Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 2012

Sedar tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah kita masih berkesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.

Sepanjang hampir 5 tahun bergelar isteri dan mama, pelbagai kisah pahit manis masam masin (ok dah over la tu) dialami sepanjang bulan Ramadhan. Antaranya:

Tahun 2008:
baru few months pregnantkan Arissa. Alhamdulillah saya tak mabuk teruk. Tapi diuji dengan spotting/bleeding sbelum bulan puasa. Dan doc nasihat supaya saya puasa selang sehari disamping makan ubat kuatkan rahim. Sedih tau sebab tinggal puasa. Tapi mengenangkan saya pernah keguguran 2 bulan sebelum tu, saya turutkan nasihat doc.

Tahun 2009:
Puasa bertiga. Masa ni Arissa baru 4bulan dan masih BF. Asalkan petang je dah pancit. Huhu dugaan betul.

Tahun 2010:
tahun ni seronok sangat sebab dapat berpuasa penuh. Time ni tak bajet pun dah ada baby dalam perut sebab 2 3 bulan period tak pernah betul. Tapi bagus juga tak tau preggy sebab masa tu still BF Arissa. Kalau tau, mesti rasa takut/bersalah je kan.

Tahun 2011:
Puasa berempat. Faiq masa ni baru umur 3bulan. Dengan pengalaman yang ada, alhamdulillah bleh bertahan sampai petang. Tak de lembik sangat. Arissa pun beri kerjasama tak buli mama dia. Hehe

Tahun 2012:
Masih berempat. Hehe. Masih BF kan Faiq. belum ada tanda-tanda nak tambah ahli keluarga. Hehe. Menjelang petang je, mama dah pancit. Faiq plak dah dapat kaki last month, so seronok la dok mengekor kakak dia. tapi bila mama pergi dapur je dia meraung. Xbagi mama masak/basuh pinggan. Nak tak nak, kena tunggu abah dia sampai rumah baru bleh bersilat kat dapur.

Kami selalu sahur pukul 5 lebih. Lepas tu boleh jemaah subuh sama-sama. Indah je sebab anak-anak tidur tebongkang tak sedardiri. Hehe. Dan saya plak, selagi tak azan, selagi tu dok minum air masak sampai kembung. Demi anak le katakan. Panjang plak cerita kali ni. Selamat bersahur ye. Bye.

Friday, July 6, 2012

senyum sampai telinga


Credit to my dear friend, Ainaa yang tag kat my FB.

Wednesday, July 4, 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails