Tuesday, June 28, 2011

body clock

adik Faiq dah ada body clock sendiri tau. pukul 7am, time Abah siap-siap nak pergi kerja dia akan terjaga minum susu. sama macam kakak juga. then dua-dua akan sambung tidur sampai pukul 10am. 

currently adik Faiq akan senyum-senyum manja bila Mama and Tok panggil dia. especially waktu pagi. agaknya puas tidur kot. mood pun baik je ;D lepas mandi dan 'brunch', Faiq akan tidur lena dan terjaga every 2-3 hours untuk menyusu and tukar diaper. 

tapi, sharp pukul 4pm, dia akan bangun untuk mandi. tiap-tiap hari macam tu. kalau la baru tidur pukul 3++pm, dia tetap akan bangun time tu. mata bulat je. memang tak jalan la kalau paksa dia tidur pun.

lepas mandi je, mata dia terus jadi kuyu. hehe. lepas BF kenyang-kenyang, terus tidur. bising la macam mana pun, even buka TV kuat-kuat pun, dia tidur ralit sampai malam.

haa tepat je pukul 11.30pm, Faiq pun tunjuk aksi. mata dia sebulat-bulatnya ajak main. sekarang ni, kalau kita bercakap dengan dia, dia macam dah buat bunyi, seolah-olah sembang dengan kita balik. 

selalunya, pukul 2-3am baru la dia akan tidur balik. macam ni la tiap-tiap malam. Mama da serupa burung hantu. as usual, Abang akan 'blame' saya sebab suka berjaga time mengandung dulu. haha. bukannya sengaja pun kan. memang ibu mengandung akan mengalami masalah tidur malam kan ;D



kakak dah sampai London dah, adik Faiq mata bulat lagi ajak main

Monday, June 27, 2011

rekod peribadi

haha. tajuk tak bleh blah~ nothing much to say actually. just nak share yang saya berjaya mandikan Faiq seawal hari yang ke-45. tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya mandikan Faiq sampai sekarang. hehe. *clapclap* untuk diri sendiri. dulu time Arissa, nak dekat umur dia 2 bulan baru berani, gara-gara seriau punya pasal.

rasa bangga dengan sesetengah parents yang berani mandikan baby seawal minggu pertama. tambah-tambah kalau anak 1st yang memang zero knowledge how to handle small (+ lembik) baby. harap-harap anak yang seterusnya lepas ni, saya dah berani mandikan baby wpun tengah berpantang.



ps: currently, En. suami dah selamat sampai KK, Sabah. missing you already dear. can't wait to see you this coming Thursday!


Friday, June 17, 2011

mode: merdeka!

saya sudah merdeka selepas tamat tempoh berpantang 44 hari yang..... (please fill in the blank ;D) pada Rabu lepas. woohoo!

to be honest, overall berpantang kali ni tak sama macam berpantang masa anak first dulu. gara-gara melayan 'drama queen' sorang tu la~ tak terlayan. minggu pertama ok lagi sebab suami pun cuti. ada lagi nak melayan satu satu kerenah dia. masuk minggu ke-2 dan seterusnya, bila suami mula kerja, agak kelam kabut juga la. 

memang la Mak ada, tapi faham-faham je la, orang baru dapat adik, semua benda tak kena bagi dia. rasanya Arissa rasa 'terabai' kot bila Mama dok layan adik Faiq je. yang best tu, bila saya pegang Faiq, time tu la dia nak itu ini n datang menempek dekat saya. 2 3 hari pertama lepas balik dari hospital lagi la, Arissa langsung tak bagi saya BF Faiq. siap tolak kepala adik dia lagi. huhu. mencabar emosi betul. rasa macam tak terjaga je diri ni. ;D

apapun semuanya dah berakhir. bagi yang akan bersalin n berpantang buat kali pertama, 'enjoy' betul-betul time berpantang ni. sebabnya bila anak dah masuk 2 3 orang, tak rasa feel pantang sangat dah sebab buzy dok melayan kerenah anak. hehe.


day2: Arissa masih takut2 nak pegang adik


Thursday, June 16, 2011

new family member

alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kami sekeluarga telah menyambut orang baru pada May lepas. semuanya berlaku begitu pantas, selepas beberapa kali push, baby dah berada dalam dakapan ;D terima kasih  ya Allah kerana telah memudahkan segala urusan.

introducing our little hero,


NAME: MUHAMMAD FAIQ NAFIS B. MOHD FAUZY
D.O.B: 3rd MAY 2011 @ 5.03am
P.O.B: HSB
WEIGHT: 2.79kg
LENGHT: 52cm



mode: masih meng'adjust'kan diri dengan 2 anak. tak menang tangan dibuatnya. hehe. but i loike coz dah ada sepasang, which means boleh 'perut kosong' for at least 3 years insyaAllah.


ps: nama je ada BB. konon nak update selalu la. hampeh je. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails