Wednesday, August 1, 2012

Faiq yang handsome

>sebelum


Hehe jangan ada yang muntah tau. Ni gara-gara Faiq potong rambut la(mama n abah la yang nekad bawak potong). Orang asyik ingat gegirl je. Padahal sah-sah pakai baju boy. hehe. Potong Ahad baru ni kat kedai mamak kat Kota Damansara.

Bagus la mamak tu potong. Cepat dan kemas sesuai la dengan kanak-kanak ribena yang dok tak diam macam Faiq ni. Faiq tak nangis pun, tapi punya la kepala dok pusing kiri kanan. Hehe


semasa

Btw, ni first time potong kat kedai mamak. Sebelum ni saya pernah trim rambut depan n wan Ramli pernah trim yang curly-curly kat belakang tu.

Harap-harap raya nanti dah panjang balik la. Bila potong rambut, muka pun nampak lain, hehe tak de muka manja baby dah. Jadi handsome bak kata Arissa. Dia pun ciwi tengok adik dia rmbut baru. :D

selepas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails