Saturday, February 27, 2010

hmm...

MODE: EMO

penat sangat...

malas nak layan...

rasa tertipu...

menyampah...

sakit hati...

benci...













dah dah...

tutup laptop tu...

pergi sental periuk lagi bagus!

Thursday, February 25, 2010

buatan orang...

jiran kami baru sampai dari kampung last nite... kebetulan time tu kami baru balik dari pasar malam, diorang pun maybe sampai awal sket coz diaorang da hampir siap angkat barang dari kereta.. maka Abang tu(jiran sebelah) pun tegur kami.. me n Arissa da masuk rumah coz wife dia xde kat luar pun.. xkan nak tunggu kot kan..

lebih kurang half an hour Abang pun masuk dalam rumah.. me pun dengan sibuknye korek cerita dari Abang.. rupanya start cuti CNY Abang tu da terkena santau buatan opismate dia.. ya Allah.. kesian kan.. tengok gayanya, nampak baik je Abang tu n family dia.. budi bahasa tinggi, mahu bercampur dengan jiran.. anak2 pun nampak terdidik je.. tapi, ada orang dengki dengan dia.. mujur dia je yang kena.. kalo satu family, lagi kesian kan..

malam stat cuti CNY tu (Jumaat malam) me perasan diorang keluar rumah dalam kul 9pm.. tetiba kul 12 am dengar diorang sampai umah balik.. kami laki bini dok syak mayb jalan jam teruk kat tol Gombak tu, dats y dia patah balik.. rupanya dia cakap malam tu dia sebenarnya da sakit habis badan2 dia n xbleh nak teruskan drive.. bayangkan, dah le nak balik KB.. xsanggup dia.. then adik dia bawak dia pergi berubat kat ne tah.. esok paginye dah ok, dia terus balik KB.. n sambung berubat kat sana..

me da syak sesuatu dah sebab anak2 dia 2 orang sekolah menengah.. xkan nak ponteng direct sambung cuti MaulidurRasul kan.. mesti akan dapat warning letter la.. kami syak mayb ada nenek sakit ke, or kereta rosak tu yang cuti terlajak kan.. err.. me bukan nak busy body ye.. tapi sebab diorang adalah jiran yang baik, rasanya kena la jugak amik tahu.. tak salah kan? lagipun dia sendiri yang buka cerita.. kami tumpang dengar je la n amik iktibar..

ni kes lain plak.. last week my MIL call.. dia cerita ada la anak buah dia yang mana tah kena buatan jugak.. tapi bukannya dari orang lain, bapak kandung sindri yang buat.. mengucap panjang kami dengar.. katanya anak dia tu dok keje KL.. gaji xpasti le besar ke x, tapi laki bini keje, income maybe masyuk gak la kan.. nak dijadikan cerita, si bapak ni mintak duit lebih sket err mayb agak banyak dari yang si anak biasa bagi.. si anak plak xdapat le nak penuhi impian bapak dia ni coz awal2 tahun maybe la duit nak pakai banyak untuk anak sekolah etc...

then si bapak xpuas hati hantar le sesuatu kat rumah si anak ni. yang ni lagi kesian coz siap dengan anak kecik dia umor 3 tahun skali kena.. yang bleh tahu tu si anak ni rasa lain macam je bila dok kat umah dia aka xsedap duduk la even kat umah sendiri.. anak dia yang kecik tu pun asyik xsehat je, 2 3 kali masuk hospital.. bila dia balik kampung jumpa ustat suma, then dapat tahu terkena buatan bapak dia sindri.. reaksi dia, confem le marah kan plus xsangka bapak sindri sanggup wat cam tu kat dia.. dah selesai berubat katanya si anak xnak dok dah umah tu n nak pindah kat2 umah mertua dia so dat in case sakit pape senang kan ada orang tua bleh tengok2 kan..

ish.. macam2 hal la skarang ni.. xde benda yang mustahil dah.. risau plak mendengarnya.. ya Allah semoga keluargaku terhindar dari benda2 syirik lagi menyesatkan ni.. xpaham betul la.. zaman moden pun ada lagi orang dok amal ilmu sihir.. sempena MaulidurRasul ni, bawak2 le berubah.. contohi la sifat2 mulia Nabi kita.. insyaAllah diri kita akan terhindar dari melakukan perbuatan yang keji.. oh tetiba mode serius plak ;D pesanan ni untuk diri sendri juga.. sama2 la kita saling memperingati.. =D

suami boroi tanda bahagia?

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk 'makan di rumah?.

Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.

Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak begitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.

Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain 'boroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang 'slim'? dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang...namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula 'jemu? atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.

Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin 'bulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suamidan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.



*******

haha.. me gelak gile baca bila dapat email ni fowarded from Abang.. ada jugak yang 2 3 perenggan yang me totally agree.. apa yang penting.. suamiku juga boroi! haha.. betul, tak tipu.. dulu time bercinta kerempeng je.. da kawen ni, boroi mengalahkan orang ngandung 4bulan.. ;D

sebenarnya ada lagi 2 3 perenggan yang komen isu boroi ni.. tapi me terpaksa edit coz xsesuai plak kalo budak underage baca.. hehe.. so sapa yang nak fully cerita/info ni, blehla tinggalkan your email, nanti me forward kan.. enjoy reading!

Saturday, February 20, 2010

cuti CNY... cont.


Isnin

lepas lunch, kami pun pack2 barang2 nak balik rumah sindri.. ops ada tambahan sket.. walaupun konon2 kami balik kampung, Abang tetap dengan aktiviti bola dia.. petang Sabtu n Ahad dia still pergi main bola kat padang kat rumah kami tu.. huhu..

jadi.. selepas 'babai' session, Abang pun meng'kona'kan stereng ke arah MidValley.. since jalan amat lengang, kami ikut jalan biasa from OU terus ikut Matric UIA.. hehe.. jalan da berubah gila2.. no more roundabout.. yang ada just flyover.. lalu UM then masuk Federal hiway ke MV.. jalan smooth je.. parking xjugak.. hehe.. agak penuh.. but within 15 min da dapat..

masuk dalam je, Abang pesan.. "hari ni kite window shoping je tau.. jangan ngada2 nak beli belah.. makan xpe.." haha.. me bantai gelak.. to be honest, mood shoping tu memang xde, memang suke jalan2 tengok orang, baju2, kasut2.. theraphy session!!! serius tak tipu.. rasa lega je bila dapat tengok pasaraya.. haha.. gilak budak nih.

kedai yang mana tokeynya Chinese suma tutup.. raya xabis lagi kot.. banyak tampal notis bukak 16/17 Feb.. tapi banyak juga Chinese hari tu.. raya kat shopping mall hehe.. kasi angpau sama itu supermarket.. hee

Arissa pun enjoy je dok dalam stroller dia.. tengok orang n sometimes dok bebel sorang2.. haa tu maknanya dia da ngantuk la tu.. tambah plak Mama n Abah dia dok 'bercinta 'je tolak dia.. hehe.. time ni la nak jalan pegang2 tangan, peluk2 lengan.. jalan rapat2.. mana la tau anak 5 nanti suami jalan kat depan, tinggal isteri jalan ramai2 dengan anak.. huhu.. tidakkk! jangan le jadi camtu..

da penat jalan, minum petang kat Dounkin Donut.. da kenyang masuk Carrefour beli barang dapur 2 3 benda.. hmm.. bukan nak mengata, some of barang2 kat situ cam mahal la compared to Giant.. mahal 5 6 posen laa.. so, berhati2 la bila membeli.. cek tanda harga n compare dengan harga other store.. pesanan ini dibawakan oleh... ah ngada2 le tu.. hehe..


susah betul nak suroh Arissa tengok camera..
suka tengok orang lalu lalang

hisap jari.. tanda2 ngantuk jugak tu..

see... no more Xtra shining..
thanks to Mummy Aisy


p/s: Ad, best la pakai FS tu.. hehe.. so sapa2 yang berkenan dengan FS nih, bleh la klik sini..

p/s2: Abang xmain bola petang Isnin tu.. yay! tapi petang Selasa dia main balik ;(

Friday, February 19, 2010

cuti CNY

Sabtu malam kami da sampai Sg Buloh.. kiranya kami balik kampung le kan.. nasib baik kami xbercadang nak balik Kedah.. sebabnya, masa kami keluar petang tu, nampak Q panjang kat hiway menghala ke utara.. tu hari Sabtu kan.. Jumaat malam xtau le camne kan..

Ahad
Abah semangat sembelih ayam kampung 2 ekor.. jangan xtau, Abahku bela ayam tau.. ayam kampung je.. hehe.. ayam katik pun ada.. nasib le xde tanah luas.. kalo tak, silap2 hari bulan lembu kambing dia bela.. hehe.. tengah hari Mak masak gulai ayam.. sedap gila walaupun liat.. hehe..

lepas Zohor kami bertiga menuju ke rumah Abang GD n k. Syidah.. diorang ada wat jamuan makan sempena bithrday Damia.. kami adalah orang pertama sampai.. hehe.. jalan clear.. xjam pun Sg Buloh Kajang 40min je.. tu bawak sambil makan angin.. kalo 'tekan' 120/130 confem 15min.. haha.. tipu gila..

birthday girl..
baru dapat 'kaki' few days before birthday..
seronok tengok dia jalan terkedek2

lepas tu, a.Nanang muncul.. dia sorang je... wife dia xikut ktnye kena ajar tusyen.. daalam kul 3 lebih, sampai plak a.Boyip n isteri, a. Prima n isteri, k.Raha n family n ramai lagi.. hehe.. xingat le plak ;D

serius tau, me jeles sangat dengan Abang.. diorang sesama kawan2 bleh selalu jumpa n bonding diorang masih kuat walaupun da kawen n tinggalkan zaman uni 4 5 tahun dah.. BOLA.. yes, sebab bola diorang still bleh bersatu n berjumpa.. jeles betul.. mau je curik gambar team bola zaman hingusan diorang tepek kat sini.. haha.. karang ada yang kena tambah power spec dok cari mana diri sendiri.. maklumla, masing2 perut dah 'maju ke depan'.. hehe..

dalam kul 5 kami pun gerak balik.. hehe.. so itulah xtiviti untuk hari Ahad..

Ayra test drive beskal Damia
Arissa pn try gak, tapi lupe snap daa



isteri isteri

mama mama

Arissa da ngantuk

suami suami

Arissa n uncle Boyip

apa yang ada dengan nombor...

weewiit! cam ada apa dengan cinta plak kan.. kat sini, me nak tunjuk magic sket.. huh magic le sangat kan.. kebetulan sebenarnya.. orang xde keje katakan.. hehe.. ok la tanpa membuang masa, meh sini tengok betul2...

  • my d.o.b is 13 Feb a.k.a 132

  • Arissa also born on the same date with me, 13 but in April..

  • Abang plak born on 26 April... so, 13 x 2 = 26 n 2 x 2 = 4 >>> see the magic.. hehe.. dalam erti kata lain, my birthdate kalo multiply by 2 dapat la birthdate Abang..

ok semua!!! tu je pelajaran Matematik kite untuk hari ni. hehe.. bersambung di lain waktu.. tata..

happy bitrhday... to me..

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME


i'm turn 26 y.o last Saturday. huhu.. da tua.. umur makin meningkat.. stamina kena mantap. ops! apa yang daku merepek ni. haha..

hadiah dari Abang tengah malam tu, big kisses je.. hadiah betul kan da bagi dah in advance hari tu.. hehe.. so xbley la ngada2 nak harap hadiah lain kan..

Arissa n Mama

Arissa n Abah

petang Sabtu, kami pergi makan kat Secret Recipi Rawang.. dapat le sepotong kek choc indulgence di samping makanan yang lain.. hehe.. my feveret tu.. tenkiu Abang!! ;D

malam, lepas Maghrib terus pergi Sg Buloh.. potong kek lagi dengan my sister.. hehe.. hari menambah lelemak.. makan kek non stop.. di tambah dengan KFC plak.. good combination la kan..

American choc.. sedap tau..
sebab ia adalah moist cake

Arissa n paknjang..
yang lain gambar dressing xproper.. hehe


so, sempena umur dah makin bertambah ni, semoga diriku dikurniakan kesihatan yang baik n stamina yang mantap since Arissa da makin me'lasak'.. n semoga diriku menjadi isteri dan mama yang terbaik di mata En. Fauzy n Nur Arissa Safiyya..






tak lupa juga, happy 10 months old Arissa sayang...



Friday, February 12, 2010

padang Anfield

Abang bangga sebab rumput kapet da tumbuh dengan sihat bak padang ANFIELD.. perasan sungguh kan.. nanti la next entry me letak gambar 'the making' rumput kapet tu.. hehe

padang Anfield hehe

Arissa kat atas 'padang Anfield' Abah

saya geli la Mama...

Abang berfarmville...

pictures taken few weeks ago.. hehe.. hari ni baru transfer.. so hari ni la baru cerita kan.. layanzz


mula2, kuarkan pokok dari plastik hitam


letak tanah bakar kat keliling pokok


ratakan tanah..


siap!! ni hasilnya, pokok gajus

Wednesday, February 10, 2010

orang memberi, kita merasa..

minggu lepas, jiran sebelah rumah bagi apom..



minggu sebelum tu bagi laksa kelantan (kuah putih)..



minggu ni??



haha



me xtau nak balas apa..



tu la time kawen baru nak belajar masak..



kan dah nganga sorang2..



haha..



kena godek2 resipi kat tenet ni..



huhu



kalo sedap baru bagi..



kalo xsedap, sindri makan...

=p



any idea?



apom yang tinggal beberapa biji..
haha.. yang lain2 selamat masuk perut...




Saturday, February 6, 2010

nipple crack / sore...

tengok tajuk pun ibu2 sekalian dah tau kan.. i just wanna share my experience... ye, saya sedang mengalaminya.. huhu.. sakit sungguh n ada masanya membuatkan i rasa nak quit BF.. ya Allah! kuatkan la semangatku ini..

rasanya benda ni start 2 bulan lepas.. tak pasti sebab sebenar.. tahu2 je da sakit n ada darah kat my nipple tu... selalunya ibu2 lain terjadi time BF dalam pantang kan.. lain plak dengan diriku ini.. pelik jugak la sebab sebelum ni xpernah jadi..

memang sakit especially time nak BF.. Arissa plak skarang ni kalo BF tu xreti dok diam.. badan tu mesti pusing2.. tambah2 kalo dia da ngantuk.. rasa cam ditarik2 plak.. pastu kalo kering sangat nanti confirm berdarah.. erk, kadang2 tu terlekat kat bra.. tu yang ngeri tu..

masa pergi check up Arissa, misi kata xde pape yang perlu dirisaukan.. dia pesan suruh sapu breast milk keliling nipple n aerola.. tapi cam xjalan je... sama je.. pasal darah tu, dia just suruh lap je b4 BF.. lagipun xde masalah coz darah kan a part of susu jugak kan.. bila cerita kat Mak, dia suruh sapu minyak gamat.. tapi jangan BF la takut kang 'mabuk' plak Arissa tu.. Mak pesan sapu n biarkan overnite, then bila mandi esoknye basuh bersih2.. Alhamdulillah, so far it works on my right side.. belah kiri ni je cam lambat sket nak baik.. kadang2 darah balik.. maybe sebab makan pun xpantang.. telur tu bantai je.. hehe..

sepanjang 2 bulan ni jugak la Arissa start minum FM.. tapi xbanyak pn dia minum just 3oz je, 2-3 kali sehari.. kadang tu dia xmo gak.. nak BF gak(ye, dia da pandai pilih nak bf ke fm).. tapi diriku xla kejam nak putuskan susuan.. tunggu susu full then baru bagi dia hisap.. kalo xbanyak susu laaagii sakit sebab dia akan suck dengan kuat.. pernah gak try pam.. tapi... hasilnya, keliling nipple tu berdarah n susu ada darah.. aiyak! memang pedih gila la kan.. tobat xpam dah.. btw, dah pernah beli nipple shield.. da try pakai.. malangnya, Arissa da cukup cerdik nak beza yang ori dgn yang palsu.. haha.. kalo pakai jugak, nanti dia ramas2 then gigit2 macam gigit mainan dia.. hehe..

n yang terbaru, daku da google2 n jumpa info pasal nih..
ni hasilnya..

What are they?

Breastfeeding may make your nipples sore. But cracked and bleeding nipples are not a normal side effect of breastfeeding. Nursing isn't meant to be painful — in fact, pain is a warning sign that you have a problem that needs correcting.

On occasion, you may see blood though you feel no pain. A bloody discharge from the nipples during the first week of breastfeeding may be caused by increased blood flow to the breast, along with the growth of milk-producing tissue. This is a harmless condition, and should go away without treatment in a few days.

What causes the condition?

The main cause of cracked or bleeding nipples is improper positioning of the baby at the breast. This also causes severe nipple pain. Correcting your nursing technique can substantially soothe or cure cracked nipples. Sometimes just the slightest correction of positioning will make a world of difference. *agree jugak, mayb salah position coz Arissa memang xdok diam.. kdg2 je ok ikut mood dia laa*

If your baby has thrush, you may get cracked nipples and shooting pains in the breast during or after a feeding. Thrush is a yeast infection of the mouth that results when yeast naturally present in the body grows and spreads out of control.

Your nipples could also crack or bleed because of severe dry skin, or if you have eczema. You can get an eczema-like condition on the nipples or breasts as a result of very dry air, laundry detergent residue, ointment or lotion applied to the breast, bath soap or antibacterial cleanser, powder, hair spray, deodorant, perfume, or cologne. *eczema? huhu xpenah ada la.. tapi kan, laundry detergent.. mayb jugak sebab ari tu baru tukar pakai TOP kuning.. sbelum ni guna TOP biru ok je... kena check ni*

Using a breast pump wrong can also hurt your nipples, and make them crack or bleed. Be especially careful when you pump, as certain machines and handling your breasts too roughly can injure delicate breast tissue, breaking the capillaries. Excessive suction from a breast pump has caused hemorrhages under the skin in some women. *hehe.. rsnya xsalah cara daku guna BP tu.. mayb sebab dah luka, jadi bertambah2 luka la kan..*

What should I do?

If your nipples bleed or crack, try the following:

Check your baby's positioning. A poor latch-on technique is the most common reason for this condition. Your baby should face your nipple, tummy to tummy with you. Your baby needs to open wide to take in a good mouthful of both the nipple and the areola. The best latch-on position is off-centered, with more of the areola below the nipple in your baby's mouth. Line up his nose with your nipple so that his bottom gum is far away from the base of your nipple when he opens. Your nipple should be far back in your baby's mouth.

Change positions at every feeding. This focuses the pressure of the baby's gums on a different area of the breast each time.

Nurse more frequently, but for shorter periods. Remember, the longer you go between feedings, the hungrier your baby will be — and the harder he will nurse. *camne la nak bagi shorter period.. Arissa kalo tido malam, slagi xterlena selagi tu la dia dok hisap.. kadang rasa smpai 'kempis' dh huhu.. kalo tarik jugak confem terjga balik.. kalo terlepas sindri xpe laa*

Rub a little breast milk on your nipples after each feeding and let it air dry. The milk actually helps heal them. *bak kata misi.. hehe*

Don't use soap, alcohol, lotions, or perfumes on the nipples. Bathing with clear water is all it takes to keep your breasts and nipples clean. *xpenah le plak p sapu benda2 tu... hehe*

Take painkillers. If the pain is severe, you can take a mild painkiller (acetaminophen or ibuprofen) about 30 minutes before nursing. *xde la sampai tahap ni kan.. mampu bertahan lagi nih*

For deep, painful cracks, try medical-grade modified lanolin (such as Lansinoh ) made specifically for breastfeeding mothers. Rub a small amount of the ointment on your nipples. This treatment, called "moist wound healing," relieves pain and allows the wounds to heal much faster without forming a scab. It does not need to be washed off before feedings. *ada jual x ek kat Msia nih?? ada sesape pernah try??*

If a crack or wound shows no sign of healing, check with your doctor or healthcare professional. Bacteria can get into the affected area and lead to infections like mastitis.

Will the condition affect my baby?

Babies are generally unfazed by cracked or otherwise injured nipples. Blood in the milk doesn't hurt them, and breastfeeding can continue. The main concern here is to correct the problem and allow the nipple to heal, so that nursing is once again a pleasurable experience for both you and the baby.

Can I still nurse?

Yes. Nothing in the world is more wonderful than breastfeeding your baby — but convincing a mother with cracked, bleeding nipples of this is near impossible. Getting help from a lactation consultant right away can make all the difference.

credit to Baby Center..

Friday, February 5, 2010

Tesco Rawang... 1st impression

Sabtu lepas, kami bertiga pergi ke Tesco Rawang.. niat di hati nak tengok jugak la Tesco baru ni kan.. since da lama bukak, mayb orang xbrapa ramai..

kami datang dari arah Bandar Rawang.. dari jauh nampak ada la kereta Q di traffic light.. nak tau nape Q panjang? sebabnye traffic light tu sekejap sangat.. 3-4 biji kereta je sekali lalu.. dah la jalan utama.. xpatut sungguh..

bila nak parking, luckily senang la dapat.. sebab ramai yang nak pusing2 parking kat outdoor. kami dok aim nak park kat tempat yang ada lambang 'family n stroller' tu. hehe (maap le xreti nak describe..). tapi xsempat sampai, dah ada orang nak keluar, so tunggu je la kan..

then, bila da parking, bermula la sesi terjah.. opss kejap.. kami pergi lunch dlu kat KFC.. Arissa da lama 'padam' since naik kereta lagi.. dia memang camtu, kalo bangun pagi lepas breakfast xtido, dia mesti akan tido sebaik sahaja naik kereta.. best kot ada aircond, then Mama dia peluk plak kan.. hehe.. time makan pun dia dok tido, x heran pun orang dok bising2 tu..

then kami dok tercari2 eskalator nak naik pegi pintu masuk pasaraya.. surprisingly, masa nak amik troley, semua da xde.. n ramai orang tgh q tunggu trolley.. sekali datang sket je, orang da berebut2.. kami xsempat amik.. tunggu lagi.. lama jugak, then Abang ajak masuk terus.. then me cakap la, "Abang, hari ni Sabtu la.. no plastic bag.." demm.. mayb sebab tu le trolley xbanyak, suma angkut barang2 bwk pegi kereta.. kalo x mesti kena bayar 20sen untuk 1 plastik kan.. then Abang decide, "kita beli barang penting je la.. " me pun ok kan je.. tapi kan, me sakit hati gak la tengok ada 1family tu bawak 2 trolley, 1 untuk barang, 1 lagi untuk angkut anak2.. huhu.. patut ke xpatut eh rasa camtu?? k la.. think +ve, kesian mak pak nak beli barang, anak 2 3 tak tercontrol kalo biar jalan2 dalam pasaraya besar.. huhu..

bila masuk je, kepala otak tetiba jadi serabut.. orang ramai 1 pasal, barang kat rak pun banyak xde.. hello.. barul pukul 3pm ok.. geram pun ada tau.. kami memang terbantut la nak membeli, terus letak bakul balik.. mayb sebab nak CNY kan.. xpun ramai orang angkut barang2 yang dikhuatiri harga naik menjelang CNY nanti?? huhu.. tapi kan, me nak salahkan pihak Tesco gak, nape la x top up balik je barang2 yang xde tu? kata weekend bukak sampai pukul 1am, baru pukul 3 barang da clear.. k la.. pk +ve jap, mayb management baru.. pekerja suma baru2.. xtau lagi nak hadapi situasi macam ni.. satu lagi susunan barang2 dia cam pening sket.. tah le, xtau nak cakap camne, tengok sindri baru tau kot.. n yang penting, physically, Tesco ni cam kecil sket kalo nak dibandingkan dengan Tesco Mutiara Damansara.. mayb sebab tu la kot, nampak crowded kan..

xsampai 1/2 jam kat dalam tu, kami 2 terus balik.. tah bila nak pergi Tesco tu lagi xtau la.. mayb pergi weekdays or bukan time2 kemuncak spt CNY, raya n etc.. so itulah pengalaman pergi pasaraya untuk masa yang singkat.. damn it! i can't believe it! kena masuk AZIMAH's Book of Record ni.. haha.. adios..

Thursday, February 4, 2010

my 2nd lover...

camne nak cakap eh?? dah dah.. xyah susah2 nak karang ayat bunga2 sebab me memang xreti pun.. hehe.. so straight to the point je la ek..

introducing my second lover...

NOKIA 5800 XPRESS MUSIC (gambar dari en google)

hehe.. akhirnya dia milikku setelah puas meng'usha' beberapa Nokia store kat MV tu.. Abang kata ni birthday present in advance.. thank you Abang.. muah muah.. =D ye, Abang bagi awal. my birthday lagi 9 hari.. n ye lagi, Abang memang xreti nak wat surprise bagi present on mybday.. dia kata kalo dia beli sindri, takot me xsuke plak.. kang dia plak rasa nyesal.. haha.. kira suprise le juga ni kan.. time dia bawak g kedai hp pun me da rasa tekejut dah sebab sebelum ni puas wat muka seposen ajak g 'tengok' hp, xde dia layan pun.. alih2 ari tu, dia laju je menonong g kedai hp tu.. hehe.. tapi sebenarnya hati da berbunga riang dah.. ceh, tapi control ayu lagi.. uwekk..

memula tu ingat nak amik e71, tapi layout kat 'menu' tu cam kureng sket.. plus memory 5800 nih dapat 8G.. padan la dengan orang yang memang lambat je nak transfer gambar ke lappy kan.. lagi plak, camera dia 3.2mp Carl Zeiss, e71 3mp je.. lagi best, skrin dia memang lebar.. kata ada 3 button je.. len suma kena touch.. haa.. yang macam pick gitar attach kat fon tu pn bleh guna wat stylus.. guna jari pun boleh, kalo takat nak touch nombor tu, confirm kena la.. hehe.. lagi, nak type sms bleh pilih nak keypad camne, QWERTY pn bleh, cam keypad biasa pn bleh..

lagi... since kat umah ni pasang router, so bleh guna internet kat mana2 ceruk kalo on wi-fi, even kat 'bilik menung'.. ceh, gedik gila kan, konon2 wat cam kedai plak.. laptop dok ade, tapi ngada2 nak surf guna hp.. sila uwekk sekali lagi.. hehe.. lagi plak, sangat user friendly, xyah nak search menu dalam2 coz kat screen tu pun da link dengan benda yang selalu kite guna spt clock, bluetooth, calendar etc.. try la guna baru tau.. promote le plak kan...

brapa banyak lagi daa.. dah dah 'ciwi' sket2.. tata..

patut gelak ke hape nih??

haha.. xpe.. me gelak dulu lah.. bleh tak?? me dok godek2 dalam blog ni.. then terjumpa la plak seseorang telah baca my entry pasal Tesco Rawang..

ye i know.. xde la best sangat entry tu.. tapi maybe yang baca entry tu bukan orang Melayu sebab dia guna translator kat google tuh.. then me pun dengan rajinnya p la tekan en google tuh.. nak tengok gak dia translate cam ne kan.. haha..

ni dia.. baca la sindri..

siap ada JE tu.. tah the rest nak baca, guna la khidmat en google tuh.. mesti gelak xhengat nye baca apa yang ditranslate kan oleh beliau..

kesian 'seseorang' tu.. but i learnt my lesson.. tulis dalam Malay tu elok2.. ejaan bagi betul, xde la en google translate bukan2 kan.. my bad.. sila gelak kan me sekali lagi.. ;D

sepupu baru...

hehe.. 2mggu lepas, MakCik (adik Abah yang last) dah selamat bersalin anak ke3.. baby boy.. bertambah lagi le sepupu me.. hehe.. gambar, xde.. tunngu la CNY ni la jumpa.. tu pun kalo jadi balik Kedah..

kakak dia (anak 2nd) sebaya dengan Danial.. confirm le geram kat adik dia kan.. Tok cakap memang xbleh tinggal baby sorang2.. silap2 hari bulan dia pegi ramas adik dia.. huhu.. ganas gak ek.. and.. Arissa ada 'uncle' yang muda dari dia.. haha.. tah besar2 nanti cakap bahasakan diri aku kau je kan.. ish ish ish.. xsopan tu..

btw, early March ni, InsyaAllah me akan dapat anak buah baru.. biras me la.. bukan my sister.. haha.. dia scan baru ni kata girl.. xtau la kan.. tunngu kuar dlu.. n few friends yang kawen last year pun akan bersalin berturut2 end of Feb/ awal March ni.. Ainaa, Min n Zawani..

so bagi bakal2 ibu ni, semoga dipermudahkan segala urusan ye.. memang saaakittt sangat time nak bersalin tu.. once baby da kuar, xde dah rasa sakit tu.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails