baby bape. excited sangat kot sampai lupa haha.

btw, pada CNY yang tu juga, my first cousin bertunang. sebelum ni banyak cousin sebelah Abang yang kenduri. xlama lagi, cousin sendiri plak. excited tau sebab me n my sister je yang dah kawen pun. insyaAllah kenduri akan berlangsung lepas Raya tahun ni. kebetulan, semua anak-anak Tok balik, jadi malam tu, rumah Tok plak buat kenduri doa selamat n tahlil arwah untuk Wan. insyaAllah, Tok nak pergi umrah hujung bulan ni. semoga selamat pergi n selamat kembali.



note: yay! dah boleh shopping brg2 blue n fikir nama baby~ agak mencabar sebab few names yang saya suka dah disambar org. :(

perut tujuh

alhamdulillah, minggu ni genap 7bulan Adik Arissa in my tummy.  kalau dulu time Arissa, week 39 da lahir. so sekarang ni, plus minus 10 more weeks to go. haish. takut tau. walaupun ni adalah kali kedua.

preparation? to be honest, xstart shopping pun lagi~ kali ni macam agak relax, sebab xbanyak barang nak kena beli. maybe sebab dah tau mana nak tuju kan. just in case terbersalin awal, en suami pun bleh tolong belikan.  dah 2 tahun 'train' en suami shopping barang anak, xkan la dia nak tergagau plak kan. hehe. teruk betul perangai. antara barang baby yang nak kena beli adalah:
* baju tidur
* baju daytime + rompers
* diapers - newborn n S size. mana la tau anak Mama nanti peha besar ke ;D
* mitten n booties - nak cari yang lubang2 takut time pantang musim panas
* receiving blanket
* baby wipes - kena beli lebih. mana la tau dia kuat poo poo nanti
* toiletteries
* bantal (half moon shape)

tu je kot. tempat nak beli - JJ. yang lain2 guna yang kakak punya.  masih tersimpan rapi dalam almari. tak berusik pun. ;D jangankan barang baby, barang Mama dia pun xbeli lagi tau. kan nye apa pun, set bersalin , pad, socks n panties je. bengkung, guna yang lama je. set bersalin apa yang best ek? ingat kali ni nak cuba brand lain plak. tempat nak beli - The Store (prev known as Hiong Kong).

lagi satu, ada sesiapa tahu mana nak cari tukang urut yang best area Sg Buloh, Paya Jaras, Kundang or Kuang tak? yang dulu tu macam cekik darah je. URUT SAHAJA plus nyembang ada la dalam 1hour.  tu pun kena caj RM50 per session sebab dia datang rumah guna transport sendiri. minyak urut caj harga asing ye. salah sendiri gak sebab last minute baru cari. memang last minute tau sebab bila dah bersalin baru cari. tu pun ada nurse KK recommend. agaknya, dia dah glamour misi tu dok promote, dia bleh nak wat ala kadar plak. haish~

oh, kalau xsalah, ada sesetengah orang, bila perut tujuh ni, mak/nenek dia buat majlis lenggang perut kan?  time ni juga lah jantina baby diramal oleh mak bidan kan? saya dulu xbuat pun, sebab sebelah mak memang dah lama tinggal amalan tu. plus xada orang2 tua yang pandai. mak mertua saya dulu ada tanya nak wat tak, sebab sebelah dia semua buat. tapi saya tolak cara baik, sebabnya sebelah Mak saya xpernah amalkan pun. nasib baik dia xberkeras suruh buat. hehe.

i know, ada yang xsabar nak tau adik Arissa boy ke girl kan? hehe. saja suka buat orang tertunggu2. tunggu next entry ek ;D


p/s: Hana, selamat mengepush! harap2 kali ni ko berjaya bersalin ikut 'pintu'.

Friday, January 28, 2011

rancang jantina bayi

AMARAN: entry ni hanya sesuai dibaca oleh PASANGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA. sebabnya, ada istilah2 yang hanya orang dah kawen je paham ;D

entry ni khas untuk pengantin baru, Yana. haha. untuk pengantin lama pun boleh cuba, rancang untuk anak seterusnya ;D actually, saya ni xde la arif sangat dalam bab-bab macam ni. ada la sikit-sikit ilmu dapat dari baca  cerita orang lama. hehe.

pertama sekali, kita kena tahu yang isteri bawa chromosome XX, suami pula bawa chromosome XY.  so chromosome suami la yang akan tentukan jantina baby. isteri akan 'lepaskan' X manakala suami akan 'lepaskan' X atau Y. apabila chromosome ni bertemu, maka terhasil la baby boy or girl. nak tahu lebih lanjut, sila guna khidmat en google ye ;D kesian tau, orang dulu2 xbanyak info pasal ni. end up suami salahkan isteri sebab xdapat bagi anak lelaki. padahal dia xtau, tu berpunca dari chromosome dia and of coz semua ni ketentuan Allah.


so far, petua yang saya tahu untuk dapatkan baby GIRL:
* waktu yang sesuai untuk  'bersama'  adalah time isteri tengah subur. time hari yang belas-belas tu.
* lepas 'bersama', isteri tidur mengiring ke sebelah kiri. jangan lupa minta izin suami dulu ye. berdosa tau tido membelakangkan suami.
* pemakanan- amalkan makan yang beralkali

untuk dapatkan baby BOY:
* waktu sesuai untuk 'bersama' adalah hari ke-20++.
*lepas 'bersama', tido mengiring ke kanan.
*pemakanan- amalkan makanan berasid dan seafood

apapun, sebelum memulakan 'operasi', haruslah didahulukan dengan NIAT dan DOA moga apa yang dirancang menjadi. the rest, serahkan kepada Allah, kerana Dialah yang tentukan segalanya. u all boleh refer blog ini untuk cerita lebih lanjut. hehe. saya xreti nak elaborate panjang-panjang. to be honest, saya xikut pun kaedah ni sebabnya tak plan pun nak mengandung time tu. orang kata, cubajaya je. hehe. alhamdulillah, tau-tau, ada isi je.

menurut doctor, seelok-eloknya isteri makan acid folic at least 3 bulan sebelum mengandung. acid folic ni penting untuk replication process. kalau rajin lagi, minum la susu yang specific untuk ibu yang merancang kehamilan. rasanya brand Anmum kot.

setelah semua usaha dilakukan namun masih tak mengandung dalam masa setahun, pasangan ni wajib jumpa doktor pakar. dua-dua ye kena jumpa doktor, bukan suami atau isteri sahaja. mana la tau something wrong somewhere. ada setengah orang perempuan  cycle period tak teratur, ada pulak yang periodnya 2 3 bulan sekali. tak pun maybe ada masalah dengan rahim.

suami pun kena la ingat, jangan nak salahkan isteri je kalo isteri tu tak pregnant lagi setelah sekian lama. suami pun mungkin boleh jadi punca tau. maybe sperma tak active ataupun xlarat berenang sampai ke ovum.  ataupun, air mani banyak, tapi sperm kurang. so, para suami, jangan jadi perokok tegar ye, kerana dipercayai boleh affect keaktifan/kualiti sperm.

panjang la plak mengarang. hehe. maaf kalau ada salah silap. saya pun baru belajar. selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

pancitt

mengandung kali ni memang menguji stamina, fizikal dan mental. kalau dulu sorang-sorang xde la rasa penat sangat. luckily saya xde morning sickness yang teruk. tapi jangan ingat saya buleh bergembira. no no no! jangan lupa saya ada sorang anak dara yang AMAT lasak dan active.

dari saat celik mata je pagi-pagi tu dia dah wat 'operasi'. pendek kata rumah saya ni xpernah dalam keadaan kemas pun, especially kat living hall. Arissa pun pandai, dia xkan main jauh-jauh dari saya. bertambah parah, bila dia punggah toys dia, books dia, magazines saya. memang rumah macam tongkang pecah. tu belum sampai angin nak sepah-sepah surat khabar. oh tidak! rasa tetiba bleh high BP je tau. 

dulu-dulu rajin gak saya kemas lepas dia sepah-sepah tu. lama-lama, dia macam nak buli Mama dia aje. saya simpan elok-elok, 5minutes later, sepah balik. sekarang ni, memang dah teringin nak mengemas. lantak la ko labu, rumah bersepah pun. haha. tapi bila en suami dah balik, kesian plak kat dia sebab disambut dengan rumah yang 'dihias amat kreatif' oleh anak dara beliau. kepada sesiapa yang nak datang rumah saya, sila roger awal-awal tau. bleh la nak mengemas serba sedikit. kalo tak alamatnya duduk atas toys Arissa la ;D

tu belum tambah dengan angin kus-kus dia lagi. huhu. ada hari tu, dia xnak keluar dari toilet lepas mandi sebab nak main air lagi. yang klakarnya, lutut dia dah menggeletar, bibir dah biru, but still xnak keluar. dia suka air dari getah paip tu, seronok sembur dinding n lantai. bajet tengah cuci tandas la konon. kalo paksa dia keluar, memang mengamuk sakan la, dok jerit-jerit n meronta-ronta. rasa macam nak patah pinggang dukung dia. pehtu nangis macam kena dera, padahal orang xcubit dia pun. nak pakai diapers dgn baju pun satu hal. jangan xtau, punya la lari satu rumah. memang rasa nak pitam kejap layan kerenah dia ni tau.

sekarang ni dia ada 'modal' baru nak masuk tandas. setengah jam sekali, dia datang bagitau saya, "mama, yak!" sambil selak seluar dia. at first percaya jugak la. tapi bila check, hampeh je, mana ada pun. dia tau, kalo  dia 'yak', mesti Mama bawa dia basuh, then ada chance la nak main air. hoho. kecik-kecik dah pandai berdrama. notti sungguh. lately, dia dah ada rutin sendiri, bangun tidur dia akan poo-poo. so Mama xakan tertipu dah la. haha.

ada orang kata dia nak perhatian lebih sebab dia tau Adik dia on d way. yang paling xtahan bila ada orang kata,"haa tu la, nape mengandung awal sangat, tunggu la Arissa 3tahun dulu nak bagi dia adik pun". tah la. berbulu je kalo jumpa orang camni. sesungguhnya, kita hanya mampu merancang. Allah dah tetapkan segala-galanya. even kalo pakai protection pun, kalo dah sampai masa nak 'lekat', jadi baby juga tau. erk sorry. ter'emo' plak.

part paling sweet (bila angin dia baik), Arissa akan datang kiss perut sambil cakap "adik, adik". kadang tu, kalau datang mood geram dia, 'ketepek', hoho dia tepuk perut daa. kuat plak tu.bergegar adik kat dalam. harap-harap adik dia lahir nanti xde la dia wat geram camtu kan. kalo tak, jenuh nak kepung :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails