Saturday, May 29, 2010

cuti yang panjang

ops. amaran. ni cerita lama. aka cerita minggu lepas. kalau tak nak baca pun tak pe. saya tak kecil hati ;D

seperti yang u all semua tau, 2minggu lepas, saya dengan Arissa kena pos balik SB. hari Sabtu petang kami dah gerak ke sana sebab Abang akan bertolak Ahad pagi. sampai je kat SB, adik bongsu, Naim, buka pintu. bila masuk dalam rumah, kami terkejut tengok Abah macam robot. err meaning dia tak boleh nak toleh kepala tengok kami. dia kena pusing dengan badan dia sekali. dari jauh, nampak dah bawah leher Abah dah membengkak, macam beguk (ada setengah orang panggil bengkak cantik kan?). 

rupanya da seminggu dah bengkak tu dan seminggu jugak Abah MC. mula2 kecil je, masuk hari ke 5 dah makin besar. Abah kata dia dah pergi klinik biasa, doktor check, maybe beguk, then doktor bagi ubat kecut n antibiotic. Abah ada juga jumpa ustaz untuk berubat cara kampung - guna nila, tapi sampai seminggu bengkak xsurut jugak. Abah kata dia ada pergi Pusrawi KD, tapi diorang tolak, cakap xcukup alat nak scan/xde pakar. nak tak nak Abah pergi HSB. macam biasa la, kalo pegi hospital biasa, mula2 tu check general je kan. then confirm kena datang lagi sekali sebab doktor pakar xselalu ada n kena buat appointment. 

kesian tau. Abah xbleh makan makanan keras, just bubur je, Mak masak macam bubur Arissa, cuma tambah garam. Mak kata makan pun xlalu sangat, minum Milo je. sebab tu nampak Abah seroh (badan susut). cakap pun suara perlahan je. gelak apatah lagi kan. confirm la tak bleh. malam2, Abah tak bleh tido. Mak kata Abah asyik dok mengerang je sebab kulit menegang. sakittt. rasa geram jugak tau sebenarnya sebab Mak tak call bagitau yang Abah sakit. adik2 pun diam je. tapi tu la, maybe diorang taknak kami laki bini risau. tapi, hmm kebetulan kan kami nak stay kat sana. kalo tak memang tak tau. 2 3 hari sebelum tu ada jugak kol Mak bagitau nak stay sana, Mak xcerita pape pun. hmm.. hep. mana bleh marah Mak. tah Mak lagi risau kan. cuma dia tak nak tunjuk je. 

appoinment dengan doc pakar sepatutnya hari Rabu. tapi Abah dah xtahan sangat dah. pagi Isnin terus je pergi hospital dengan Firdaus (adik 2nd last). tapi Firdaus cakap memang sebelum tu doc dah pesan, kalo sakit jangan tunggu sampai tarikh appoinment. Mak tak pergi pun, sebab ingat check biasa je. dalam pukul 3pm Firdaus balik rumah. sorang dia je. rupanya Abah dah kena tahan. pagi tadi doc dah buat full check up termasuk dengan MRI skali. rupanya yang bengkak tu ada nanah. bukan beguk. n kena operate! masa dengar tu masing2 telan air liur jugak la. hmm xsangka kena operate. rupanya, benda tu lebih kepada bisul, tapi xde mata. doc takut bisul tu pecah dalam mulut sebab kulit dalam mulut lagi nipis dari kulit luar.

petang Selasa Abah dah selamat menjalani operation. doc kata nanah tu banyak sangat. lebih kurang 1/2 beg isi darah (1/2 pine kot kan?). Mak kata lepas operate Abah makan banyak gila. cover balik kot yang selama ni xmakan n setelah semalaman berpuasa. hehe. dipendekkan cerita, Abah dok hospital selama seminggu, sebab  gula dalam darah still tinggi plus doc senang nak pantau luka operate. oh lupa nak cakap, leher Abah kena 'toreh' lebih kurang 2inch n doc tak jahit pun. ye, TAK JAHIT. just sumbat + tampal dengan kapas je sebab senang nak pantau if nanah ada lagi. tiap2 hari kena cuci luka tu. Firdaus berani tengok time misi cuci luka. dia kata luka tu macam mulut-dok-bercakap. dok ternganga2 tiap kali Abah bergerak. eee ngeri betul. saya? oh kasi seribu pun belum tentu lagi nak tengok tau. takut dok terbayang2 je nanti. tak pe lah. serahkan pada pakar je. hehe.

Abah keluar hospital petang Selasa. xsabar2 nak keluar dah sampaikan barang2 dia, semua dia dah pack siap2. jemu dia kata. tambah plak wad tu macam2 sakit ada. even Abah layak dok bilik 1st class, dia xmau. dia kata mesti boring kalo dok sorang2, nampak dinding je. baik dia dok 2nd class katil 4 orang. at least bleh jugak sembang dengan orang katil sebelah. tapi kan, Abah kata dok wad memang menginsafkan. dia tengok orang lain sakit macam2 siap kena pakai gas la, cucuk sana sini. sakit plak kronik belaka. Abah just operate biasa je yang mana kurang sakit dari diorang tu, tapi still sakit juga sebab kena operate :D

kami balik rumah sendiri hari Sabtu. semalam pun call Mak, cakap Abah pergi hospital cuci lagi. oh setiap 2-3 hari sekali kena pergi hospital untuk cuci. kat rumah pun, Mak tukarkan kapas tutup luka sebab kadang2 basah terkena peluh. n luka pun da semakin mengecil. rasanya doc xjahit dah kot. biar dia baik sendiri je. n Abah cuti lagi. dia kata sejarah oo sepanjang keje xpernah lagi la dia 'ponteng' keje sebulan. hehe. tu la Abah saya. penuh dengan gelak ketawa. suka buat lawak. masa kat hospital pun, time kawan2 dia datang ziarah. dia dok bercerita + gelak kuat. hmm xpasti dia nak sorokkan kesakitan ke or memang dia dah betul2 sihat. hehe. 

banyak lagi nak cerita ni. tapi mata dah ngantuk ni. T.B.C. nite!





Friday, May 7, 2010

sensitif

semua Ibu2 akan terasa kalo orang cakap buruk pasal anak dia. siapa yang tak terasa kan? sekali dua takpe lagi. kalo selalu sangat, oh, bikin darah menyirap jugak la kan. memang le niat dia nak tegur, tapi... oh saya memang xbleh terima la.. adakah saya ni sensitif sangat?

kes #1
dia bertanya,"kenapa Arissa kurus sangat? xcukup makan ke?"

eh, tolong la. saya ni mak dia. saya tau la cara anak saya makan macam mana. tambah plak skarang ni, Arissa da pandai mintak nak makan apa yang kita makan. xkan la saya kejam sangat xsuap dia makan. lain la kalo benda yang dia xbleh makan. susu plak, kalo FM tu dia minum 3-4 oz je, so bajet la kalo BF pun camne. memang dia menyusu kerap, tapi sikit per session. tolong la jangan cakap saya xbagi makan anak saya. jangan nak bandingkan anak saya dengan anak orang lain. kalo anak saya tak tembam bulat tak semestinya dia sakit ok. berat dia naik tiap2 bulan, cuma xnampak je.



kes #2
eh, susu badan lagi?
kenapa bagi susu Dumex?
bagi la susu SNOW, nanti kulit anak putih gebu. tak pun S26, nanti badan cepat naik

oh. ni lagi satu. cuba baca betul2 kat tin FM tu. dia kata SUSU IBU adalah susu terbaik, FM ni sekadar makanan tambahan. anak saya still BF cuma kadang2 je dia minum FM. lawak ok cakap susu snow bleh wat anak putih. tengok keturunan la. kalo dah tok nenek cerah, cerah la anak tu. lagi plak kite kena ingat, kite ni orang Melayu yang memang terkenal dengan warna kulit yang pelbagai. jangan le bajet semua baby WAJIB berkulit cerah. lagi satu, salah ke kalo saya still BF anak saya? ye, saya nak BF anak saya paling kurang pun sampai dia umur 2 tahun. suami saya support 100%. xkacau t***k awak pun kan?



kes #3
apa ni, 11bulan xbleh jalan lagi.. (time ni).
laa, kenapa xbeli walker? beli la, nanti cepat skit jalan.

oh, saya xbleh blah dah. sebab utama kami xbeli walker adalah keadaan rumah yang xrata, bertingkat2. takut kalo guna walker buatkan Arissa tertonggeng je, sebab bendul2 ni. tapi kenapa dia xbleh paham ek. kami laki bini sepakat nak biar dia berjalan naturally. lagipun 11bulan kalo xjalan, xde ape yang perlu dirisaukan. lain la kalo nak dekat 18bulan kan. dok sibuk nak bandingkan dengan anak dia/orang lain. oh, tolongla. kemampuan baby xsama tau. as long as progress dia xlari dari sepatutnya, haa yang tu kena la risau kan.

.
.
.
.
.

apapun, semua ni hanya bermain di fikiran saya sahaja. haha. saya xsampai hati nak berdebat dengan orang yang berusia ni. kejap lagi di cop kurang ajar plak. saya hanya mampu berikan senyum 'kelat' plus "takpe, xsampai masa lagi tu dia nak jalan". walaupun dia hanya mampu menggelengkan kepala, namun saya puas sebab tu je la caranya nak wat dia berhenti bertanya (petua mak :D). masa tu je, lain masa jumpa lagi, mesti dia tanya lagi =(






terkini: semalam, Arissa dah pandai banguni berdiri sendiri without support. double yay lagi, gigi bawah belah kiri dah tumbuh. atas plak, dah terasa 'bakat' dah. xlama le tu.

Thursday, May 6, 2010

sampai bila

hujung minggu ni, again, kami anak beranak akan balik SB. sebabnya Abang OS for the whole week next week. so, aktiviti berblogging n FB akan ber'cuti' juga. selalu memang macam tu. Abang OS, kami 2 beranak kena 'pos' balik SB.

mesti ada yang tanya, sampai bila nak jadi macam ni. dah ada rumah sendiri pun, apesal xduduk je time Abang OS. haha. jawapan utama adalah saya ni penakut pait. siang gagah lagi sebab ada je 2 3 jiran SAHM macam saya. kalo malam, semua dok dalam umah masing2 layan anak n suami. oh, xdapat ku bayangkan. waktu siang, kalo hujan lebat plus guruh/kilat, kami dua beranak akan berpeluk sakan. haha.

ada juga yang tanya, kenapa xikut je. well, gomen ni kan amalkan sikap jimat cermat aka kedekut ;D semua benda kena share, hotel room, even kereta untuk cut cost. kalo pangkat dah tinggi tu, xshare pun xpe. hehe. so nasib la, kalo time Abang dapat partner yang wife dia SAHM seperti saya, bleh le kami para isteri ni ikut (teringat time pergi Lumut dlu. turun hotel je jumpa kedai jual2 ikan/keropok kering. uhh heaven je). hehe. tapi tengok tempat gak la, kalo dok hutan ke xpun g tempat2 yang xmasyuk, saya pun xterasa nak ikut hehe demand betul. kang dok bilik je, boring jugak kan.

so sampai bila? hmm maybe sampai Arissa da masuk sekolah la kot. xkan nak bagi dia ponteng sekolah plak kan semata2 sebab Abah dia OS. hehe. so, i have 4-5 years nak biasakan diri duduk anak beranak kat rumah ni :D

Tuesday, May 4, 2010

yay!

Arissa da start berjalan.
1Mei hari tu, dia banyak jalan dari merangkak.
but of coz la kalo nak kejar Mama kena merangkak, sebab lagi laju.
tapi, dia xreti berdiri sendiri lagi.
kena pegang dinding/kaki Mama n Abah kalo nak berdiri.
ok la tu kan, dari xnak jalan langsung.
xyah kena suruh dah, bangun sendiri je.
syabas chayang!
muahh

Monday, May 3, 2010

yang mana satu idaman kalbu

rentetan kemusykilan pasal barang letrik yang satu ni, akhirnya, semalam kami laki bini dah decide nak beli yang mana. dan sebenarnya dah beli pun. haha.

terima kasih semua buat yang suggest blender kegunaan awak semua. really appreciate it. :D setelah semua aspek dipertimbangkan, akhirnya, kami beli yang ni...



model HR2001

hari tu dok kecoh2 nak cari National xjumpa. pastu bila ada yang bgtau National dah merged dengan Panasonic, still xbeli Panasonic. haha. mesti ada yang tanya kenapa kami beli brand Philips? bukan brand lain. haa, ini adalah kerana

- harga below RM100

- design lain sket dari blender biasa

- brand lain 1L je, yang ni up to 1.5L

- ada 5 blades, which i think confirm hancur halus kalo blender bawang/cili. kalo xhalus, siap ko

- saja nak try Philips plak. kalo xok, tengok la nanti, kami ban ko. haha.

- yang paling penting, BigBoss kata ok. dia yang decide nak yang ni. eh hello, suppose i'm the one yang decide haha

..dan sebab lain2 lagi. wahai cik blender, selamat berkhidmat untuk keluarga kami ;D

blank...

bagi yang singgah 'rumah' saya 2 3 hari ni mesti perasan sesuatu telah berlaku pada rumah saya ni.
bagi yang tak tahu, kalo awak semua perasan, rumah saya ni dah jadi colorless.
asalnye colorful.
gatai tangan dok godek2, last2 dah 'muntah kaler', terus amik warna sesuci salji ni.
jadi awak semua, jangan la rasa tertunggu2 kaler background xkeluar pulak ye.
saya memang guna kaler putih sebab saya dah blank.
xtau nak amik background kaler apa.
sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails