Friday, October 15, 2010

BUKU MERAH... done!

salam semua... sorry sebab lama menyepi.

saya tahu, ramai yang dok ternanti2 entry macam ni kan? hehe. alhamdulillah, berkat doa kalian semua, saya telah 'berjaya' join KELAB IBU MENGANDUNG. dan sekarang ni, baby dah berusia 10w 5d.

saya wat pregnancy test lepas balik cuti raya. sorry sebab xannounce awal2. sebabnya, beberapa hari lepas tahu +ve, ada sikit spotting-but-not-constant. risau juga takut kecewa. lepas pergi klinik dan doc scan, alhamdulillah nampak heartbeat. suprisingly, baby dah 8weeks dah masa tu. spotting tu maybe sebab baby nak adjust tempat baru dia. and doc pesan if bleeding continously and perut cramp, kena cepat2 pergi hospital. 

balik rumah je, terus wat kira2 n cek balik kalendar. haha. macam tak percaya je baby dah 8weeks. oh rupanya sebelum puasa lagi dah 'tersangkut'. tapi disebabkan saya ni jenis yang xde morning sickness, so xdapat detect la diri tu dah berisi. bila dah tau pregnant ni, haa time tu mula la nak pening2, tekak loya memanjang. so far xde la lagi muntah teruk2, muntah biasa2 je tu pun sebab bersin time perut kosong. serius, tak tipu, kelakar ok muntah sebab bersin. petang2 je mula pening kepala. kalo berdiri lama2 badan tiba2 berpeluh sampai basah baju, kepala mula berpusing2. duduk diam melepet depan tv xpe plak. haha. 

makanan so far xde lagi la xbleh makan. cuma kalo tersalah makan tekak cepat loya. yang paling tak bleh blah, cepat rasa lapar. kalo lunch nasi pukul 1pm, pukul 3pm dah lapar balik. malam sebelum tidur wajib supper. kalo tak, mesti tengah2 malam terjaga sebab lapar. brapa kali dah terjaga pukul 3am kejut Abang ajak turun bawah nak makan. hehe. last2, bancuh air bawak roti makan dalam bilik. kesian gak esok mamat tu nak keje.

hari Rabu, pergi klinik wat buku merah. procedure xbanyak beza dengan yang lama. surat nikah wajib ada untuk registeration. saya cakap la, "anak no 2 dah ni nak guna jugak ke?". misi tu kata" senang untuk kami  trace no pendaftaran." nasib le ada surat nikah dalam kereta. kalo tak bawak, bleh je regist, cuma pasni kena bawak le diorang nak masukkan dalam rekod. oh lagi satu, lepas ni, tiap kali pergi klinik, darah 2.5ml akan di'sedekah'kan kat diorang. not more 'tet' kat hujung jari. huwaa

buku merah ke-2


ni la gambar scan baby. haha. sebenarnya kat skrin keluarla gambar baby. bila print, doc just print tulisan2 ni je. kedekut betul. so nak gambar baby, kena la g klinik swasta. EDD insyaAllah May 8, 2011. kalo terbersalin awal, bleh la dia join bitrh month Abah n Kakak Arissa dia. hehe.

 gambar scan camni je
ok. sampai sini dulu untuk hari ni. doakan saya n baby sihat sentiasa n no more bleeding/spotting. :D

12 comments:

ummiyana said...

wahwahwah emah dah nak join geng yana..hehehe CONGRATSSSS!!!=)

Makbed said...

haaaaaaaaaaaaa.... dah kate dah! hahahahahah

Nadiya said...

Waaaahh~~~congrats! welcome to the club..walaupon ko for the 2nd time dah. hehe.

Aku pon cam ko. Before tau takdek plak nak loya2 muntah2 pening2. dah tau baru nak loya2 dsbgnya.

Baby ko awal 2 minggu jek dari aku..hehe

Aku doakan ko dan baby sihat sentiasa...take care!

azimah fauzy said...

Yana,
tenkiu.. hehe.. tu ah.. mmg teringin nak tmbh sorg lagi. xsangka lekat tahun ni.. dan la Imah ligan haha

azimah fauzy said...

k.Liza,
haa mulut k.Liza le ni masin sangat. haha. fuhh fuhh amik kat k.Liza sama

azimah fauzy said...

Nadiya,
thanks.. 2nd time pun rs cam 1st time jugak. hehe.

eh baby aku awal sket ek. mcm janji plak due bln sama. :D tah nanti tetiba due sama2. tambah plak kau nanti confirm active je gerak/jalan banyak. sure 'laluan' terbuka awal. hehe

Mrs. Ishamizu said...

Tahniaahh...;););)

Welcome to the pregnancy club, again..hihi..hmm akk rse masa nk wat buku merah ank kedua pon dia mtk gak sijil nikah, tp yg ketiga haritu tade plak mtk..hehehe..

Tk care dear!!

p.s bley plak tjaga tgh2 mlm sbb lapar yeak! hihi akk klu dh tdo tu pass out trus..;p

azimah fauzy said...

tq k.Izu.. oh sama ek sana mintak gak. no 3 nnti kalo klinik sini nak sijil nikah memang la.. hehe..

eh, sy ni kalo mengandung malam xbleh tido sangat. asyik nak terkencing je. sementara nak pejam mata mau 5x buang air. bila dh terjaga tu siap la.. confirm lapar punye. haha

headbart said...

hee... aku abis pantang, ko pun bersalin. :D
Kita mesti nak anak-anak sebaya jugak kannnn.... :D

azimah fauzy said...

Hana:
haha.. aku bajet tahun depan start ngandung.. rezeki awal plak..

btw, ramai tau baby lahir tahun dpn.. rsnya lepas ko bersalin, Ainaa sambung. lepas tu aku then Nadiya plak. hehe.. meriah betul

sharni said...

tahniah azimah...welcome to the club!

btw, dun worry ttg bleeding as long as no fresh blood & sakit perut>my gyne ckp...saya pun pernah bleeding>brown spotting during my pregnancy smpai bulan ke-5 especially bile time stress...risau sangat...saya ambil duphaston(ubat kuat rahim) br ok.

azimah fauzy said...

tq sharni.. tu la, takut gak kalo continous keluar darah. part makan ubat yg lemah tu. hehe. lama plak tu. btw, your baby dah lahir ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails