Wednesday, August 1, 2012

Faiq yang handsome

>sebelum


Hehe jangan ada yang muntah tau. Ni gara-gara Faiq potong rambut la(mama n abah la yang nekad bawak potong). Orang asyik ingat gegirl je. Padahal sah-sah pakai baju boy. hehe. Potong Ahad baru ni kat kedai mamak kat Kota Damansara.

Bagus la mamak tu potong. Cepat dan kemas sesuai la dengan kanak-kanak ribena yang dok tak diam macam Faiq ni. Faiq tak nangis pun, tapi punya la kepala dok pusing kiri kanan. Hehe


semasa

Btw, ni first time potong kat kedai mamak. Sebelum ni saya pernah trim rambut depan n wan Ramli pernah trim yang curly-curly kat belakang tu.

Harap-harap raya nanti dah panjang balik la. Bila potong rambut, muka pun nampak lain, hehe tak de muka manja baby dah. Jadi handsome bak kata Arissa. Dia pun ciwi tengok adik dia rmbut baru. :D

selepas

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 2012

Sedar tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.

Sepanjang hampir 5 tahun bergelar isteri dan mama, pelbagai kisah pahit manis masam masin (ok dah over la tu) dialami sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

Tahun 2008:
baru few months pregnantkan Arissa. Alhamdulillah saya tak mabuk teruk. Tapi diuji dengan spotting/bleeding sbelum bulan puasa. Dan doc nasihat supaya saya puasa selang sehari disamping makan ubat kuatkan rahim. Sedih tau sebab tinggal puasa. Tapi mengenangkan saya pernah keguguran 2 bulan sebelum tu, saya turutkan nasihat doc.

Tahun 2009:
Puasa bertiga. Masa ni Arissa baru 4bulan dan masih BF. Asalkan petang je dah pancit. Huhu dugaan betul.

Tahun 2010:
tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa penuh. Time ni tak bajet pun dah ada baby dalam perut sebab 2 3 bulan period tak pernah betul. Tapi bagus juga tak tau preggy sebab masa tu still BF Arissa. Kalau tau, mesti rasa takut/bersalah je kan.

Tahun 2011:
Puasa berempat. Faiq masa ni baru umur 3bulan. Dengan pengalaman yang ada, alhamdulillah bleh bertahan sampai petang. Tak de lembik sangat. Arissa pun beri kerjasama tak buli mama dia. Hehe

Tahun 2012:
Masih berempat. Hehe. Masih BF kan Faiq. belum ada tanda-tanda nak tambah ahli keluarga. Hehe. Menjelang petang je, mama dah pancit. Faiq plak dah dapat kaki last month, so seronok la dok mengekor kakak dia. tapi bila mama pergi dapur je dia meraung. Xbagi mama masak/basuh pinggan. Nak tak nak, kena tunggu abah dia sampai rumah baru bleh bersilat kat dapur.

Kami selalu sahur pukul 5 lebih. Lepas tu boleh jemaah subuh sama-sama. Indah je sebab anak-anak tidur tebongkang tak sedardiri. Hehe. Dan saya plak, selagi tak azan, selagi tu dok minum air masak sampai kembung. Demi anak le katakan. Panjang plak cerita kali ni. Selamat bersahur ye. Bye.

Friday, July 6, 2012

senyum sampai telinga


Credit to my dear friend, Ainaa yang tag kat my FB.

Wednesday, July 4, 2012

Thursday, June 28, 2012

salah ke saya jadi surirumah?

.
Agak sentap bila orang asyik tanya pasal kerjaya. Eh, surirumah tu kerjaya jugak kan. Cuma takde slip gaji je. Hehe. Paling menyampah bila ada orang yang tak boleh terima kenyataan bila kita cakap kita tak nak kerja. Haih siap buat muka pelik tak puas hati.


Dia: Awak perasan tak schoolmate kita semua kerja kan. Hebat-hebat pulak tu.
Saya: Ak ah perasan gak.
Dia: Saya rasa awak sorang je yang tak kerja. Awak memang tak nak kerja ke?
Saya: Ak ah. Nape?
Dia: Rugi tau belajar sampai U tapi tak kerja.
Saya: Saya rasa kawan-kawan U saya ramai je yang tak kerja.
Dia: ... (terdiam terus)


Agak rimas kan bila orang terlebih concern ni. Tu belum jumpa lagi orang yang nampak kita je tanya pasal kerja. Erk, pengsan!

Dia: Imah tak mau keja ka? Tak pernah cari kerja ka?
Saya: Dulu ada gak fikir nak kerja. Ni anak dah dua, malas la kot. Seronok jaga anak, tak susah hati sangat.
Dia: Hmm betoi gak no. La ni takut la dengaq macam-macam kes. Orang mengasuh bukan bleh percaya sangat.
(dalam hati baru nak lega sikit)
Dia: Tak pa la. Esok-esok anak dah besar, Imah cari la kerja.
(aduyai, tak faham jugak rupanya)


Dah dua kali tau 'dia' serang hendap saya macam tu. Nampaknya Raya Puasa nanti kena la mengelak dari berborak lama-lama dengan dia. Huh bunyi macam jahat kan. Tapi itu la cara (agaknya) nak elak dari diri sendiri sakit hati.



##Jauh di sudut hati, memang la rasa nak kerja. Tapi sekarang bukan masa yang sesuai. InsyaAllah suatu hari nanti ada peluang, saya pasti kerja.

Wednesday, May 23, 2012

WW: my hp screen saver

Friday, March 2, 2012

Phonics song with Arissa

salah satu cara seronok untuk Arissa belajar A-B-C adalah tengok video 'Phonics Song'. start dari umur setahun dia secara tak sengaja terclick video tu kat Youtube. then terus sangkut sampai sekarang. antara video favouritenya ialah yang ni...




dan yang ini...


sekarang ni bila dah umur nak dekat 3 tahun. Arissa dah pandai create her own version. sorry no video ;( tapi saya akan tulis apa yang dia sebut. kadang-kadang bertukar ikut mood dia. but most of the time dia selesa sebut nama binatang ;D

A - apple
B - bird / ball
C - cat
D - dog / duck
E - elephant
F - fish
G - giraffe
H - hat
I - ice cream
J - jam
K - kangaroo
L - lion / lamp
M - monkey
N - nose
O - orange / octopus
P - penguin / pig  #siap buat bunyi oink oink. tak bleh blah betul haha
Q - queen
R - rabbit / rainbow
S - sun / squirrel
T - tiger
U - umbrella
V - violin
W - watch
X - fox / xylaphone
Y - yoyo
Z - zebra  # Arissa sebut zibuda


actually ni dah jadi sebahagian aktiviti bila berada atas kereta. nak bagi dia ralit sikit. kalau tak asyik nak ke depan belakang, tak pun kacau Abah dia drive. tak boleh duduk diam. hmm banyak lagi ni nak update pasal Arissa n Faiq. go Mama go! hehe

Thursday, March 1, 2012

Sharing is Caring

sekadar nak berkongsi di hari Khamis di bulan baru ni. ada beberapa group di FB yang saya rasakan mungkin berguna untuk mommies sekalian.

# untuk yang mempunyai persoalan atau pun ingin berkongsi tentang makanan pertama bayi, boleh join group solid for baby.

# kalau anda mempunyai persoalan mengenai penyusuan bayi, boleh la join group yang support breastfeeding.

# kalau anda/anak-anak anda ada masalah asma, allergic and eczema boleh la join group ekzema.

saya selalu jadi silent reader je. sebabnya ahlinya ramai and mostly ada yang bertanya tentang masalah yang sama. dan yang paling penting boleh tambah ilmu baru. rupanya lagi kita banyak baca, lagi banyak kita tak tahu. 

so  what's your favourite groups? let's share ;D

Tuesday, February 28, 2012

charger-less

setelah hampir 10 hari laptop ni chargerless, akhirnya semalam beli juga yang baru. alkisahnya, suamiku TERtinggal charger laptop kat INTAN. aduainyee.. dalam 6minggu kursus kat sana hari terakhir jugak la yang nak tinggal charger tu kan. nak pergi ambil balik confirm dah takde dah, tambah pulak kat sana hari-hari ada saja orang berkursus. dah nasib badan. beli baru la jawabnya.
dear Abang (if u are reading this) haha tanda-tanda awal Abang dah makin tua kot kan ;D

another thing, this month juga saya dah bertambah umur ke 28 tahun. happy birthday to me! saya dah tua, anak pun dah dua, gigi je belum tinggal dua haha. oh, tapi gigi saya dah kurang satu, last Dec cabut gigi geraham tu. penangan mengandung dua kali :(

itu sahaja untuk kali ni. selamat malam ;)

Saturday, February 11, 2012

5 bulan tempoh percubaan

hari ke-6 stop NORIDAY, setelah lima bulan memakannya.
pendapat peribadi, ok je, tak de sakit kepala or naik jerawat since pil ni just ada 1 hormon sahaja dan sesiapa nak consume ubat ni kena la breastfeed. kalau tak BF, alamatnya selamat jalan la hehe.
sepanjang 5 bulan tu, cik P terus stop tak datang-datang. mula-mula memang cuak. tapi saya tetap continue sebab menurut some of my friend memang tak period bila makan pil ni.

selera makan, hmm sebab saya ni memang kuat makan pun, so, tak rasa la perbezaannya. berat badan naik sikit sebab kuat makan dan malas exercise hehe.
so far tak pernah lagi la lupa makan, alhamdulillah. cuma lewat 2 3 jam dari time sepatutnya makan. oh, btw ni pun salah satu sebab juga period jadi tak betul. 
harga sepapan dalam rm11-16 ikut farmasi. tak semua farmasi harga sama. cuma yang fisrt tu je F.R.E.E sebab ambil kat KK. tapi leceh la nak kena maintain check up tiap-tiap bulan, sebab tu la beli kat farmasi sendiri je -.-"
lepas ni tak tahu lagi nak ambil pil apa hehe. tunggu je la until my next review ;D


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails