Thursday, November 17, 2011

Ekor Kura

... ataupun dalam loghat Kedah depa sebut ekoq kugha. rasanya orang sini panggil ekor rambut kot.

last month Abang ada tegur cakap,"eh, ekor kura Adik dah panjang la." saya just gelak la sebab kelakar dengan istilah 'ekor kura' tu. Abang kata orang kampung memang panggil macam tu sebab rupa dia macam ekor kura-kura.


ekor kura Faiq last month

then, baru ni, bila kami balik Kedah, isu ni timbul lagi. time tu cousin Abang (Along) ada buat kenduri Akikah 'anak dara' dia kat kampung isteri dia (Yang) di Pokok Sena. masa nak balik tu, salam la dengan Tok Yang. then dia cium Faiq and cakap, "bertuahnya cheq (awak) ni. panjang sungguh ekoq kugha cheq. kalau bela kambing ni kaya ni." saya just sengih-sengih je la sebab tak faham kaitan ekor kura and kambing.

bila naik kereta, saya cerita la kat Abang n mertua. then mertua bagitau, orang tua-tua memang selalu cakap camtu. bukan setakat kambing, kalo bela ayam, itik n lembu pun akan menjadi. sejauh mana kebenarannya, tak pasti la. kebetulan agaknya. ataupun ianya sekadar koleksi "kata orang tua-tua" kalau betul la kan, Mama nak Faiq bela ayam la sebab ayam yang paling mahal sekarang ni ;D

haa, bagi sesiapa yang tak de ekor kura jangan la frust menonggeng plak. teruskan usaha anda. apapun kerja yang kita buat, kalau kita usaha sungguh-sungguh insyaAllah hasilnya lumayan. tak kisah la ada ekor kura ke, ekor kuda ke. hehe.


ekor kura hari ini

Wednesday, November 16, 2011

Thursday, November 3, 2011

Happy 6mos Faiq!

HAPPY 6mos Muhammad Faiq Nafis! dah besar anak Mama sorang ni. makin ligat dan lasak. moga membesar dengan sihat dengan susu Mama ye sayang. ni quick updates sepanjang dua bulan lepas.

BFing moment

6mos Faiq

kakakArissa

suka benar menempek dgn Adik

Faiq at 4 mos
- dah mula menunjukkan ke'lasak'an dia. huhu. asyik nak meniarap je bila nak dipakaikan diapers.
- suka melompat kalo kite pegang bagi dia berdiri
- masa awal-awal bulan, sibuk je dia hisap jari. then Mama belikan puting. mau la hisap 3 4 hari je. masa tu kat kampung. then bila balik KL terus dia reject. and dia pun dah tak hisap jari. maybe masa tu dia gatal gusi kot kan.

sedapnya la jari ni

- pantang tengok orang makan, mula la meleleh air liur dia. mulut pun terkunyap-kunyap. sign nak makan agaknya.
- gusi pun dah nampak putih-putih dah. orang kata ada 'bakat' gigi. dok menggigit time BF tok sah cakap la kan.
- sepanjang umur 4 bulan ni. Faiq asyik guna gear reverse je. hehe. menyulur ke belakang. selalunya bontot dia akan stuck kat sofa la. time tu mula la nangis panggil Mama.

bontot da stuck ;D

Faiq at 5 mos

- dah mula kenal suara kakak dia. kalau tengok kakak dia bercakap, mulala sengih-sengih. padahal kakak dia marahkan dia sebab amik book/mainan kakak. haha.
-sangat la berminat dengan botol susu kakak. pantang nampak kakak dia hisap botol, mulala nak capai juga.
- sangat meminati surat khabar. agaknya geram kot tengok paper goyang-goyang kena tiup angin.
- yang paling Mama xsuka sekali Faiq dah jadi 'vacuum'. semua benda nak masuk mulut. ee kotor tau.
- Faiq amat tak suka rattle/toys dia. dia hanya layan handphone, laptop, remote tv. and prefer mainan yang kakak dia tengah main. mana la tak angin je kakak Arissa tu.
- dah mula angkat bontot. ingatkan nak merangkak terus. rupanya dia menyulur (maju ke depan) juga pada 21 October. abis dah tolong mop (explore) satu ruang tamu. ke  dapur pun hampir sampai tapi berjaya alihkan dia. so dia dah lupa nak ke arah dapur ;D

cubaan angkat bontot
- yang paling best, bila BF je Faiq akan raba hidung n mulut Mama. sweetest moment ever!

baru lepas injection 5mos

sampai ke sliding door dah

nangis sbb tersangkut tangan kat beg



note: family mertua selalu tanya dah ambil gambar kat kedai ke belum time baby meniarap. tak faham le kenapa kena ambil gambar meniarap? ada sesiapa tak yang jadikan benda ni rutin family?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails