Wednesday, June 2, 2010

cuti yang panjang - dugaan lain

oh. Arissa da tido ni. so kena la taip cepat2 kan. hehe. kali ni nak cerita pasal Wan (atuk) saya. u all sedia maklum kan Abah saya masuk hospital sebab kena operate hari Selasa hari tu. petang tu jugak, Wan, Tok, Pak Njang n Pak Tam dari Kedah sebab nak tengok Abah.

operation berlangsung selama 45min je. tahu tak, sepanjang minggu tu, 'orang kuat' keluarga xde, adik lelaki saya yang 1st, Azizi sebab dia pun OS ke Pahang. n Abang pun ada kat NS. so Firdaus le yang ke hulu ke hilir jadi 'orang kuat'. nasib baik dia tengah cuti revision week. Azizi n Abang ada cakap nak balik. tapi Mak kata xpe la. xserius sangat pun. HP memang sentiasa di sisi la kan nak update pasal Abah. oh btw, saya dan Arissa hanya mendoakan dari rumah je. HSB xbenarkan kanak2 below 12 yo masuk melawat pesakit. maybe sebab H1N1 masih aktif lagi kan. kalo nak melawat juga, kena berganti2 la jaga dia. 

ok. berbalik cerita pasal Wan. diorang sampai dari Kedah waktu Maghrib dah. so xsempat le nak tengok Abah. Wan pun sebenarnya xberapa nak sihat sangat. dia sendiri pun baru 2 minggu keluar hospital, penat (semput). tapi mengenangkan anak lelaki sulung dia nak kena operate, dia gagahkan diri juga ke mari. 

esoknya, dalam pukul 7pm lepas habis waktu melawat,diorang nak bergegas balik Kedah balik. sebabnya pakcik2 saya tu cuti xlama. tapi dalam pukul 10pm dapat call dari Pak Tam mengatakan Wan saya dimasukkan ke hospital Tapah sebab penat dia datang menyerang. nak dijadikan cerita, dia terlupa bawak ubat semput dia tu. maknanya, dia da skip makan ubat. plus, maybe sejuk aircond kereta lagi, tu yang bertambah teruk. setelah sapu minyak angin pun xjalan jugak, akhirnya Pakcik2 terus bawak ke hospital.  

kami yang kat rumah ni memang terkejut beruk lagi la kan. panik pun ada jugak. camne nak buat ni. Abah sakit kat hospital. Wan plak sakit dekat hospital Tapah. kebetulan Paksu, adik lelaki Abah yang bongsu duduk kat Bukit Beruntung pun call tanya nak pergi tengok Wan ke tak. saya pun call Pak Tam nak confirm balik keadaan Wan. Wan da stabil sikit setelah dapat gas. katanya waktu tu, doc tengah xray dada Wan. last2 Paksu call balik cakap, dia pergi dulu tengok Wan camne. kalo pape hal serius, baru kami ke sana. lagi pun BB dengan Tapah dah xjauh. thank you sebab tolong wat keputusan tu. serius memang xbleh fikir dah masa tu. berbelah bahagi tau. memang le keadaan Abah xserius sangat. tapi full result xtahu lagi kan. macam2 bleh jadi dalam satu malam tu.

katanya, 3 lagi adik lelaki Abah (Pak Ndak, Pak Teh n Pak Lang) datang dari Kedah. menurut Paksu, semua 6 anak2 lelaki Wan ada kat sana kecuali Abah. hehe. nak wat macam mana kan. btw, malam tu, kami xbagitau Abah pun Wan sakit. sebab xnak dia risau plak. dalam pukul 2.30am, semuanya sepakat bawak balik Wan naik ambulance ke AS. sebabnya, Wan memang bergantung dengan gas tu. kalau diikutkan, doc suggest nak transfer Wan ke Hospital Ipoh. tapi memandangkan, Tok takut apa2 yang buruk terjadi, susah plak sanak saudara nak datang melawat kan. thats why, decide guna khidmat ambulance tu sampai ke hospital AS.

alhamdulillah. Wan pun keluar hospital last week jugak. Mak n Pak mertua ku baru pergi melawat dia. katanya Wan nampak lemah je. sebab kena kurung le tu. hehe. Insya Allah, minggu ni kami nak balik kampung tengok Wan. sebenarnya, Wan ni bleh tahan jugak degilnya. katanya yang hari mula2 dia kena masuk hospital tu, sebab dia terlampau rajin nak mesin rumput kat sekeliling rumah dia. last2, tersandar je, kepenatan yang amat sangat. then terus sakit dada la, macam2 penyakit datang. pakcik2 semua xlarat nak marah dia dah. dia kata, "aku lagi sakit sebab xwat kerja." huhu. ye la, selama 60 tahun dia hidup asyik wat kerja sawah je kan. memang le xbiasa kalo orang suruh dia dok diam.

 Wan (baju purple) di umur 70 tahun

nampak uzur kan? tapi, jangan tak tau, kalo dapat makan gulai Mak aka menantu sulung dia tu, bleh tambah nasi berpinggan2. hehe.





2 comments:

Mrs. Ishamizu said...

comelnya Wan Imah..mujurlah tade pape kn..sbb ayah Imah pn kt spital. tingat kt arwah atuk akk belah abah..sedih arwah atuk meninggal masa akk kt uk so lme xjmp..adalah 6bln kot pas akk ke uk.

tp samala atuk kte, atuk akk dh 80thn masa tu tp ttp degil nk bbasikal ke kedai kopi..cian dia kene langgar ngan chinese naik van, patu apalagi, pendarahan kt kpl..msk icu sbb ad darah beku..mmg peluang 50-50 so hr keempat/lima kt icu arwah meninngal tp smpt la ank2/cucu2 mhadap dia..masa nazak tu doc pgil sume ank2..gilir tgk dia.icu pn nk msk pn kene sekali 2-2 org je..tk leh skli masuk rmi2..akk kt uk nangis mcm apa, bengkak2 mata..

azimah said...

hehe.. tapi kami ni xdapat gene Wan. kalo x, mesti muka cam hindustan dah kami ni. hehe. ni la satu2nya Wan yang sy ada. belah Mak saya, dua2 dah takde-xsempat kenal pun. belah a.Pojie pun xde lama dah. xdapat sy bayangkan kalo pape yg buruk jd kat dia. ni pun, baru last year operate mata. baru nampak sket.

sedeynye Atuk k.Izu meninggal masa kat UK. oh kena langgar ke. marahnye kat cina tu. dah le akak baru pergi sana kan, mesti xkeruan dibuatnya. jgn sedey2 ye, insyaAllah, doa k.Izu sentiasa sampai kat arwah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails