Friday, January 28, 2011

rancang jantina bayi

AMARAN: entry ni hanya sesuai dibaca oleh PASANGAN YANG BERKAHWIN SAHAJA. sebabnya, ada istilah2 yang hanya orang dah kawen je paham ;D

entry ni khas untuk pengantin baru, Yana. haha. untuk pengantin lama pun boleh cuba, rancang untuk anak seterusnya ;D actually, saya ni xde la arif sangat dalam bab-bab macam ni. ada la sikit-sikit ilmu dapat dari baca  cerita orang lama. hehe.

pertama sekali, kita kena tahu yang isteri bawa chromosome XX, suami pula bawa chromosome XY.  so chromosome suami la yang akan tentukan jantina baby. isteri akan 'lepaskan' X manakala suami akan 'lepaskan' X atau Y. apabila chromosome ni bertemu, maka terhasil la baby boy or girl. nak tahu lebih lanjut, sila guna khidmat en google ye ;D kesian tau, orang dulu2 xbanyak info pasal ni. end up suami salahkan isteri sebab xdapat bagi anak lelaki. padahal dia xtau, tu berpunca dari chromosome dia and of coz semua ni ketentuan Allah.


so far, petua yang saya tahu untuk dapatkan baby GIRL:
* waktu yang sesuai untuk  'bersama'  adalah time isteri tengah subur. time hari yang belas-belas tu.
* lepas 'bersama', isteri tidur mengiring ke sebelah kiri. jangan lupa minta izin suami dulu ye. berdosa tau tido membelakangkan suami.
* pemakanan- amalkan makan yang beralkali

untuk dapatkan baby BOY:
* waktu sesuai untuk 'bersama' adalah hari ke-20++.
*lepas 'bersama', tido mengiring ke kanan.
*pemakanan- amalkan makanan berasid dan seafood

apapun, sebelum memulakan 'operasi', haruslah didahulukan dengan NIAT dan DOA moga apa yang dirancang menjadi. the rest, serahkan kepada Allah, kerana Dialah yang tentukan segalanya. u all boleh refer blog ini untuk cerita lebih lanjut. hehe. saya xreti nak elaborate panjang-panjang. to be honest, saya xikut pun kaedah ni sebabnya tak plan pun nak mengandung time tu. orang kata, cubajaya je. hehe. alhamdulillah, tau-tau, ada isi je.

menurut doctor, seelok-eloknya isteri makan acid folic at least 3 bulan sebelum mengandung. acid folic ni penting untuk replication process. kalau rajin lagi, minum la susu yang specific untuk ibu yang merancang kehamilan. rasanya brand Anmum kot.

setelah semua usaha dilakukan namun masih tak mengandung dalam masa setahun, pasangan ni wajib jumpa doktor pakar. dua-dua ye kena jumpa doktor, bukan suami atau isteri sahaja. mana la tau something wrong somewhere. ada setengah orang perempuan  cycle period tak teratur, ada pulak yang periodnya 2 3 bulan sekali. tak pun maybe ada masalah dengan rahim.

suami pun kena la ingat, jangan nak salahkan isteri je kalo isteri tu tak pregnant lagi setelah sekian lama. suami pun mungkin boleh jadi punca tau. maybe sperma tak active ataupun xlarat berenang sampai ke ovum.  ataupun, air mani banyak, tapi sperm kurang. so, para suami, jangan jadi perokok tegar ye, kerana dipercayai boleh affect keaktifan/kualiti sperm.

panjang la plak mengarang. hehe. maaf kalau ada salah silap. saya pun baru belajar. selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

pancitt

mengandung kali ni memang menguji stamina, fizikal dan mental. kalau dulu sorang-sorang xde la rasa penat sangat. luckily saya xde morning sickness yang teruk. tapi jangan ingat saya buleh bergembira. no no no! jangan lupa saya ada sorang anak dara yang AMAT lasak dan active.

dari saat celik mata je pagi-pagi tu dia dah wat 'operasi'. pendek kata rumah saya ni xpernah dalam keadaan kemas pun, especially kat living hall. Arissa pun pandai, dia xkan main jauh-jauh dari saya. bertambah parah, bila dia punggah toys dia, books dia, magazines saya. memang rumah macam tongkang pecah. tu belum sampai angin nak sepah-sepah surat khabar. oh tidak! rasa tetiba bleh high BP je tau. 

dulu-dulu rajin gak saya kemas lepas dia sepah-sepah tu. lama-lama, dia macam nak buli Mama dia aje. saya simpan elok-elok, 5minutes later, sepah balik. sekarang ni, memang dah teringin nak mengemas. lantak la ko labu, rumah bersepah pun. haha. tapi bila en suami dah balik, kesian plak kat dia sebab disambut dengan rumah yang 'dihias amat kreatif' oleh anak dara beliau. kepada sesiapa yang nak datang rumah saya, sila roger awal-awal tau. bleh la nak mengemas serba sedikit. kalo tak alamatnya duduk atas toys Arissa la ;D

tu belum tambah dengan angin kus-kus dia lagi. huhu. ada hari tu, dia xnak keluar dari toilet lepas mandi sebab nak main air lagi. yang klakarnya, lutut dia dah menggeletar, bibir dah biru, but still xnak keluar. dia suka air dari getah paip tu, seronok sembur dinding n lantai. bajet tengah cuci tandas la konon. kalo paksa dia keluar, memang mengamuk sakan la, dok jerit-jerit n meronta-ronta. rasa macam nak patah pinggang dukung dia. pehtu nangis macam kena dera, padahal orang xcubit dia pun. nak pakai diapers dgn baju pun satu hal. jangan xtau, punya la lari satu rumah. memang rasa nak pitam kejap layan kerenah dia ni tau.

sekarang ni dia ada 'modal' baru nak masuk tandas. setengah jam sekali, dia datang bagitau saya, "mama, yak!" sambil selak seluar dia. at first percaya jugak la. tapi bila check, hampeh je, mana ada pun. dia tau, kalo  dia 'yak', mesti Mama bawa dia basuh, then ada chance la nak main air. hoho. kecik-kecik dah pandai berdrama. notti sungguh. lately, dia dah ada rutin sendiri, bangun tidur dia akan poo-poo. so Mama xakan tertipu dah la. haha.

ada orang kata dia nak perhatian lebih sebab dia tau Adik dia on d way. yang paling xtahan bila ada orang kata,"haa tu la, nape mengandung awal sangat, tunggu la Arissa 3tahun dulu nak bagi dia adik pun". tah la. berbulu je kalo jumpa orang camni. sesungguhnya, kita hanya mampu merancang. Allah dah tetapkan segala-galanya. even kalo pakai protection pun, kalo dah sampai masa nak 'lekat', jadi baby juga tau. erk sorry. ter'emo' plak.

part paling sweet (bila angin dia baik), Arissa akan datang kiss perut sambil cakap "adik, adik". kadang tu, kalau datang mood geram dia, 'ketepek', hoho dia tepuk perut daa. kuat plak tu.bergegar adik kat dalam. harap-harap adik dia lahir nanti xde la dia wat geram camtu kan. kalo tak, jenuh nak kepung :D

Tuesday, January 18, 2011

finally, it's a...

ahaha.. sila jangan tertipu. last check up, baby xbagi kerjasama tunjukkan tuut dia. agak kecewa tau sebab baby active sangat. dok xdiam, tau la space luas lagi untuk dia berkuak lentang. hehe. so sekarang ni masih dok berteka-teki la baby boy or girl. jeles dgn Nadiya, k.Izu n Ainaa tau.

kalau xde pape hal, CNY nanti kami balik Kedah. ingat nak try scan kat klinik yang scan Arissa dulu. pandai doc tu godek-godek, terus nampak 'bunga' dia hehe. doc kat sini xpandai nak cari kot. dia pun muda lagi. tak expert lagi nak cari part tu :D

maybe betul cakap Nadiya, yang saya makan  banyak benda manis b4 check up. sebab tu baby active semacam. mana tak nya, pergi klinik lepas lunch. paham-paham je la kan.

harap-harap nanti baby tunjuk la dia punya. baru  semangat sket Mama nak shopping. hehe. xde la nak beli banyak pun. baju, mittens & booties, selimut etc. barut guna yang Arissa dulu je. bedung baby pun guna lampin je. xde beli yang fancy/ moden tu. time Arissa dulu  pun, dia kan nye nak bedung sangat pun. kalo bedung, muka da start merah, xlama pastu, tangan da terkeluar. then, baru dia sambung tido. comel. aa xsabarnye nak tunggu baby lahir!




up and down

hepi new year everybody! counted kan, sebab masih January :D

banyak benda dah ter'miss'. lately 'angin' xberapa nak elok la. ada satu hari tu, rasa nak berFB je. habis semua kawan-kawan FB ditegur. sembang bagai nak rak. kalo tak sembang pun, asyik main game je. currently dok layan cityville. hari lain, tiba-tiba rasa menyampah bila buka FB.,terus tutup. layan TV je sehari suntuk.

tau tak, saya tengok drama melayu pun meleleh air mata tau (walaupun pelakonnya keras macam kayu) . apa yang sedih xtau la. kalo tengok berita pun, kena part tayang orang susah ke, sakit dok terlantar pun meleleh gak air mata ni. isk, sensitif sungguh. 

bila datang mood rajin, asyik dok baca blog orang. dari satu blog ke satu blog. ketagih tau. tapi macam biasa la, tak pernah nak tinggalkan jejak ;D hampeh je.

ada hari rasa nak melekat je dengan en suami. asyik nak dok dekat dia je. amik bau busuk masham dia tu. sampaikan dia terasa annoyed. pernah tau dia sound, "Ima ni kenapa? Abang nak main tenet pun xsenang. Ima takut Abang tengah chatting dengan awek ke? " hah sampai camtu sekali dituduhnya.  oh pehliss! hakikatnya, bini awak ni nak manja-manja je la.

tak cukup dengan tu, bila datang 'angin' menyakat, haa Arissa la jadi mangsa. tengah budak kecik tu main syok-syok, Mama dia g jerit "eeee CICAK!". kelam kabut dia lari datang peluk Mama. haha. kadang tu, kalo Arissa mintak sesuatu, Mama dia ni wat derk je. sampai last skali Arissa bengang n jerit-jerit nak nangis. 

agaknya ni la dikatakan penangan pembawakan budak. mood asyik berubah. perangai pun kadang-kadang jadi pelik. layankan aje la hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails