Saturday, May 29, 2010

cuti yang panjang

ops. amaran. ni cerita lama. aka cerita minggu lepas. kalau tak nak baca pun tak pe. saya tak kecil hati ;D

seperti yang u all semua tau, 2minggu lepas, saya dengan Arissa kena pos balik SB. hari Sabtu petang kami dah gerak ke sana sebab Abang akan bertolak Ahad pagi. sampai je kat SB, adik bongsu, Naim, buka pintu. bila masuk dalam rumah, kami terkejut tengok Abah macam robot. err meaning dia tak boleh nak toleh kepala tengok kami. dia kena pusing dengan badan dia sekali. dari jauh, nampak dah bawah leher Abah dah membengkak, macam beguk (ada setengah orang panggil bengkak cantik kan?). 

rupanya da seminggu dah bengkak tu dan seminggu jugak Abah MC. mula2 kecil je, masuk hari ke 5 dah makin besar. Abah kata dia dah pergi klinik biasa, doktor check, maybe beguk, then doktor bagi ubat kecut n antibiotic. Abah ada juga jumpa ustaz untuk berubat cara kampung - guna nila, tapi sampai seminggu bengkak xsurut jugak. Abah kata dia ada pergi Pusrawi KD, tapi diorang tolak, cakap xcukup alat nak scan/xde pakar. nak tak nak Abah pergi HSB. macam biasa la, kalo pegi hospital biasa, mula2 tu check general je kan. then confirm kena datang lagi sekali sebab doktor pakar xselalu ada n kena buat appointment. 

kesian tau. Abah xbleh makan makanan keras, just bubur je, Mak masak macam bubur Arissa, cuma tambah garam. Mak kata makan pun xlalu sangat, minum Milo je. sebab tu nampak Abah seroh (badan susut). cakap pun suara perlahan je. gelak apatah lagi kan. confirm la tak bleh. malam2, Abah tak bleh tido. Mak kata Abah asyik dok mengerang je sebab kulit menegang. sakittt. rasa geram jugak tau sebenarnya sebab Mak tak call bagitau yang Abah sakit. adik2 pun diam je. tapi tu la, maybe diorang taknak kami laki bini risau. tapi, hmm kebetulan kan kami nak stay kat sana. kalo tak memang tak tau. 2 3 hari sebelum tu ada jugak kol Mak bagitau nak stay sana, Mak xcerita pape pun. hmm.. hep. mana bleh marah Mak. tah Mak lagi risau kan. cuma dia tak nak tunjuk je. 

appoinment dengan doc pakar sepatutnya hari Rabu. tapi Abah dah xtahan sangat dah. pagi Isnin terus je pergi hospital dengan Firdaus (adik 2nd last). tapi Firdaus cakap memang sebelum tu doc dah pesan, kalo sakit jangan tunggu sampai tarikh appoinment. Mak tak pergi pun, sebab ingat check biasa je. dalam pukul 3pm Firdaus balik rumah. sorang dia je. rupanya Abah dah kena tahan. pagi tadi doc dah buat full check up termasuk dengan MRI skali. rupanya yang bengkak tu ada nanah. bukan beguk. n kena operate! masa dengar tu masing2 telan air liur jugak la. hmm xsangka kena operate. rupanya, benda tu lebih kepada bisul, tapi xde mata. doc takut bisul tu pecah dalam mulut sebab kulit dalam mulut lagi nipis dari kulit luar.

petang Selasa Abah dah selamat menjalani operation. doc kata nanah tu banyak sangat. lebih kurang 1/2 beg isi darah (1/2 pine kot kan?). Mak kata lepas operate Abah makan banyak gila. cover balik kot yang selama ni xmakan n setelah semalaman berpuasa. hehe. dipendekkan cerita, Abah dok hospital selama seminggu, sebab  gula dalam darah still tinggi plus doc senang nak pantau luka operate. oh lupa nak cakap, leher Abah kena 'toreh' lebih kurang 2inch n doc tak jahit pun. ye, TAK JAHIT. just sumbat + tampal dengan kapas je sebab senang nak pantau if nanah ada lagi. tiap2 hari kena cuci luka tu. Firdaus berani tengok time misi cuci luka. dia kata luka tu macam mulut-dok-bercakap. dok ternganga2 tiap kali Abah bergerak. eee ngeri betul. saya? oh kasi seribu pun belum tentu lagi nak tengok tau. takut dok terbayang2 je nanti. tak pe lah. serahkan pada pakar je. hehe.

Abah keluar hospital petang Selasa. xsabar2 nak keluar dah sampaikan barang2 dia, semua dia dah pack siap2. jemu dia kata. tambah plak wad tu macam2 sakit ada. even Abah layak dok bilik 1st class, dia xmau. dia kata mesti boring kalo dok sorang2, nampak dinding je. baik dia dok 2nd class katil 4 orang. at least bleh jugak sembang dengan orang katil sebelah. tapi kan, Abah kata dok wad memang menginsafkan. dia tengok orang lain sakit macam2 siap kena pakai gas la, cucuk sana sini. sakit plak kronik belaka. Abah just operate biasa je yang mana kurang sakit dari diorang tu, tapi still sakit juga sebab kena operate :D

kami balik rumah sendiri hari Sabtu. semalam pun call Mak, cakap Abah pergi hospital cuci lagi. oh setiap 2-3 hari sekali kena pergi hospital untuk cuci. kat rumah pun, Mak tukarkan kapas tutup luka sebab kadang2 basah terkena peluh. n luka pun da semakin mengecil. rasanya doc xjahit dah kot. biar dia baik sendiri je. n Abah cuti lagi. dia kata sejarah oo sepanjang keje xpernah lagi la dia 'ponteng' keje sebulan. hehe. tu la Abah saya. penuh dengan gelak ketawa. suka buat lawak. masa kat hospital pun, time kawan2 dia datang ziarah. dia dok bercerita + gelak kuat. hmm xpasti dia nak sorokkan kesakitan ke or memang dia dah betul2 sihat. hehe. 

banyak lagi nak cerita ni. tapi mata dah ngantuk ni. T.B.C. nite!





2 comments:

Mrs. Ishamizu said...

Siannya ayah Imah..tu la bapa ni klu sakit mmg seboleh2 tk kasi mak bgtau ank..tk muh derg risau kn. abah akk pn camtu jgk..bler kol dgr sore lain mcm je, tny sakit ke..tk nk ngaku jgk tu..huhu..

Hrp ayah imah cpt sembuh..sian mak Imah jge..tk pe la..smg mak Imah mdpt ganjaran pahala dpd Allah mjaga ayah Imah ngan sbr..:)

P.S lme btul Imah cuti..k.izu dh rindu nk baca celoteh2 Imah tau..nk kol, tkt ganggu plak.:P

azimah said...

tq k.Izu. moga2 nanah tu 'pergi' terus la kan. xde hinggap balik dah.

semalam pegi SB tengok Abah. oh dia dah jalan2 pegi Giant. haha. means da sihat le tu kan. luka pun dah makin mengecil.

hehe. time husband OS le kite nak bercuti. hehe. tambah plak brodband xde, tu yang me'lama'kan cuti. hehe.

k.Izu rindu saya ke? *blushing* hehe. xpe, kol je. kalo xbz mesti sy agkat punya la. kalo sms pun, insyaAllah sy balas. cepat dgn lambat je la kan. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails