Friday, July 15, 2011

batu meriyan

saya mula mengurut hari ke 6. sebelum mengurut saya bagitau tukang urut saya, Cik Edah yang sejak bersalin, saya mengalami kesukaran untuk bangun. rasa sakit tiap kali nak bangun dari duduk dan kena ampu perut untuk berdiri. rasanya seolah-olah perut nak jatuh. ish bila dah berdiri, ok pulak, tak de rasa sakit. Cik Edah kata tu disebabkan batu meriyan saya rendah dan terkeluar dari kedudukan asalnya. 

katanya, antara penyebabnya ialah  lepas bersalin tak baring betul-betul dan duduk dalam tempoh lama. memang saya akui, few hours lepas bersalin, saya tak boleh tidur. sebab konon-konon nak BF Faiq. nak stimulate supaya susu keluar awal. bila kat rumah pun, usually memang akan BF sambil duduk. faham-faham je la baby boy memang akan BF lama. 

lepas urut satu badan, last sekali, baru la Cik Edah akan 'kacau' batu meriyan tu, tolak dia untuk naik tempat asal. huh seriously sakit tau. alhamdulillah, lepas urut hari ketiga baru rasa selesa. kalau tak, memang sakit je tiap kali nak berdiri. Cik Edah kata, batu meriyan saya bentuk lonjong, tu yang agak susah nak masuk bila urut hari pertama. 

boleh aje nak paksa masuk, tapi dia pula takut saya demam gara-gara 'urutan ganas' dia tu. hehe saya ni antara nak percaya dengan tidak. benda tak nampak kan. agak-agak kalau doctor scan, diaorang nampak apa ek? hanya tukang urut je yang tahu kan hehe. sekurang-kurangnya, sampai sekarang dah tak rasa sakit macam tu.

lepas ni memang kena beringat la, jangan duduk lama-lama lepas bersalin. banyakkan baring dengan kedudukan kepala tinggi dari badan untuk elak angin naik ke kepala. serik rasanya sebab memang sakit sangat. satu lagi bila duduk atas katil, kaki jangan biar tergantung, biar cecah lantai. kalau tidak nanti luka bentan. haa siapa kata berpantang ni senang. banyak benda nak kena jaga tau. tambah-tambah kalau tinggal dengan orang tua. hehe. ada je benda kena tegur. nak langgar pantang senang je. sakit tanggung sendiri<---- ayat fofular Mak saya.

4 comments:

NoEn said...

batu meriyan tu peranakan kita ke?
aku dulu penah sakit giler mcm nk beranak.mlm2 panggil bidan dtg umah..lepas dia tungku baru aku leh tdo.masa tu minggu pertama lps bersalin tp dh lupa hr kebrp.bidan ckp peranakan aku bengkak. pdhl hr ke2 aku dh start urut tp bukn dgn bidan ni.bidan yg satu lg tu dh tua, agaknya dia xlarat kot nk urut betul2..aku rsa aku sakit tu pun sbb byk duduk..yelah pump susu lg, paksa alya DF lg..nipple sebelah kiri aku inverted, so nk paksa dia menyusu sebelah kiri ni punya la susah..tp sakit tu sgt sakitkn??huhu..xleh nk igt la

ishamizu said...

Fuh, takutnya dgn m.Imah..hihihi..tp bgs utk kebaikan kita jg kan..nti dia jg yg ssh..:D

festime akk dgr batu meriyan taw..hmm maksud dia 'peranakan/rahim' ke? nenek akk kata 'peranakan jatuh' klu gtu..klu bley tgk kn bgs..hihi

azimah fauzy said...

Nurin:
haa, bila ko sebut peranakan, aku pun pk benda tu gak.. tapi mmemang sakit sangat. tapi sebab boleh berdiri lagi. tu yang aku tahan jugak 3 4 ari sementara tkg urut nak datang. agaknya, betul la ko cakap bidan tua tu xlarat 'angkat'. aku masa tu pun tahan nafas je. senak wei time dia tolak tu. lepas dia tolak tu, baru bleh benafas ;D

azimah fauzy said...

k.Izu:
hehe.. mak saya time anak no 2 ni, dia dah macam malas nak layan. saya ni banyak sangat cakap/tanya hehe. tu yang dia cakap camtu. dulu anak 1st dia dah pesan banyak dah. tapi biasa la kita pun dah banyak lupa, kannye branak tiap2 tahun2 kan ;D

saya pun rasa peranakan tau. tah la. istilah tkg urut ni kan lain2. tukang urut sy ari tu asal taiping, tu yang dia cakap tu, mak saya pun iakan je, sbb istilah tu dia biasa dengar. maybe org selatan guna 'peranakan' le kan. hehe. mmg best la kalau ada servis urut sekali dgn scan, baru la kita tau dia urut apa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails