Saturday, July 10, 2010

Arissa had a nightmare?

nightmare? jeng jeng jeng... kejadian berlaku time Wan sakit tenat hari tu. time semua orang bergegas ke hospital, yang rupanya adalah 'false alarm'. selepas doc sahkan Wan xde pape, cuma perlukan rehat dan gas yang cukup, kami laki bini pun turun ke cafe hospital sebab xbreakfast lagi. Abah dgn Naim pun ikut jugak. 

time kat cafe, saya just makan kuih je. Abang plak, makan naik berlauk plus air soya suam. nak dijadikan cerita, Abang saja2 le suap Arissa minum soya. nak tengok jugak dia reject soya ke tak. tapi Arissa ok je, plus, mintak nak lagi. suap kali ke 2, dia nak lagi. ops! i have to say no sbb manis. marah dia. hehe.

btw, Arissa dah nak masuk 2 hari x poo poo. maybe sebab makan xmenentu. tambah plak berubah tempat, minum pun kurang. petang tu, kejadian suspen pun bermula. Arissa da nangis2 xsenang duduk. duduk salah, berdiri salah. nak bagitau sakit kat mana, of cos le xreti lagi kan. saya pun xteringat nak sapu ubat kat perut Arissa. bila Abang dok agah2 main dgn dia, dia ok le plak. nampak dia rilex je. tetiba dia datang dekat saya, nampak peluh2 kat dahi dia. pada masa yang sama, dengar macam dia dok meneran. mata dgn hidung pun merah. kelakar pun ada masa tu. hehe. nampak gaya dia tu, memang sah Arissa sembelit.

tetiba Arissa menangis. panik kami dibuatnya. mana la tau, semut gigit ke hape ke. puas dok belek kaki tangan dia. then, dia diam. gelak2. haish, pelik betul. Abang suruh check pampers dia. sah, dia dah selamat melabur. tapi ketul bulat kecik je. agaknya, sakit kot time naj*s dia nak kuar, tu yang nangis tu. kite org tua ni pun terasa 'seksa'nya, apa lagi baby kan.

lepas beberapa minit tunggu (kot kot la ada lagi kan) saya pun salin pampers baru. 10 minit kemudian, tetiba Arissa nangis lagi. saya tengok dahi dia peluh2 dah. oh poo poo lagi le tu. kesian dia, kali ni pun keluar ketul keras kecik jugak. tapi, tengok dalam beg pampers dah abis, lupa nak top up. kelam kabut kami  balik rumah. haha. nasib le ketul kecik je. kalo jenis biasa, mau dia meraung mintak tukar segera.

sampai je kat rumah, lepas salin pampers baru, terus sapu minyak angin. confirm dia akan sakit perut lagi cos yang tadi pun keluar sikit je kan. lepas tu, saya suap Arissa sikit ribena. btw, ribena tu, Danial punya. sekarang ni Danial dah jadi peminat ribena but still minum susu. sebelum ni pernah jugak try bagi Arissa minum ribena, dia xsuka masam agaknya. kali ni, paksa gak dia minum sebab saya percaya, benda masam bleh wat Arissa poo poo dengan lancar. and it works! xsampai 15 min, Arissa da poo poo! normal dan banyak sangat. hoyeh! jadi, berakhir la mimpi ngeri Arissa. hehe.

tadi godek godek babycenter, jumpa artikel pasal sembelit ni. mungkin bleh dijadikan panduan untuk anda semua. AMARAN jangan ikut cara saya. mana la tau, cara saya ni xsesuai dengan anak anda. ok happy weekend!




*****

sikit update pasal Wan. Alhamdulillah, Isnin lepas Wan dah ditukar ke wad biasa. dan dah bleh makan. gas plak dah tukar pakai yang biasa. semalam katanya, doc nak ajar Wan supaya xbergantung sangat dengan gas. xtau le camne kan. dengar suara Abah cerita, macam dah kurang banyak dah sakit Wan tu. takde tanda2 yang membimbangkan. confirm le Abah paling risau kan. dia dengan Paksu je yang dok KL. anak2 Wan yang lain semua dok kat Kedah, pape hal tekejut tergempar bleh balik on the spot. semoga Wan cepat sembuh. amin.

Friday, July 2, 2010

I NO CAN DO

cuci mata di hari Jumaat :D

siapakah gerangan en hensem ni



ok lagi satu






haa.. da puas cuci mata?


ops


kejap kejap


xabis lagi ni nak cerita


ok


tengok video ni plak






comel kan en astronot tu

*

*

*

*

*


ada lagi ni


tengok yang ni plak






apa pendapat u all?


*

*

*

*

*

ops sekejap

sebelum u all speku yang bukan-bukan

sila lihat ini




p/s: dah dah dah. p sambung wat keje balik.. hehe..

credit to: google n youtube

pd

balik dari Kedah hari tu, Mak mertua, adik2 ipar n anak2 buah ikut datang. konvoi 2 kereta. bertolak dari Kedah, petang Sabtu. sampai rumah ngam2 bola baru start. hehe. Bapak mertua ku xikut sebab nak kena attend kenduri kawan2 dia. maklum le cuti sekolah kan. 

btw, anak2 buah tu actually anak kakak Abang. 3 org semuanya Amir (10 thn), Atirah (8 thn) n  Aqil  (5 thn) Mama dgn Abah diorang keje, plus diorang dah biasa berenggang. sebut plak nak pergi rumah Arissa, huh awal2 kami sampai lagi, hari2 dok tanya kami nak balik KL bila. sebab diorang nak ikut. haha. selalu kalo kami balik Kedah pun, bila time nak balik KL, Aqil  mesti wat drama swasta, nak ikut kami balik KL.

program hari Ahad ialah picnic kat PD. bawak bekal kata picnic kan. bawak nasik dgn lauk pauk. semangat betul. lama dah xpicnic. ni pun 2nd time Arissa pergi pantai. 1st time dlu masa kat Langkawi, tapi xsempat mandi pun. so kali ni, haa, balas dendam.


Arissa dah geram tgk pelampung n bola


eeyah.. test angkat jap


bestnya.. Abah cepat laa


eh apsal bola xbleh masuk lubang ni pun


da siap tukar baju


apa la dia wat tu


sebelum masuk dalam air


seronok main air

Thursday, July 1, 2010

semoga cepat sembuh

SABTU, 26 JUN
WAN masuk hospital lagi Sabtu baru ni. kali ni kat ICU. pukul 4am tadi ambulance datang ambik Wan sebabnya Wan dah sesak nafas. dia sendiri cakap x'sempat' dah ni kalo nak pergi hospital naik kereta. Nazahiah (cousin) call ambulance. menurut Makcik-yang memang dok umah Wan, pagi tu keadaan sangat kelam kabut. dia hanya mampu menangis sebab panik plus sedih tengok Wan tercungap2 sesak nafas. dia sapu minyak panas kat dada Wan pun xberi kesan apa2.

dalam 10am, Abah call kami bagitau dia, Mak n adik2 dah sampai Kedah, Wan sakit teruk. Abah kata kalo ada apa2 perkembangan dia akan bagitau. dia macam berat hati nak suruh kami balik since kami baru je balik Kedah 2minggu lepas. tapi saya tau dalam hati dia, mesti nak kami sama2 ada di sisi Wan. saya cakap, "tak pe. kami ready je, pape hal call tau."

dalam pukul 4pm Abah call, cakap Wan dah stabil sikit sebab pakai gas. tapi xsedarkan diri lagi. dia kata xpayah balik pun takpe. tapi malam ni kat umah Wan nak buat baca Yassin. saya pulak yang xsedap hati. bagitau Abang. dia cakap, "xpe la kalo Ima nak balik, kita balik la. kemas la barang."

lepas Maghrib, 8.30pm kami dah siap2 nak bertolak balik Kedah. sempat singgah R&R Rawang untuk dinner. Arissa plak dok wat perangai xnak tido. selalunya kalo naik kereta dia baik je. tambah2 kalo gelap, lagi senang nak tido. kalo dok diam xpe gak, ni dok nak capai macam2. nak tekan radio la. nak pegi dok kat Abah la. haih. penat jugak le melayan.  dalam pukul 12am sampai dekat R&R Sg Perak. supper. lepas minum, terus bertolak. kali ni, baru Arissa nak tido. dalam pukul 3.15am kami sampai.


AHAD, 27 JUN
tengah hari, kami pergi lawat Wan. dia dah sedar. still pakai gas. tanya dia, kenal tak, dia senyum, dia kata kenal. kesian Wan. wayar berselirat sana sini. kiri kanan ada wayar. nampak dia xselesa pakai mask tu. sekejap2 dia betulkan, nak cabut. Wan mintak air, tapi xbleh minum lagi. makan pun xbleh.

wad ICU xbleh masuk ramai2. 2org sekali masuk. babies apatah lagi kan. so time nak masuk lawat Wan, Arissa dok kat Mama Danial (my sis). camtu gak bila my sis masuk, Danial stay with me. dia siap panggil Mama lagi. hehe

doctor kata, kalo Wan dah mampu bernafas tanpa gas, Wan bleh stay kat wad biasa. malam tu, dalam pukul 9pm, Abah call bagitau Wan dah pindah ke wad biasa. syukur Alhamdulillah




ISNIN, 28 JUN
4am, Abah call bagitau Wan kena masuk ICU balik sebab sesak nafas lagi. kami yang kat rumah ni hanya mampu berdoa semoga Wan xde pape yang serius. malam tu masing2 tido2 ayam je. alert je telinga ni kalo2 bunyi telefon. perasaan bercampur aduk. tapi gagahkan juga pejamkan mata.


9am, Mak kejutkan kami. bagitau Wan dah teruk sangat dah, lebih teruk dari semalam. semua siap2 pergi hospital. memang kelam kabut time ni. semua orang serius je. hospital pun terasa jauh. bila sampai, doc cakap Wan stabil tapi xbleh melawat. kena tunggu time melawat. kami xbalik rumah, barang2 Arissa pun dah bawak. stay je kat hospital.

1pm, waktu melawat. Wan sedar. kali ni doc bagi gas yang kuat sikit. pakai mask yang agak besar-xtau nama. Wan bleh minum air skit2. guna syringe. tu pun, nurse je yang bleh bagi. ada tube susu-dalam erti kata lain, Wan xbleh makan solid lagi.

7pm, tengok Wan lagi. dia mintak air. dahaga. mintak mask dicabut. dia xselesa. nurse xbagi. kalo cabut mask, Wan akan sesak nafas lagi. katanya paru2 Wan dah rosak.Wan pun xtido dari tadi, dia kata xngantuk. paling sedih, tengok Wan tahan sakit time nak wee wee. ada tiub dipasang. dia suruh nurse cabut, sakit katanya. nurse kata, perasaan Wan je tu. dia trauma sebab sebelum ni dok wad pun tube tu pun dipasang. sedih betul la.


SELASA, 29 JUN
6pm, keadaan Wan dah stabil balik. tapi still kena dok kat ICU, senang doc nak pantau if anything happen. masa kami masuk nak jumpa dia, dia baru je tido. tengok je la, xsampai hati nak kejut. kalo dia sedar, japgi time kami nak balik, dia mesti gave-us-that-look. semacam xbagi kami tinggalkan dia dalam wad sorang2. sedih je kalo tringat.

kami dah siap2 nak balik KL. Tok macam xnak bagi balik. tapi Abang dah 2 hari MC. saya sempat bisik kat Tok, "insyaAllah Wan xde pape. nanti kami balik lagi". berbelah bahagi hati ni. nak stay sana, kesian plak Abang nak balik KL sorang2. lepas Maghrib, kami bertolak balik sini. sampai dalam pukul 1.30am. 



***
tadi call Mak. Mak cakap, Mak n semua pakcik2 bertolak balik rumah masing2 semalam. Wan nampak ok sikit. Mak kata Abah akan balik Kedah lagi weekend ni if Wan xkeluar ICU lagi. semoga Wan cepat sembuh dan xbergantung dgn gas dah. kami nak tengok Wan sihat dan bleh balik rumah. amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails