Tuesday, June 22, 2010

ayam oh ayam...

kenapa kau mahal sangat ha? terkejut tau. memang gila punya mahal. semalam time Abang nak g beli kat pasar tani, harga sekilo RM7.50. ye, sekilo. bukan seekor. terus tak jadi beli.

minggu sebelum start cuti sekolah ok lagi harga RM6.50-RM6.80. bila start cuti sekolah je terus naik RM7.20. then semalam naik lagi. ish xbleh jadi ni. melampau betul. tengok le esok kat pasar malam berapa hinggit plak.

ingatkan hari tu mahal sebab cuti sekolah, musim kenduri. ni da start sekolah pun mahal lagi ke? tapi kan, Abang pernah cakap, bila minggu gaji masuk aka hujung bulan je, mesti harga ayam naik. sebab penjual ayam tu tau, orang time gaji baru masuk, xkisah beli walau mahal 20sen-50sen. bayangkan kalo satu hari tu dia dapat jual 100 ekor ayam. haa bayangkan berapa banyak dia dah untung. maybe setengah orang tak kisah. tapi kami kisah.

btw, harga ayam kat tempat korang berapa hinggit ek? ke sama naik je?

musang di ASTRO?

percaya tak ada musang baru terlepas dekat ASTRO tu?
dok berkeliaran mengganggu pandangan
percayalah kerana ianya benar!
ini bukan sembarangan musang tau.
special punya


yo la tu. 
percaya je la Pn Azimah nak mengarut di siang hari.
haha

 
ok serious serious
kalo xsalah saya la kan,
Jumaat/Khamis lepas (maybe earlier haha, saya je yang xperasan) 
dah start ada channel baru kat ASTRO
channel FOX 710
ye itulah musang yang sebenarnya


tak pasti itu hanya promo channel (ala-ala Home&Health, xlama lepas tu kena bayar)
ataupun memang pakej dalam STARWORLD
xdapat dipastikan (ye la, sebab x'study' abis lagi hehe)


apa pun
ok jugak la channel ni
NCIS, Bones, Smallville, Copdan banyak lagi
pendek kata semua cerita bersiri
ye, bertambah le orang melekat depan tv nanti


Monday, June 21, 2010

lupa letak tajuk daa

kembali lagi bersiaran bersama Pn Azimah. hehe. awak awak semua. mesti rasa menyampah je kan nak singgah blog saya. haha. maklumle jarang sungguh nak update constantly. asyik tenggelam timbul je.

seriously, jealous tau tengok orang yang bleh update blog tiap-tiap hari. lagi bertambah kagum bila dapat publish 2 3 cerita dalam sehari. HEBAT SUNGGUH! banyak betul benda yang diceritakan. dan seperti biasa, ada sorang budak tu akan gigih dok baca blog orang instead buat entry baru untuk blog sendiri. sampaikan suami sendiri pun dah muntah ijau sebab dok tengok entry yang sama berminggu-minggu. haha. so, siapa yang harus dipersalahkan? dush dush. suka je cari salah orang :D

akhir kata, doakan saya rajin update walaupun hanya sebaris perkataan =D



Tuesday, June 15, 2010

selfishnya awak ni!


agak kasar tajuk entry kali ni kan
bukannya saya mengutuk siapa-siapa tau
saya mengutuk diri sendiri ni


saya tau saya dah agak selfish akhir-akhir ni
lawat blog orang, tapi xtinggalkan komen
sorry ye
jangan marah saya tau
kadang-kadang sebab dah lama tak berblog, bila ada peluang
saya ni dok sibuk 'study' blog orang :D
sampaikan terlupa nak tinggalkan komen
kadang-kadang otak blank, xtau nak komen apa hehe
jangan terasa ye awak awak semua


satu lagi
saya suka lawat blog orang
tapi tak tinggalkan jejak
ni kes silent reader le ni hehe
bukannya apa
cheq malu nak introduce diri
hehe gatai sungguh
ops! jangan risau
saya tak buat onar kat blog orang
cuma singgah untuk membaca celoteh tuan punya blog
insyaAllah sampai masa saya tunjukkan diri yang sebenar
hehe mengada-ngada sungguh


ok selamat malam semua











Friday, June 4, 2010

buah hati Mama

buah hati Mama

sayang budak bushuk masham ni
dah makin naughty
suka wat Mama pancit-sebab kena mengemas 5-6x





perkembangan terkini:
- tahu tunjuk mana hidung, telinga, pusat, gigi (sambil ketap gigi)

- kenal kasut - bila suruh amik kasut dia akan hulur kaki nak pakai kasut

- boleh sebut cicak, auww (meow)

- pandai tiru apa Mama buat - bila Mama sayang Abah, dia pun sibuk nak cium Abah juga. bila Mama picit shower foam time mandikan Arissa, dia pun sibuk nak picit n buat2 sabun kat badan. hehe

- pandai ajuk Mama n Abah gelak - buat gelak 'jahat' lagi

- waktu petang, bila Abah balik, pandai bising2 nak keluar rumah. nak main ball- dah pandai sepak bola (huhu. Abang, anak kita girl la, tau la Abang xsabar nak boy plak hehe)

- bila nampak kalendar gantung kat dinding, mulut dok sebut "B Ci"(ABC). sebab dia ingat sama dengan wallchart ABC dia la tu. 

- bila kita sebut "One", dia kata "Tu Yee", kalo sebut A, dia jawab "B Ci T G Eeeee" suka2 hati sebut berterabur *nangis*

- masa kat SB, bila panggil Wan, dia pun sebut "tu yee". klakar le awak ni. 

- tengok bear, dia panggil "Baby". penyalahgunaan berlaku hehe. tengok gambar dia sendiri kat laptop pun dia kata baby. hehe. 

-gigi 4batang. 2 atas, 2 bwh




Jumaat sudah

today is Friday. bagi yang bersekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bleh bangun lewat sikit sebab xpayah pergi sekolah. hehe. bagi yang masih kena pergi sekolah hari ni, mesti liat je kan. hehe. dan bagi ibu2 sekelian, bersedia lah nak ber'perang' dengan anak2 di rumah. 

kami dulu pun macam tu jugak. bila cuti sekolah je, saya akan bertukar menjadi kakak yang garang. hehe. pagi2 buta dah bising dok 'kerah' adik2 tolong saya kemas rumah. faham2 je la kalo semua adik2 adalah lelaki. 1001 alasan diberi. semuanya disebabkan dok sibuk 'melangut' tengok kartun. last2 kakak dia ni jugak yang tension kena buat semua. :D sekarang ni masing2 dah besar. faham dah tugas masing2. tambah plak saya pun dah kawin. so, nak tak nak, antara diorang bertiga kena la jadi 'anak dara' Mak. hehe.

oh sikit punya panjang intro. sebenarnya, saya just nak bagitau yang saya akan bercuti lagi. hehe. jangan marah tau. asyik on off je blog ni kan. hehe. well, macam biasa le, time cuti sekolah je, kami ni wajib balik Kedah. plus nak balik tengok Wan jugak. insyaAllah, pagi Sabtu bertolak balik sana.

dan kalo balik kampung time2 macam ni, keadaan kat hiway/RnR dah dapat dibayangkan dah. confirm semua RnR akan sesak, tambah2 kalo RnR glamor macam Tapah, Sg Perak tu. confirm, nak 'terkucil' pun kena beratur. makan lagi la. confirm susah nak dapat tempat duduk. tapi, since da selalu sangat hadapi situasi macam ni, so apa yang kami buat masa balik kampung bulan 3 lepas adalah, since bertolak pagi-yang-tak-pagi sangat tu, kami breakfast siap2 kat kedai before naik hiway. isi minyak kereta siap2. make sure jajan n air mineral dibeli jugak. 

selalunya setiap 2jam perjalanan kami akan berhenti iaitu kat Tapah, Bkt Gantang n Gurun. jangan xtau, anak dara yang sorang ni dah pandai tunjuk perasaan boring tau. selalu kat rumah bebas bergerak kan. ni dok dalam kereta je. kalo dia tido xpe la. kalo x, semua benda dia nak capai, nak pergi dekat Abah la macam2. tu baru sorang tu. kalo 3 4 cam ne la kan. hehe. sebab tu, cousin Abang, anak 4org yang memang lasak, diorang suka jalan malam. dia kata senang, anak2 dia tido je sepanjang jalan. dia pun xpening kepala. haa.. baru teringat, agaknya, sebab tu la agaknya dulu time kami kecik2 Abah suka balik kampung malam2. sebab dia xnak pening kepala dengan kami le agaknya. haha.

ok semua, selamat bercuti bagi cikgu2 dan selamat berperang dgn anak bagi SAHM. hehe. bagi yang dah plan nak pergi bercuti tu, ingat, SAVE SOME SPACES untuk barang2 yang dishopping. haha. daa~

Thursday, June 3, 2010

schedule entry

gelak dulu.
sambil lompat bintang.
ops telebey suda.
hehe.
berjaya jugak wat schedule entry.
entry ini adalah my first trial.
jakun jap.
orang lain da buat berpuluh2 SE kan.
haha.
gelakkan diri sendiri.
so kawan-kawan semua, kalo lepas ni kat title nampak saya tulis SE tu, jangan le hairan plak sebab tengok tetiba saya rajin bercerita ye.
suka suka :D

pic from here





haid tak teratur

runsing tau dok fikir. 
tarikh period dah xtetap sejak2 lepas bersalin ni.
sebab BF ke ek?
ke sebab berat badan naik?
or sebab xmakan pil perancang?

period datang macam biasa. 
every month.
cuma cycle je lari sket.
dalam 3 bulan ni, cycle dah jadi 35-40days.
sebelum ni cantik je 28-30days. 
susah le nak 'bajet' camni.
hehe.





Wednesday, June 2, 2010

cuti yang panjang - dugaan lain

oh. Arissa da tido ni. so kena la taip cepat2 kan. hehe. kali ni nak cerita pasal Wan (atuk) saya. u all sedia maklum kan Abah saya masuk hospital sebab kena operate hari Selasa hari tu. petang tu jugak, Wan, Tok, Pak Njang n Pak Tam dari Kedah sebab nak tengok Abah.

operation berlangsung selama 45min je. tahu tak, sepanjang minggu tu, 'orang kuat' keluarga xde, adik lelaki saya yang 1st, Azizi sebab dia pun OS ke Pahang. n Abang pun ada kat NS. so Firdaus le yang ke hulu ke hilir jadi 'orang kuat'. nasib baik dia tengah cuti revision week. Azizi n Abang ada cakap nak balik. tapi Mak kata xpe la. xserius sangat pun. HP memang sentiasa di sisi la kan nak update pasal Abah. oh btw, saya dan Arissa hanya mendoakan dari rumah je. HSB xbenarkan kanak2 below 12 yo masuk melawat pesakit. maybe sebab H1N1 masih aktif lagi kan. kalo nak melawat juga, kena berganti2 la jaga dia. 

ok. berbalik cerita pasal Wan. diorang sampai dari Kedah waktu Maghrib dah. so xsempat le nak tengok Abah. Wan pun sebenarnya xberapa nak sihat sangat. dia sendiri pun baru 2 minggu keluar hospital, penat (semput). tapi mengenangkan anak lelaki sulung dia nak kena operate, dia gagahkan diri juga ke mari. 

esoknya, dalam pukul 7pm lepas habis waktu melawat,diorang nak bergegas balik Kedah balik. sebabnya pakcik2 saya tu cuti xlama. tapi dalam pukul 10pm dapat call dari Pak Tam mengatakan Wan saya dimasukkan ke hospital Tapah sebab penat dia datang menyerang. nak dijadikan cerita, dia terlupa bawak ubat semput dia tu. maknanya, dia da skip makan ubat. plus, maybe sejuk aircond kereta lagi, tu yang bertambah teruk. setelah sapu minyak angin pun xjalan jugak, akhirnya Pakcik2 terus bawak ke hospital.  

kami yang kat rumah ni memang terkejut beruk lagi la kan. panik pun ada jugak. camne nak buat ni. Abah sakit kat hospital. Wan plak sakit dekat hospital Tapah. kebetulan Paksu, adik lelaki Abah yang bongsu duduk kat Bukit Beruntung pun call tanya nak pergi tengok Wan ke tak. saya pun call Pak Tam nak confirm balik keadaan Wan. Wan da stabil sikit setelah dapat gas. katanya waktu tu, doc tengah xray dada Wan. last2 Paksu call balik cakap, dia pergi dulu tengok Wan camne. kalo pape hal serius, baru kami ke sana. lagi pun BB dengan Tapah dah xjauh. thank you sebab tolong wat keputusan tu. serius memang xbleh fikir dah masa tu. berbelah bahagi tau. memang le keadaan Abah xserius sangat. tapi full result xtahu lagi kan. macam2 bleh jadi dalam satu malam tu.

katanya, 3 lagi adik lelaki Abah (Pak Ndak, Pak Teh n Pak Lang) datang dari Kedah. menurut Paksu, semua 6 anak2 lelaki Wan ada kat sana kecuali Abah. hehe. nak wat macam mana kan. btw, malam tu, kami xbagitau Abah pun Wan sakit. sebab xnak dia risau plak. dalam pukul 2.30am, semuanya sepakat bawak balik Wan naik ambulance ke AS. sebabnya, Wan memang bergantung dengan gas tu. kalau diikutkan, doc suggest nak transfer Wan ke Hospital Ipoh. tapi memandangkan, Tok takut apa2 yang buruk terjadi, susah plak sanak saudara nak datang melawat kan. thats why, decide guna khidmat ambulance tu sampai ke hospital AS.

alhamdulillah. Wan pun keluar hospital last week jugak. Mak n Pak mertua ku baru pergi melawat dia. katanya Wan nampak lemah je. sebab kena kurung le tu. hehe. Insya Allah, minggu ni kami nak balik kampung tengok Wan. sebenarnya, Wan ni bleh tahan jugak degilnya. katanya yang hari mula2 dia kena masuk hospital tu, sebab dia terlampau rajin nak mesin rumput kat sekeliling rumah dia. last2, tersandar je, kepenatan yang amat sangat. then terus sakit dada la, macam2 penyakit datang. pakcik2 semua xlarat nak marah dia dah. dia kata, "aku lagi sakit sebab xwat kerja." huhu. ye la, selama 60 tahun dia hidup asyik wat kerja sawah je kan. memang le xbiasa kalo orang suruh dia dok diam.

 Wan (baju purple) di umur 70 tahun

nampak uzur kan? tapi, jangan tak tau, kalo dapat makan gulai Mak aka menantu sulung dia tu, bleh tambah nasi berpinggan2. hehe.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails